Saturday, March 10, 2012

Strawberi Cicah coklat cut

hye.. cerpen ni yatt edit coz yat nk hantar kt ruangan cerpen majalah remaja. wish me luck k! hope cerpen yat diterima. amin~ :)

Strawberi Cicah Coklat

Suasana di Australia sangat dingin hari ini. Hari ini genaplah tiga tahun Fasha belajar di sini dalam jurusan perubatan di Universiti of Melbourne..
“Lisa, aku laparlah..jom pergi makan..
“okey..tapi bagi aku tiga puluh minit..aku nak mandi dulu..”
“kau ni.. kecohlah..orang dah mandi kau baru nak mandi. Tu lah bangun lambat lagi. ”
Setengah jam kemudian..mereka pergi ke Bandar Melbourne untuk membeli makanan..Fasha dan Lisa, kawan baiknya hanya makan kebab saja untuk mengalas perut..
“Fasha, uncle Azhar ada call kau tak ?”
“Ada..semalam..Uncle suruh kita balik weekend ni sebab dia ada buat weddinganniversary dia yang ke-25tahun..dia jemput kita ke rumah dia ahad ni..dia ada call kau tak ?”
“Ada..that’s why lah aku tanya kau..so, kau nak pergi ke tak ?”
“pergi kot..sebab uncle cakap dia nak support tiket pergi balik untuk kita..”
“Wow! Dia tak cakap dengan aku pun..entah-entah..dia support kau sorang je kot..”
“A’ah..dia support aku sorang je..kau..bayar sendiri okey..”
“Alah..kalau macam tu..macam mana aku nak balik..aku mana ada duit..”
“Haha..kau ni..aku gurau jelah..takkan lahuncle support aku sorang je..kau pun dia support lah..”
“yeah! Dah lama tak jumpa ayah dan mama..rindu sangat-sangat kat diorang.. ”
“aku pun rindu family aku jugak..seronoknya dapat jumpa diorang nanti..”



Hari yang dinanti telah pun tiba..pagi-pagi lagi kami sudah siap untuk pulang ke Malaysia.. Setelah sembilan jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Malaysia.. ibu-bapaku sudah pun menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tidak ketinggalan juga Tan Sri Azhar dan Puan Sri Zahira yang tidak sabar untuk bertemu dengan anak saudara angkatnya, aku dan Lisa. Kami adalah kesayangan Tan Sri Azhar kerana kami telah membanggakan Tan SriAzhar sehingga Tan Sri Azhar sanggup untuk membelanjakan beribu ringgit untuk menampung pengajian kami di Melbourne walaupun kami telah ditawarkan biasiswa.
“Abang Azhar, kenapalah abang bersusah payah sponsor diorang ni tiket untuk balik ke Malaysia..menyusahkan abang aje..”
“Takpelah Shariff..diorang ni pun bukan orang lain..anak saudara abang jugak..lagipun abang nak sangat diorang ni datang ke majlis abang nanti..abang nak kenalkan diorang ni dengan anak-anak Azharina dan Sufiya..”
“yelah..terima kasih abang Azhar.”
“terima kasih uncle..” ucap kami pula.
“Uncle, siapa yang uncle nak kenalkan dengan kitorang ni?”
“Adalah..nanti uncle kenalkan okey..”
“okey..” serentak aku dan Lisa bersuara.



Majlis Wedding Anniversary Tan Sri Azhar dan Puan Sri Zahira diraikan dengan begitu meriah sekali di kediaman mereka yang terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Malam itu, Fasha mengenakan baju kebaya nyonya rona hijau. Fasha kelihatan sangat cantik sehinggakan ramai mata tetamu yang hadir memandangnya tidak berkedip. Begitu ramai sekali tetamu yang hadir memeriahkan suasana.Semasa Fasha dan Lisa sampai ke rumah Tan Sri Azhar, adik-adik Tan Sri Azhar iaitu Datin Azharina dan Datin Sufiya telah pun sampai..Mereka diperkenalkan kepada keluarga Tan Sri Azhar yang pernah mereka jumpa sewaktu mereka masih kecil..
“Fasha, Lisa..kenalkan ni Auntie Azharina..dan ini suaminya, Uncle Hariz..”
“Apa khabar Auntie, uncle ?” sapa Fasha dan Lisa kepada mereka.
“Khabar baik..dah besar panjang dah kamu berdua ni ya..dulu masa Auntie jumpa kecil-kecil lagi..”
“Auntie pernah jumpa kitorang ?” Tanya Fasha dengan terkejut.
“Apa pulak tak pernah..dulu, parents kamu tu selalu bawa kamu berdua ni jumpa kami..” Auntie Azharina menerangkan dan menceritakan kisah-kisah lama kepada mereka.
Terkejut mereka apabila mendapat tahu yang mereka dulu sering berjumpa dengan keluarga Uncle Azhar. Setahu mereka, mereka hanya kenal dan rapat dengan Uncle Azhar saja..rupa-rupanya dengan seluruh keluarga Uncle Azhar mereka kenal..
Selepas berkenalan dan beramah mesra..Fasha dan Lisa berjalan-jalan sambil menikmati makanan. Tiba-tiba ada seorang lelaki dan seorang wanita menghampiri mereka dan menyapa mereka untuk berkenalan.
“Hai..Fasha and Lisa kan?” Tanya seorang lelaki yang beumur lewat 20-an..
“ya! Awak ni siapa ya ?” Tanya Lisa kehairanan.
“Saya Sufian anak Dato’ Aziz dan Datin Sufiya juga anak saudara kepada Tan Sri Azhar and this is mysister, Aishah.” Jawab pemuda itu dengan lagaknya.
“Hai..Aishah..you can call me kak Aishah because akak lebih tua daripada korang.” Aishah pula memperkenalkan dirinya kepada kami dengan ramahnya.
“Hai..Fasha and ni Lisa, kawan baik Fasha.” Aku menjawab pula dengan ramah.
“hmm..dah ambil makanan belum?” Pelawa Aishah kerana tidak nampak kami memegang makanan walhal dah banyak kami makan malam itu..hehe..
Selepas itu, aku, Lisa dan kak Aishah berbual rancak malam itu. Tidak susah untuk menyesuaikan diri dengan kak Aishah kerana dia seorang yang mudah didekati dan rendah diri orangnya walaupun dia anak orang berada. Setengah jam kemudian datang pula seorang gadis cantik menyapa kak Aishah.
“Kak Aishah ! puas ria cari akak tau..kat sini akak rupanya..kak, siapa ni?” Tanya gadis itu kehairanan.
“Kenalkan ini Fasha and ini Lisa..Fasha ni anak Uncle Shariff dan Auntie Farida..lisa ni pula anak uncle Rosli..tapi Ria kena panggil diorang akak tau because diorang lagi tua daripada Ria.” Jelas kak Aishah kepada Ria.
“Oh..tak sangka Uncle Shariff dan uncle Rosli ada anak perempuan yang cantik macam akak berdua ni..btw, Ariana..anak Dato’ Hariz dan Datin Azharina..” Ariana memperkenalkan dirinya.
“Oh..Ariana..cantik nama itu secantik orangnya..” Lisa bersuara memuji kecantikan Ariana.
“Takdelah kak Lisa..biasa je..btw, thanks..hmm..kak Lisa and kak Fasha tunggu sini sekejap eh..nanti Ria datang balik..”
