Thursday, June 14, 2012

Kata kata Mutiara (",)

Hidup memerlukan pengorbanan,
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan ketabahan,
 ketabahan memerlukan keyakinan,
 keyakinan pula menentukan kejayaan,
 kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. :)

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur
kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.
Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik
daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

No comments: