|| Dear Future Husband,I Wish You're
Romantic Just Like Him ^_^||
Ke Hadapan Bakal Suamiku............I
wish you're romantic just like him. Him? Yes. My Fav Actor,Zahiril Adzim.
Usahkan Shera, aku pn rasa tacink. Oh romantiknya dia. ^_^
Dengarkan puisi yang Zahiril Adzim deklamasikan buat isteri tercinta,Shera di hari persandingan, sehinggakan Shera menitiskan air mata syahdu :)
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis
puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari
kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan
aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan
aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan
cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam
dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada
Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang
disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada
anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi
adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi
pelengkap hidupku.
Selamat menjadi
separuh dari aku.”
No comments:
Post a Comment