Sepuluh minit kemudian, Ria muncul semula bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, pertama kali aku melihatnya..tidak dinafikan lelaki itu memiliki raut wajah yang sangat tampan dan sepasang mata yang cantik yang mampu menawan sesiapa saja. Namun dari gayanya, dia kelihatan seperti seorang yang sombong. Aku berkata sendiri di dalam hati. Membuat andaian yang bukan-bukan sedangkan aku masih belum mengenalinya lagi..
“Abang Aaron, inilah wanita-wanita cantik yang Ria nak kenalkan kat abang..yang ini kak Fasha, anak Uncle Shariff and yang ini pulak kak Lisa, anak Uncle Rosli..kak Fasha and kak Lisa, ini abang Ria, Muhd Aaron Ashraff.” Ria memperkenalkan aku dan Lisa kepada lelaki tadi..Rupa-rupanya nama dia Muhd Aaron Ashraff..namanya setampan orangnya..hehe..
“hai..” aku menegurnya sambil menghulurkan salam..
“hai..” dia membalas salamku sambil tersenyum..reaksinya positif..ternyata sangkaan aku tadi salah..rasa berdosa pula berburuk sangka terhadapnya. Tapi..ada aku kesah !
“Sufian!” Aaron menjerit memanggil Sufian sambil melambai-lambai tangan tanda dia mengajak Sufian untuk menyertai kami berbual.
“sekejap..nanti aku datang..” teriak Sufian.
“Pian, kau kenal tak diorang ni?” Tanya Aaron kepada Sufian yang telah pun menyertai kami.
“Dah kenal dah..Fasha and Lisa kan? Aku kenal diorang dulu dari kau Aaron..”
“Oh..dah kenal lah ni..okey..so, from now on.. kita semua sahabat..nice to meet you all..you all ni masih belajar ke?” soal Aaron kepada mereka.
Fasha menjawab “Kitorang belajar di Melbourne, Australia dalam jurusan perubatan..lagi setahun je. Thenkitorang terus balik Malaysia.. how about you?”
“Melbourne? My sister also study kat sana. Dalam jurusan perubatan juga. Tak pernah jumpa ke? Mana tahu dia junior korang. Aaron belajar di London dalam jurusan Perniagaan. Same like Sufian. Tahun ni tahun akhir.” Aaron menceritakan tentang dirinya kepada aku dan Lisa. Seronok juga mendengar ceritanya dan aku berasa hairan kerana dia membahasakan dirinya dengan nama. Jarang aku jumpa lelaki kaya yang menggunakan namanya ketika berbual kerana lelaki kaya yang pernah aku jumpa semuanya menggunakan I dan u saja. Ada keistimewaan dalam diri Aaron yang membuat aku ingin sangat mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Namun, layakkah aku?? Aku tidak pernah berperasaan begini dengan mana-mana lelaki yang pernah aku jumpa. Namun dengan dia, aku dapat merasakan suatu perasaan yang indah. Mungkinkah aku sudah jatuh cinta dengannya??



Hari ini aku terlewat bangun. Alarm handphoneku sudah berbunyi pada pukul lapan pagi namun aku masih terlena sehingga aku sedar pada pukul sepuluh pagi yang aku sudah terlambat untuk menemani mama dan abah ke hypermarket Tesco untuk membeli barang keperluan rumah. Selepas bangun dari tidur aku terus ke bilik air untuk mandi. Setengah jam kemudian aku turun. Mama sudah menyediakan sarapan untuk aku. Aduh, malunya! Sepatutnya aku yang menyediakan sarapan untuk mereka tapi mereka pula yang menunggu aku untuk sarapan bersama.
“Morning mama, abah. Sorry, Fasha terlewat bangun sebab semalam terlalu penat la..Sorry eh..” rayuku untuk minta dimaafkan.
“Takpe..kali ini mama maafkan tapi lain kali jangan lambat lagi ya..kat sana tu entah-entah bangun lambat macam ni lah tu kalau takde kelas.” Usik mama.
“tak lah ma..kat sana Fasha bangun awal lah.. pukul enam pagi dah bangun tau!”
“hmm..yelah tu..semalam mama nampak Fasha berbual dengan anak-anak saudara Uncle Azhar. Fasha berbual dengan yang mana satu ?” Tanya mama.
Aku menjawab, “semua ma..kak Aishah, Sufian, Aaron dan Ariana. Diorang semua tak sombong kan mama walapuun diorang anak orang berada.”
“Ibu-bapa diorang dah ajar diorang sejak kecil lagi supaya jangan berlagak dengan orang lain walaupun berbeza darjat. Sebab itulah diorang semua okey.” Sambung abah.
“hmm..cepatlah..kita nak pergi Tesco ni..nanti dah petang ramai pula orang.” Ajak mama.
Setelah selesai membeli belah di Tesco, kami semua pergi makan di Warong Kampungku yang terletak dalamTesco ini juga untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong minta untuk diisi. Abah memesan lauk-lauk kampung yang pelbagai seperti pucuk ubi masak lemak, sambal belacan, asam pedas dan macam-macam lagi lauk-lauk kampung yang membangkitkan selera kami sekeluarga. Sudah lama rasanya aku tidak makan masakan-masakan seperti ini.
Masakan tidak, di Australia dulu hendak jumpa nasi pun susah. Setelah selesai makan, kami terus pulang ke rumah kerana pada sebelah petang nanti, abah dan mamaku akan ke rumah abang Farish kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Aku tidak ikut sekali kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan berkaitan dengan pengajianku. Selepas menghantar mama dan abah di depan pintu, aku terus masuk ke bilik untuk menyelesaikan tugasku. Setengah jam kemudian, sedang aku leka menelaah pelajaran, telefon bimbitku berdering. Aku terus mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin. Aaron! Terkejut beruk aku melihat nama itu terpampang di skrin telefonku. Aaron menelefonku? Mimpi apakah dia hari ini? Aku tidak terus angkat kerana masih tidak percaya yang dia akan menelefonku waktu ini namun aku tidak sampai hati pula membiarkan dia menunggu lama. Aku pun menjawab panggilannnya.
“Hello, assalammualaikum..” aku memulakan bicara.
“Waalaikumsalam..boleh cakap dengan Fasha?”
“saya Fasha.. Ada apa Aaron telefon saya ni?”
“hmm..Fasha free tak malam ni?” Tanya Aaron seperti ingin mengajakku keluar makan malam di luar. Ah! Aku berangan lah pula..
“malam ni..free kot..kenapa ya?”
“Aaron nak ajak Fasha dinner ket luar boleh tak? Sementara Aaron ada kat JB dan Fasha pula ada kat Malaysia..boleh tak kita keluar malam ni?” memang tepat sangkaanku. Wah.. Permulaan yang bagus..
“keluar dinner? Betul ke Aaron ajak Fasha ni? Tak salah orang ke?” dugaku.
“Aaron tak salah orang Fasha..memang Fasha yang Aaron nak ajak. Kalau tak..takde lah Aaron call Fasha kan..”
“takde lah..mana tahu salah nombor ke..” aku menduganya sekali lagi.
“tak Fasha..memang nombor Fasha yang Aaron nak call..hmm..Fasha tengah buat apa tu ? mama dan abah ada kat rumah?” Tanya Aaron.
“Fasha tengah buat assignment.. abah dan mama keluar pergi rumah abang Farish. Ada hal katanya.”
“oh..aik..cuti-cuti pun ada assignment..hmm..Aaron tak ganggu ke ni?” soalnya.
“Ada lah..ingat Fasha cuti ni suka-suka ke..cuti pun kena buat assignment tau. Eh, tak lah..tak ganggu pun.. dah hampir siap dah..”
“So, malam ni boleh lah ya keluar dengan Aaron?”
“InsyaAllah. Fasha fikir dulu ya.. nanti Fasha mesej Aaron.”
“Okey bye.. Take care!”
“bye..take care too!”
Sepuluh minit kemudian, aku menghantar mesej kepada Aaron dengan mengatakan aku akan keluar dengannya malam ini. Tidak lama kemudian, dia membalas mesejku. “Okey. Aaron akan jemput Fasha malam ni..cantik-cantik tau!”
Ceh! Gedik lah pula mamat ni..apa, aku ni tak cukup cantik ke? Tapi ramai yang cakap muka aku ni ada iras-iras macam Fasha Sandha.
Satu jam kemudian, tugasan ku selesai. Lega rasanya. Bolehlah aku menghabiskan cuti ku lagi dua hari dengan senang hati. Setelah mengemas meja belajarku, aku terus membuka almari mencari pakaian yang sesuai untuk keluar malam ini. Hampir satu jam juga aku mencari sambil menggayakan di depan cermin akhirnya aku memilih untuk memakai baju blouse rona merah jambu dan seluar slack rona putih. Warna kesukaanku. Setelah selesai mandi, aku bersiap dan menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Selepas selesai solat maghrib, aku mendengar bunyi deruman kereta. “Aik! Takkan Aaron dah sampai kot. Belum pukul lapan lagi.” Aku berkata di dalam hati. Aku terus menuruni anak tangga untuk lihat siapa yang datang. Rupa-rupanya mama dan abah. Cepat pula mereka pulang. Kata mama mereka akan pulang lambat. Habislah aku.. mama dan abah akan berjumpa dengan Aaron sebentar lagi. Habislah aku akan diusik oleh mereka. Setengah jam menunggu, akhirnya Aaron sampai. Dia membunyikan loceng kemudian memberi salam. Abah keluar untuk membuka pintu pagar kerana aku sibuk berbual dengan mama di dapur. Abah pun menjemput Aaron masuk ke dalam dan berbual dengannya dulu sebelum kami melangkah kaki untuk pergi. Memang benar sangkaanku. Mereka akan mengenakan aku dengan Aaron. Tetapi, Aaron hanya tersenyum sahaja. Aku pula hanya mendiamkan diri sahaja kerana malu diperlakukan begitu. Setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi. Aaron membawaku makan malam di atas cruise yang terletak di Danga Bay. Wah, romantiknya..tapi pelik! Dia kelihatan seperti tidak kekok dengan jalan-jalan yang ada di Johor Bahru ni.



Semasa sedang seronok berbual dengan kak Elly dan melayan celoteh anak saudaraku, Mia..telefon bimbitku berdering..aku melihat nama yang tertera di skrin. Aaron! Sekali lagi hatiku bergetar bila melihat namanya yang tertera di skrin handphone ku. “Ada apa dia call aku ni? Sibuk je lah..” getusku dalam hati.
“Kak Elly, sekejap eh..Fasha nak jawab call sekejap.” Aku meminta izin untuk keluar sebentar.
“Hello..Assalammualaikum..ada apa Aaron?” tanyaku.
“Waalaikumussalam..Fasha tengah buat apa tu? Ganggu tak?
“tengah layan anak saudara Fasha..Mia..tak ganggu pun..ada apa ya?”
“abang Farish ada kat rumah Fasha eh?”
“A’ah..kenapa?”
“boleh tak kalau Aaron nak datang rumah Fasha?”
“huh?? Aaron nak buat apa kat sini?”
“Nak jumpa abah, mama and abang Farish la..” jelasnya.
“issh..tak payah lah..Fasha malu lah kalau Aaron datang.” Aku cuba berdalih. Sebenarnya, bukan malu tapi hatiku berdebar bila menatap wajahnya.
“tak boleh lah ni? Takpe lah..” suaranya seakan merajuk.
Tidak sampai hati pula aku mendengar suaranya begitu. Lagipun, apa salahnya kalau dia datang bertandang ke rumahku. Abang Faris tentu suka. Layan je lah..
“hmm..ye lah..Aaron boleh datang. Bila Aaron nak datang?” soalku.
“Sekarang..boleh?”
“boleh..datang lah..Fasha tunggu.”
“okey..i’m coming!”
Aku mematikan talian terus ke ruang tamu semula untuk memberitahu tentang kedatangan Aaron ke rumah.
“Abah, mama..sekejap lagi Aaron nak datang.”
“elok lah tu..abang Farish kamu pun ada kat sini. Dia kan rapat dengan abang Farish. Tapi ada apa tiba-tiba nak datang sini pula tu?” tanya abah kehairanan.
“nak datang meminang kot ma..” usik kak Elly.
“banyak la kak. Kalau nak datang meminang..datang ramai-ramai lah..baru la beradat.” Jawabku.
“amboi..dah tak sabar ke?” giliran abang Farish bersuara.
Aku tidak menjawab malah mengalihkan pandangan pada anak saudaraku. Malas aku hendak melayan kerenah dan usikan mereka. Setengah jam kemudian, Aaron sampai di rumahku. Rupa-rupanya, Aaron datang berkunjung ke rumahku kerana ingin meminta izin untuk menghantarku ke Senai Airport keesokan hari. Katanya, dia ingin pulang ke Kuala Lumpur esok. Jadi, dia ingin menghantarku sekali kerana satu jalan. Abah dan mama pula membenarkan aku pergi bersamanya esok kerana abah dan mama percayakan Aaron. Sentap hatiku ketika itu. Patutkah aku pergi bersamanya atau menolak sahaja. Ah! Kusutnya..tapi pada masa yang sama, hatiku meronta-ronta untuk pergi dengannya namun hatiku berdebar apabila menatap wajahnya. Apalagi esok aku akan bersama dengannya dalam kereta yang sama untuk jangka masa yang panjang. Ya Allah..tenangkan lah hatiku untuk berhadapan dengannya esok. Amin..
Hari ini aku bangun awal kerana tidak ingin lambat sampai ke airport . Waktu penerbanganku ialah pada pukul sepuluh pagi. Pukul 8.00 pagi Aaron sudah sampai di depan rumahku. Sedangkan aku masih lagi sedang bersiap. Setelah selesai bersolek, aku terus turun ke bawah dengan membawa beg tangan dan satu bagasi. Aaron masuk ke dalam untuk berjumpa abah dan mama. Setelah salam dengan kedua-duanya, Aaron megambil bagasiku lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Tepat pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak. Semasa dalam perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual. Hanya Aaron yang bersuara. Lagu ‘Aishiteru’ yang kedengaran dari corong radio tidak membosankan aku yang ketika ini sedang berperang dengan perasaan yang berdebar-debar. Lagu yang kedengaran sama seperti situasiku saat ini. ERA.fm ni macam tahu-tahu je aku nak pergi jauh.
Pada masa yang sama, aku berasa sedih kerana selepas ini aku akan berjauhan dengan keluargaku lagi. Empat puluh minit kemudian, kami sampai di Senai Airport. Aaron mengangkat bagasi ku dan menemaniku sehingga aku menaiki kapal terbang. Sebelum aku bertolak, dia mengucapkan selamat tinggal kepadaku dan sempat berpesan sesuatu kepadaku.
Sembilan jam perjalanan, akhirnya aku sampai di Melbourne, Australia. Ketibaanku di Airport disambut oleh Lisa dan juga Uncle Mustapha, pemilik rumah sewaku di Melbourne. Uncle Mustapha seorang muallaf yang tinggal di kawasan perumahanku. Aku mengenalinya melalui pensyarahku ketika aku belajar di Jakarta. Selepas itu, aku terus pulang ke rumah sewaku. Perjalanan yang panjang memenatkan aku. Setelah mandi dan solat, aku terus tidur kerana esok pagi aku ada kelas yang perlu dihadiri.
Aku ke kelas pada pukul 8.00 pagi waktu Australia. Kelasku berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Selepas itu, aku ke kafe bersama Lisa untuk makan tengahari. Setelah itu, kami pulang semula ke rumah dan berehat sebentar kerana pukul tiga petang nanti kami ada lagi satu kelas untuk dihadiri. Semasa di rumah, aku membuka emelku dan juga facebook untuk mengisi masa yang ada. Tidak ku sangka semasa aku membuka emel, aku terkejut kerana Aaron ada menghantar emel kepadaku. Dia bertanyakan khabar dan ingin berbual denganku. Bukan hanya di emel malah di facebook ku juga ada notification darinya. Dia mengirimkan sekeping gambar di facebook ku. Aku terkejut setelah membuka gambar itu kerana itu adalah gambar aku. Ketika itu, aku sedang melihat budak-budak bermain skateboard di Danga Bay tempoh hari. “Pelik! Bila masa lah dia ambil gambar tu.. Dasar pencuri! Curi-curi ambil gambar orang! Baik lah gambar tu hanya nampak tepi je. Kalau tak..habis kantoi dengan family aku.” Omelku sendirian.
“woi, kau dah kenapa cakap sorang-sorang? Demam ke?” tegur Lisa.
“Tak lah..aku cakap dengan fb ni ha..”
“huh? Dengan fb? Gila ke apa?”
“beb, kau rasa Aaron tu okey tak?”
“Aaron? Hai..tiba-tiba je Aaron..ada apa-apa ke? Entah-entah..masa aku dah balik sini kau selalu jumpa dia eh..?”
“ada la sekali dua..First, dia ajak aku keluar dinner then dia datang rumah aku.” Aku berterus-terang saja kerana memang itu perangai ku apabila dengan Lisa. Lisa adalah sahabat baikku. Jadi, aku akan berkongsi apa-apa saja cerita dengannya.
“wah..dah ada kemajuan nampak. Baguslah tu..aku suka kau dengan Aaron. Memang sesuai. Sama cantik, sama padan.”
“pandailah kau..eleh..kau tu pun sama je..masa kau nak balik sini hari tu..Sufian yang hantar kau ke Senai Airport kan..macam lah aku tak tahu.”
“beb, macam mana kau tahu? Siapa beritahu kau?”
“aku tahulah..kantoi sudah..” usikku.
Setelah berminggu-minggu aku di sana, Aaron sering menghantar emel kepadaku. Kadang-kadang jika aku ada masa lapang dia akan menelefonku dan kami juga akan berbual melalui skype. Semakin lama, aku dan dia semakin rapat. Pada suatu hari, Aaron menelefonku dan meluahkan perasaan cintanya kepadaku. Aku berasa sangat gembira kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, aku tidak terus memberikan jawapan kepadanya. Keesokkan harinya barulah aku memberikannya jawapan. Jawapanku adalah ya kerana memang ini saat yang aku tunggu-tunggu selama ini. Mulai hari itu, kami adalah pasangan kekasih. Aku berasa bahagia sekali kerana berjaya menjadi buah hatinya. Memang itu gelaran yang aku nanti-nantikan selama ini. Setelah lima bulan kami bercinta, Aaron dan Sufian datang ke Melbourne untuk berjumpaku dengan Lisa. Rupa-rupanya, tanpa pengetahuan kami, Sufian dan Lisa juga sedang hangat bercinta. Pandai mereka sorokkan daripada kami ya. Tapi akhirnya..kantoi juga.. Aaron dan Sufian bercuti di Melbourne selama empat hari. Selain melawatku dan Lisa, mereka juga datang berjumpa dengan Ria yang juga sedang belajar di Melbourne. Setelah aku mendapat tahu yang Ria juga belajar di sini, kami sering keluar bersama jika tiada kelas. Ternyata benar kata Aaron, Ariana adalah junior ku.
Semasa Aaron dan Sufian di sini, aku, Lisa dan Ria membawanya berjalan-jalan di sekitar Bandar Melbourne. Seronok sekali kami berlima. Selepas empat hari, mereka pulang semula ke Malaysia. Hubunganku dengan Aaron semakin rapat dan hubunganku sudah dapat dihidu oleh abangku, Farish. Kemudian sampai ke pengetahuan abah dan mamaku. Tapi mereka tidak menghalang kerana mereka suka aku bercinta dengan Aaron daripada orang lain. Namun setelah setahun bercinta, Aaron pergi meninggalkanku tanpa kata. Dia tidak lagi menghubungiku. Dia menghilangkan diri dariku. Ketika menyambut hari raya pun dia tidak bercakap denganku walaupun kami berada dalam satu rumah yang sama. Kenapa dia berbuat demikian? Kenapa dia tinggalkan aku? Pelbagai persoalan bersarang di kepalaku. Namun, aku cepat-cepat melupakan kekecewaanku kerana aku tidak ingin perasaanku menjejaskan pelajaranku. Aku ingin menunaikan hasrat abah untuk melihatku membawa pulang segulung ijazah untuknya. Selepas kejadian itu, aku mula menyibukkan diriku dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk melupakan dirinya. Aku hanya mampu redha dan berserah sahaja. Biarlah..mungkin tiada jodoh aku dengannya. Selepas tiga bulan kami berpisah, aku mendapat tahu Aaron meninggalkanku kerana dia telah kembali kepada bekas kekasihnya, Shila. Aku mendapat tahu berita ini daripada Sufian. Sufian tidak setuju sepupunya memperlakukan aku begitu namun dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengembalikan Aaron kepadaku. Namun, dia lebih membela aku daripada Aaron. Semasa ketiadaan Aaron, ada seorang lelaki datang kepadaku mencurahkan kasih sayangnya. Lelaki itu adalah Amir. Namun, perasaanku kepadanya hanyalah sebagai sahabat sahaja. Amir suka kepadaku tapi dia tidak pernah meluahkan perasaannya kepadaku. Setelah tamat belajar di Melbourne, aku pulang ke Malaysia. Enam bulan selepas itu, aku mula berkhidmat sebagai doktor di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Semasa ketiadaan Aaron, aku hanya rapat dengan seorang lelaki iaitu Amir. Abah dan mamaku berasa hairan mengapa aku tidak bersama Aaron lagi. Lalu, aku menceritakan kepada mereka perkara yang sebenar. Mereka hanya mampu menasihatkan aku supaya lebih tabah dan hadapi dugaan ini dengan redha. Sememangnya aku redha. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayaku. Aku tidak langsung memikirkan soal perkahwinan kerana aku sudah tidak ada hati lagi untuk itu. Jika sudah sampai masanya aku kahwin, aku kahwin. Jika tidak, tidak lah. Aku dan Lisa sudah pun berkhidmat sebagai doktor dan kami ditempatkan di hospital yang sama dan juga di bahagian yang sama iaitu bahagian sakit puan. Setiap hari, kami akan pergi ke hospital sama-sama untuk menjimatkan kos petrol. Kawan kami semasa di Jakarta dan Melbourne juga telah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Kawan yang dimaksudkan adalah Dr. Zahid. Dr. Zahid ini adalah buah hati Ariana. Mereka kenal semasa di Melbourne. Aku dan Lisa punya kerja lah ni menyatukan mereka berdua. Tapi akhirnya, jadi juga. Ariana pula akan tamat belajar setahun lagi. Selepas itu, jadi doktor juga lah dia tu.. Selepas setahun berkhidmat sebagai doktor, aku dan Lisa mendapat tawaran untuk sambung master di Kuala Lumpur. Pada mulanya, aku tidak berminat kerana tempatnya adalah Kuala Lumpur. Namun, atas pujukan abah, mama dan Lisa, aku setuju untuk menyambung pengajianku ke peringkat ijazah sarjana. Peluang ini akan membolehkan aku menjadi doktor pakar jika sudah tamat belajar nanti. Memang inilah yang aku impi-impikan selama ini. Sebulan kemudian, kami pergi ke Kuala Lumpur. Semasa belajar di sana, aku sering berjumpa dengan uncle Azhar, auntie Rina, auntie Sufiya dan juga Sufian. Namun, aku tidak langsung bertemu dengan Aaron. Kata Auntie Rina, Aaron juga menyambung master di Universiti lamanya iaitu Universiti of Cambridge, England. Elok juga daripada bertemu dengannya. Setidak-tidaknya dapat juga aku melupakan dia. Namun aku salah, aku langsung tidak boleh melupakan dia kerana dia adalah lelaki pertama yang bertakhta dihatiku. Setelah tamat belajar di Kuala Lumpur, kami pulang ke Johor Bahru. Sebulan selepas kami pulang, kami terus berkhidmat di Hospital Sultan Ismail tapi kali ini sebagai doktor pakar. Setelah enam bulan aku berkhidmat, aku dikejutkan dengan berita sedih. Mamaku menghidap penyakit barah payudara tahap empat. Ketika itu, perasaanku hanya Allah yang tahu. Mama ditempatkan di Hospital tempat aku bertugas. Seminggu selepas mama dimasukkan ke hospital, mama menjalani pembedahan. Aku, abah, abang Farish dan kak Elly mengambil cuti untuk menunggu mama sehingga selesai pembedahan. Setelah enam jam dalam operation theatre, doktor yang menjalankan pembedahan mama keluar. Doktor menggeleng-gelengkan kepala tanda pembedahan itu gagal. Mama sudah meninggal dunia. Ketika itu, duniaku aku rasakan sangat gelap. Mama sudah tiada. Tiada ruang lagi untuk aku bermanja dengan mama. Aku terduduk lalu menangis teresak-esak. Mama! Mengapa mama pergi ketika Fasha memerlukan mama? Aku masih memerlukan mama, aku masih mahu bermanja dengan mama. Mengapa aku sebagai doktor tidak mampu untuk merawat mama? Aku menangis tersedu-sedu sambil ditenangkan oleh abah dan kak Elly. Aku tidak mampu berkata apa-apa waktu itu. Aku hanya mampu berdoa semoga mama ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Petang itu, jenazah mama di bawa pulang ke rumah setelah dimandikan dan dikafankan. Ahli keluargaku sibuk menguruskan jenazah dan menelefon sanak saudara untuk memberitahukan hal ini. Lisa menelefonku tapi aku tidak berdaya untuk menjawab panggilannya. Tidak lama kemudian, dia datang melawat. Lisa juga turut bersedih dan berdukacita di atas pemergian mamaku. Lima jam kemudian, Uncle Azhar dan seluruh ahli kelurganya sampai di rumahku. Auntie Zahira, Azharina dan Sufiya terus memelukku dengan erat dan mengucapkan takziah kepadaku. Mereka juga memujukku supaya bersabar dan menghadiahkan Al-fatihah untuk mamaku. Tidak ku sangka, Aaron juga datang melawat mamaku. Namun, dia langsung tidak bercakap denganku. Setelah selesai solat jenazah, kami sekeluarga dan juga tetemu yang hadir menghantar jenazah ke Tanah Perkuburan Pasir Gudang untuk upacara pengebumian. Aaron dan Sufian menolong abah menjalankan upacara pengebumian jenazah mama. Selepas selesai upacara pengebumian, kami semua pulang ke rumah untuk menguruskan kenduri tahlil malam itu. Aku hanya menolong sedikit sahaja kerana Auntie Rina melarangku untuk menolong. Namun aku berdegil kerana bagiku dengan cara ini aku mampu membuang rasa sedihku atas pemergian mama. Selepas selesai kenduri tahlil, Uncle Azhar, abah dan abang Farish berjumpaku. Aku pergi ke ruang tamu untuk berjumpa mereka. Mereka telah bersepakat untuk menjodohkan aku dengan Aaron Ashraff. Aku tidak setuju. Walaupun aku mencintainya tapi aku tidak mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang telah mensia-siakan aku.
Tetapi mereka semua berusaha memujukku dan mengatakan bahawa Aaron telah pun bersetuju untuk menikahiku. Akhirnya aku akur. Mungkin jodoh yang ditetapkan oleh keluarga akan berakhir dengan kebahagiaan. Namun aku tahu Aaron tidak ikhlas menerima aku sebagai isterinya. Dia terpaksa kerana bersimpati dengan keadaanku ketika ini. Biarlah! Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kedukaan ini.
Enam bulan kemudian, tibalah hari pernikahan aku dengan seorang lelaki yang bernama Muhammad Aaron Ashraff. Lelaki yang telah lama menjadi pujaan hatiku. Namun, tidak bagi lelaki ini. Dia menikahi ku tanpa rasa ikhlas. Kami dinikahkan selepas solat zohor. Di malam hari pula, majlis berinai diadakan. aku memakai lima pasang baju kebudayaan untuk bergambar. Aku tahu Aaron tersenyum paksa demi memuaskan hati ramai orang. Namun tidak bagi aku. Aku tersenyum ikhlas kerana aku memang bahagia dengan perkahwinan ini.
Hari persandinganku pun tiba. Perkahwinan kami diadakan di Hotel The Puteri Pacific, Johor Bahru. Aku dibawa pergi ke hotel dengan menaiki kereta pengantin yang dipandu oleh Sufian dan diiringi oleh pengapitku, Lisa. Sufian dan Lisa adalah pengapit untuk majlisku nanti. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan suasana. Artis-artis seperti Anuar Zain, Misha Omar dan Nera juga turut hadir mempersembahkan lagu mereka untuk menghiburkan para tetamu. Semasa aku dan Aaron menikmati santapan, kami dihiburkan dengan persembahan oleh Anuar Zain dengan lagunya yang bertajuk ‘Lelaki ini’, ‘Sedetik lebih’ dan ‘Keabadian cinta’. Alangkah indahnya jika suamiku berperasaan seperti lagu ini. Kemudian, Nera pula menyampaikan lagunya yang bertajuk ‘Hatiku milikmu’ yang merupakan lagu kegemaranku. Aaron tahu aku menyukai lagu ini. Tentu abang Farish yang menjemput Nera kerana dia tahu lagu kegemaranku yang satu ini.

Di sisi mu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasu terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua sayang padamu…

Setelah selesai makan, tiba-tiba aku air mataku mengalir. Aku teringatkan mama. Alangkah bahagianya kalau mama ada di majlis perkahwinanku dan melihat aku bersanding. Tiba-tiba aku terlihat mama yang sedang duduk di pelaminku sambil tersenyum. Aku juga turut tersenyum lalu menangis. “alhamdulilah..terima kasih mama untuk hadiah ni.”
Kami berbulan madu di Cameron Highlands hadiah perkahwinan darpada abah. Setelah sampai, kami terus ke hotel tempat penginapan kami iaitu Hotel Strawberry Park. Selepas check-in, kami teruske bilik kami untuk berehat seketika. Setelah hampir satu jam kami berehat, kami bersiap untuk keluar bersiar-siar di ladang teh sambil menikmati keindahan semulajadi di Cameron Highlands ini. Sambil menikmati pemandangan di sini, Aaron mengambil gambar ladang teh menggunakan kamera Nikon miliknya. Banyak juga gambar yang diambil olehnya. Selepas puas menikmati pemandangan di sini, kami ke ladang bunga ros pula. Kami menaiki kereta milik Aaron iaitu Honda CRV warna putih. Lima belas minit kemudian, kami sampai ke destinasi seterusnya. Keindahan ladang bunga ros ini tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Begitu banyak sekali bunga ros yang terdapat di sini. Bunga ros putih, merah, kuning, merah jambu..warna yang jarang dilihat juga ada di sini seperti warna biru dan ungu. Aku begitu terpegun melihat bunga-bunga ros ini. Kalau boleh, aku ingin membeli semua bunga ros yang ada di sini. Tapi, aku tidak termampu untuk berbuat demikian. Walaupun suamiku orang berada, tapi rasanya dia tidak sanggup untuk membeli kesemua bunga ros ini.
“sayang..sayang tunggu sini sekejap eh..abang nak ke sana sekejap. Tunggu tau jangan pergi mana-mana.”
“Apa mimpi pula dia ni panggil aku sayang walaupun bukan di depan abah. Dia betul-betul sayang aku ke? Ataupun ada udang di sebalik mee??” Kataku dalam hati.
Aaron pergi ke kedai yang menjual pelbagai jenis ros yang tidak jauh dari ladang bunga ros ini.
“tauke, beri saya tigakuntum bunga ros merah, tiga kuntum bunga ros kuning, tiga kuntum bunga ros putih dan tiga kuntum bunga ros merah jambu. Semua sekali dua belas kuntum la.”
“wah..banyak sekali oh.. mahu beri pada isteri ke?”
“ye lah tauke..saya datang berbulan madu kat sini.”
“oh..pengantin baru lah ni..selamat pengantin baru lah..”
“thank you tauke..”
“ini bunga nya.. siap gubah semua sekali RM70..”
“okey..thank you tauke..” ucap Aaron sambil menghulurkan not kepada tauke itu.
Beberapa minit kemudian, Aaron muncul di hadapanku dengan membawa sejambak bunga ros yang pelbagai warna. Tapi, setiap warna bunga ros itu ada tiga kuntum. Apakah maksudnya? Ada maksud yang tersirat ke?
“Untuk isteri abang yang tersayang..terimalah..” ucapnya sambil menghulurkan bunga ros itu kepadaku.
Aku mengambil bunga itu sambil tersenyum lalu aku mengucapkan terima kasih kepadaanya.
“terima kasih abang..tapi kenapa setiap bunga ros ni ada tiga kuntum?” tanyaku dengan pelik.
“Tiga kuntum ros merah means ‘I Love You’, tiga kuntum ros merah jambu means ‘I Miss You’, tiga kuntum ros kuning means ‘I Need You’ and tiga kuntum ros putih means ‘kasih yang suci’. Suka tak? Kalau suka abang boleh beli satu ladang bunga ros ni untuk sayang..”
Seperti tahu-tahu je isi hatiku sebentar tadi. Dia boleh baca fikiran aku lah..adakah itu tandanya kami sehati sejiwa?
“suka..betul ke abang nak belikan semua bunga ros ni untuk Fasha? Sanggup ke?” tanyaku sengaja ingin menduga hatinya.
“abang sanggup..untuk Fasha apa pun abang sanggup. Apa, ingat abang tak mampu ke? Satu Cameron Highlands ni abang mampu beli tau.” Beria-ia dia memberi penjelasan.
Tapi aku tidak menafikan yang dia memang mampu untuk memiliki satu Cameron Highlands ni..tapi aku hanya bergurau saja sebentar tadi. Tak sangka pula dia serius.
“tak payah lah abang..kehadiran abang dalam hidup Fasha pun dah cukup untuk Fasha..tapi..abang betul-betul ke sayang dan cinta pada Fasha? Ataupun abang hanya berpura-pura saja?” tanyaku tidak puas hati.
“Fasha..Fasha kan isteri abang..abang sayang isteri abang lebih dari segala-galanya. Fasha percayakan abang ya..abang terlalu mencintai Fasha dan abang akan jaga Fasha sampai abang mati. Itu janji abang.” Sepenuh hati dia menjelaskan perasaannya kepadaku.
“tapi kalau betul abang cintakan Fasha kenapa abang tinggalkan Fasha dulu? Kenapa abang tak tidur dengan Fasha pada malam perkahwinan kita hari tu?”
“Abang buat silap masa tu..abang lebih memilih kaca daripada permata. Tapi, abang sedar tiada perempuan yang boleh buat abang bahagia melainkan Fasha. Walaupun abang dengan perempuan lain, tapi abang masih tak boleh lupakan Fasha. Cinta Fasha pada abang sangat kuat masa tu. Abang mengaku abang silap. Abang minta maaf. Malam tu abang tak tidur dengan Fasha sebab abang takut Fasha tak boleh terima abang dan berkongsi katil dengan abang.. Fasha maafkan abang kan?” panjang lebar dia menerangkan kepadaku perkara yang sebenar.
“Fasha dah lama maafkan abang. Walaupun hati Fasha sakit sangat dipermainkan oleh abang tapi Fasha tak mampu nak benci abang sebab cinta Fasha pada abang sangat kuat. Fasha hanya mampu berdoa je semoga abang kembali semula pada Fasha. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa Fasha. Terima kasih abang sebab masih menyayangi Fasha macam dulu..”
Kami pun berpelukan. Aku tidak rasa malu ketika itu walaupun kami berpelukan di hadapan orang ramai. Biarlah, kami halal untuk berbuat demikian. Rasa cintaku padanya telah menghilangkan perasaan malu untuk terus memeluknya. Sudah lama aku dahagakan kemesraan ini. Berada dalam pelukannya membuat aku rasa dilindungi dan disayangi.
Petang itu, kami pulang ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri. Pada sebelah malam, Aaron mengajakku makan malam di hotel tempat kami menginap. Malam itu, aku rasakan seperti aku lah wanitayang paling bahagia dalam dunia ni. Aku bertuah kerana memiiki Aaron. Malam ini juga, kami tidur bersama di atas satu katil yang sama. Katil ku penuh dengan bunga ros merah. Ini adalah satu kejutan untukku. Rupa-rupanya, semasa kami bersiar-siar petang tadi, dia telah mengarahkan pekerja hotel untuk meletakkan bunga ros merah dan wangian lilin di atas katilku. Wah.. romantik juga suami aku ini..bahagianya…
Hari ini kami bersarapan di hotel tempat kami menginap. Selepas itu, kami terus ke ladang strawberi untuk menikmati buah strawberi yang dipetik dari pokok. Aku makan buah strawberi yang dipetik dengan coklat yang turut dijual di sini. Cicah strawberi dengan coklat memang enak untuk dinikmati. Ini juga menjadi salah satu kegemaranku semasa di Australia dulu. Aaron yang tahu kegemaranku ini membeli banyak buah strawberi dan coklat untukku bawa pulang ke Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan juga sebagai cenderahati untuk ahli keluarga kami. Semasa aku menikmati strawberi cicah coklat ini, mulutku comot..Aaron yang ternampak terus mengelap mulutku yang comot tapi selepas dia lap dia comotkan lagi coklat itu ke hidung dan pipi ku. Apalagi..aku marah lalu mengejarnya. Habis kami berkejaran kat satu ladang strawberi ni. Orang ramai yang ada di sini memandang kami sambil gelak ketawakan kami. Malu aku dibuatnya tapi seronok. Macam kanak-kanak lah pula.
Selepas menikmati buah strawberi, kami bersiar-siar di pekan Cameron Highlands untuk mencari cenderahati yang akan diberikan kepada ahli keluarga kami. Kami selesai mencari pada pukul enam petang. Selepas itu, kami terus ke pasar malam untuk membeli makanan untuk mengisi perut malam ini. Sampai sahaja di bilik hotel, aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Semasa aku keluar dari bilik air, Aaron tidak kelihatan. Puas aku mencari di serata bilik..Rupa-rupanya dia sedang sibuk menyediakan candle light dinner untuk kami berdua malam ini. Teruja aku melihatnya dan rasa tidak sabar untuk menikmati makan malam sebentar lagi. Selepas semuanya siap, giliran Aaron pula membersihkan diri. Kemudian kami bersama-sama menikmati makan malam bersaksikan pemandangan yang cukup indah berlatarkan pokok-pokok dan ladang strawberi. Kami tidur lambat malam ini kerana menonton filem inggeris bersama.
Keesokannya, kami pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, kami singgah sebentar di kedai makan untuk bersarapan. Setelah sarapan, kami terus pulang menuju ke Kuala Lumpur. Setelah enam jam perjalanan, akhirnya kami sampai di rumah Aaron yang terletak di Bangsar. Empat jam perjalanan aku telah terlena di dalam kereta. Sampai sahaja di rumah, Aaron mengejutku. Bangun-bangun sahaja aku bertanya kepadanya tentang bunga ros yang aku minta semalam.
“Abang, abang beli tak bunga ros yang Fasha suruh beli tu?”
“Alamak! Abang lupa lah sayang..so sorry.. Abang betul-betul lupa..sorry sangat-sangat. Nanti abang beli kat Florist yang ada kat KL ni je k..”
“Tak nak! Bunga ros kat KL dengan bunga ros kat Cameron Highlands lain.. abang ni tak boleh harap lah..tu pun tak boleh buat. Kata sanggup buat apa je untuk Fasha tapi benda kecil ni pun abang tak boleh buat. Bencilah!” bentakku memarahinya sambil memuncungkan mulutku..
“sorry lah..abang tak sengaja..nanti kita pergi sana lagi k..jangan lah marah..” pujuknya.
Namun aku membiarkan sahaja dirinya dibelenggu rasa bersalah. Biar! Memang padan dengan muka dia.
“Sorry again.. Tolong abang ambil barang kat dalam bonet sayang..abang dah buka dah bonet tu..” arahnya.
Lalu aku terus membuka bonet kereta seperti yang diarahkan oleh suamiku..apabila pintu bonet dibuka, terbeliak mataku melihat banyak kuntuman bunga ros pelbagai warna dalam bonet keretanya. Perasaanku bercampur baur ketika itu. Gembira, teruja dan rasa bersalah pun ada kerana telah memarahi suamiku sedangkan dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Rasa berdosa pula telah mengata yang bukan-bukan terhadap suamiku sebentar tadi. Lalu aku terus memeluknya dan meminta maaf atas kata-kataku tadi.
“abang..Fasha minta maaf..Fasha tak sepatutnya marah-marah abang macam tu tadi. Fasha tak tahu pun abang dah belikan semua ni untuk Fasha.. Abang tak beritahu Fasha pun..bila masa abang beli semua ni?”
“it’s okey..abang pun salah sebab tak beritahu sayang..tapi kalau abang beritahu dah tak surprise lah kan..abang deal dengan tauke bunga tu semalam. Suka tak?”
“of course I like..thanks so much my dear!”
“apa? Tak dengar..cakap lagi sekali..”
“thanks my dear!” ulangku sekali lagi dengan nada yang lebih manja.
“tak dengar lah sayang..repeat again..”
“mengada lah abang ni..gedik!”
“gedik-gedik pun ada orang sayang..” ucapnya sambil tersenyum.
“so, dah tak marah abang lagi lah ni?”
“tak..marah dah bertukar jadi sayang..” Godaku.
“macam ni kan bagus..sejuk sikit hati abang dengar.. lepas ni jangan marah-marah lagi tau. Buruklah sayang abang ni kalau marah. Macam nenek kebayan tahu tak?”
“jahat! Nak marah lagi lah lepas ni..biar Fasha jadi nenek kebayan. Fasha boleh cekik abang. Hehe..” balasku.
“cekik lah..kalau abang mati..Fasha juga yang merana jadi janda..” Aaron memulangkan paku buah keras kepadaku. Tapi, aku tidak membalas. Hanya mendiamkan diri sahaja lalu terus masuk ke dalam rumah kerana kepenatan. Bagasiku diangkat oleh suamiku. Setelah membersihkan diri, aku mengambil bunga-bunga ros tadi dan menghiaskannya ke dalam pasu yang akan aku letakkan di ruang tamu, meja makan dan juga dalam bilikku. Katilku juga penuh dengan bunga ros seperti malam kelmarin aku di Cameron Highlands. Malam itu, kami letih sekali dan tidur lebih awal dari selalu.



Beberapa hari kemudian, aku pulang ke Johor Bahru untuk berjumpa abah. Tapi aku hanya pulang sendirian kerana suamiku perlu bekerja di luar negeri. Semasa di Johor bahru, aku membawa abah ber\jalan-jalan di Bandar Johor Bahru. Selepas menjamu selera, kami berjalan-jalan sebentar di Pasar Karat yang terletak di Bandar Johor Bahru. Malam-malam ahad begini memang ramai pengunjungnya kerana Pasar Karat ini banyak menjual barang-barang yang murah daripada pakaian sehinggalah ke makanan. Memang banyak kedai yang terdapat di sini. Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli belah sambil mencuci mata di sini. Aku membeli baju untukku dan juga untuk suamiku. Kemudian, aku membeli perhiasan rumah, aksesori dan sedikit hadiah untuk keluarga mertuaku, abah dan juga Mia, anak saudara kesayanganku. Semasa aku sedang leka memilih barang perhiasan, aku mendapat panggilan dari papa. “ada apa papa telefon aku malam-malam ni?” soalku dalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum papa..ada apa papa telefon Fasha ni?” aku memulakan perbualan.
“Fasha..Aaron accident petang tadi dalam perjalanan balik ke rumah. Sekarang ni dia dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri.” Jelas abah tercungap-cungap.
“apa papa? Habis tu dia macam mana sekarang? Teruk tak pa? Aaron accident kat mana pa? ” tanyaku kaget. Habis barang-barang yang ku pegang terjatuh di lantai. Abah yang mengutipnya semula.
“he’s still coma Fasha.. ada pendarahan dalam kepalanya. Dia accident kat Wangsa Maju. Ada sebuah kereta terbabas terus merempuh kereta Aaron. Aaron terlanggar pokok. Itu sebablah bahagian kepalanya teruk.”
“astaghfirullahalazim..macam mana lah keadaan dia sekarang ni.. Fasha akan balik KL malam ni juga.”
“Tapi kan dah malam..takkan Fasha nak drive sorang-sorang malam-malam macam ni? Nanti Aaron dah okey fasha pula yang masuk hospital. Janganlah Sha..”
“Tapi Fasha boleh balik dengan abah..papa jangan risau k..Fasha okey..”
“baiklah kalau macam tu..tapi ingat, drive elok-elok tau.. jangan kelam kabut.” pesan papa.
“baiklah papa..terima kasih papa.”
“sama-sama.. Assalammualaikum..”
Aku mematikan talian dengan perasaan yang masih bercelaru ketika ini. Aku tidak menyangka orang yang aku sayang akan terlibat dengan kemalangan. Aku terus memberitahu papa tentang Aaron dan meminta papa untuk menemaniku balik ke KL malam ini.
“abah..Aaron kemalangan petang tadi masa dia dalam perjalanan balik ke rumah. Dia kemalangan kat Wangsa Maju. Bahagian kepalanya teruk. Abah teman Fasha balik KL malam ni boleh tak?” rayuku meminta agar abah menemaniku malam ini.
“Takpe lah biar abah yang drive malam ni. Fasha berehat je k..tenangkan fikiran. Abah tak benarkan Fasha memandu dalam emosi yang terganggu macam ni. Bahaya!” abah menawarkan untuk membantuku malam ini.
“terima kasih abah. Kita balik sekarang.” Pintaku agar cepat kami bertolak ke Kuala Lumpur.
Empat puluh minit kemudian, kami sampai di rumah. Mujurlah jalan tidak sesak malam ini.
Setelah selesai memasukkan pakaian ke dalam bagasi, kami masuk ke dalam kereta. Setelah menghidupkan enjin, abah terus meluncur laju menuju ke highway. Tidak sampai hatinya melihat aku yang sedang dalam kesedihan. Ketika ini aku hanya mampu berdoa semoga suamiku selamat. Amin..
Sampai sahaja di Kuala Lumpur, kami terus ke hospital tempat Aaron dirawat. Aku terus mendapatkan mama lalu memeluknya dengan erat. Mama cuba menenangkan aku supaya tabah menerima ujian ini. Sebaik sahaja doktor yang merawat Aaron keluar, aku terus mendapatkannya. Dr. Zahid! Kawan baikku semasa di universiti dulu yang merawat suamiku.
“Fasha! So, Aaron ni suami you lah?” tanya Dr. Zahid padaku kerana masa hari perkahwinanku dia tidak dapat hadir kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Malah, nama suamiku juga dia tidak tahu.
“yes! He’s my husband. Macam mana keadaan suami i Zahid?” tanya ku meminta kepastian.
“Now, he stable. Just kepalanya saja mengalami pendarahan. Tapi, you jangan risau, dia okey..”
“I boleh melawat dia tak sekarang?”
“boleh..you dah boleh melawat sekarang. Tapi jangan buat dia rasa terganggu. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Jelas Dr. Zahid.
“okey..terima kasih Zahid.” Ucapku.
Selepas Dr. Zahid berlalu, aku memberi isyarat tangan kepada mama yang menandakan aku ingin masuk ke bilik Aaron. Selepas aku masuk, aku terus memeluk erat suamiku. Sedih hatiku melihat wayar-wayar penuh pada tubuhnya. Aku mengenggam kuat tangannya tanda tidak ingin berpisah dengannya. Sudah lah dua hari aku tidak bertemunya lalu aku harus bertemunya dalam keadaan begini. Perasaanku kala ini hanya Allah saja yang tahu. Setelah puas aku melihatnya, aku keluar untuk bercakap dengan mama.
“mama, boleh tak malam ni Fasha nak jaga Aaron kat sini?”
“boleh..dah memang tempat isteri di sisi suami kan? Lagipun dah menjadi tanggungjawab Fasha untuk menjaga suami yang sedang sakit. Mama izinkan. Tapi sure Fasha boleh stay sorang-sorang malam ni? Tak nak sesiapa temankan Fasha?” tanya mama.
“Takpe mama. Fasha okey. Mama tak perlu risau k.. pandailah Fasha jaga diri nanti.”
“baiklah..kalau macam tu, mama, papa dan abah kamu balik dulu ya. Jangan risau, abah Fasha akan bermalam di rumah kami malam ni..esok pagi kami datang lagi ya..jaga diri baik-baik.”
Selepas kelibat mereka hilang dari pandangan, aku kembalisemula ke bilik untuk menemani suamiku. Malam ini aku akan memberikan perhatian sepenuhnya pada suamiku. Mujurlah dalam bilik ini disediakan sofa untuk pelawat berehat. Malam ini aku tidur di sofa. Tapi, aku tidak dapat terlena kerana terlalu risaukan keadaan suamiku. Manalah tahu bila aku terlena nanti suamiku mulai sedar. Mataku masih ligat tidak mahu terpejam. Akhirnya aku terlena pada pukul tiga pagi.



Keesokkan harinya, aku sedar pada pukul enam pagi. Aku lihat suamiku masih belum sedar juga. Aku bangun perlahan-lahan untuk menuju ke tandas. Kepalaku terasa sangat pening. Mungkin tidak cukup tidur agaknya. Maklumlah aku hanya tidur tiga jam sahaja. Namun, aku teruskan juga niatku untuk ke bilik air. Aku mandi dan menunaikan solat subuh. Mujurlah telekungku ada simpan di dalam beg. Selepas menunaikan solat subuh, aku duduk di sisi suamiku sambil mengusap-usap rambutnya. Sayang benar aku dengan lelaki ini.Pada pukul lapan pagi, Dr. Zahid sudah muncul untuk memeriksa keadaan Aaron. Aku diarahkan keluar bagi memberi mereka ruang untuk memeriksa suamiku. Aku akur kerana aku tahu itu sudah menjadi salah satu procedure yang perlu dipatuhi oleh seorang pelawat apabila doktor sedang memeriksa pesakit. Aku mengambil peluang untuk ke kafeteria bagi mengisi perutku yang sudah berkeroncong minta untuk diisi. Aku mengambil sekeping roti dan minum secawan air milo sahaja bagi mengembalikan tenagaku. Itupun roti tidak aku habiskan. Hanya menjamahnya sedikit sahaja. Aku tidak berselera pagi itu. Semasa dalam perjalanan ke bilik, telefon bimbitk berbunyi. Lisa menelefonku untuk bertanya khabar Aaron. Aku hanya mengatakan yang Aaron masih belum sedar. Selepas itu, abah pula menelefonku. Dia memberitahu bahawa mereka akan sampai pada pukul sepuluh pagi nanti. Selepas mematikan talian, aku terus masuk ke bilik semula. Tangan Aaron masih berada dalam genggamanku. Abah, mama dan papa datang seperti yang telah di janjikan. Keluarga uncle Azhar juga turut datang bersama Sufian dan kak Aishah. Masing-masing sibuk bertanyakan khabar Aaron.
Semasa aku sedang berbual-bual dengannya dan mengingatkan dia kenangan sewaktu bulan madu kami dulu, tiba-tiba jarinya bergerak. Tanpa berlengah aku terus memanggil doktor yang merawat suamiku untuk memeriksa keadaannya. Tidak lama kemudian, muncul Dr. Zahid dan beberapa orang lagi jururawat. Aku diarahkan keluar sebentar untuk memberi mereka ruang bagi menjalankan tugas mereka. Aku pun membuka pintu bilik dan menunggu di depan pintu dengan hati yang resah. Suamiku sedah sedar ke? Dia tak apa-apa ke? Pelbagai persoalan yang bersarang di kepalaku. Beberapa minit kemudian, Dr. Zahid keluar dan memberitahuku berita gembira bahawa suamiku telah sedar dan kata Dr. Zahid lagi suamiku sudah boleh diberi makan dan minum tapi hanya yang diberi oleh pihak hospital sahaja. Dia memberitahu sebentar lagi akan ada orang yang akan menghantar makanan untuk suamiku. Aku berasa sangat gembira dengan berita ini. Syukur Alhamdulillah.. Aku terus masuk ke bilik semula untuk berjumpa dengan suamiku. Aku mengenggam tanganya sambil berkata “Alhamdulillah abang dah sedar..abang, Fasha rindukan abang..abang rindukan Fashatak?” tanyaku.
“mestilah abang rindu..abang minta maaf sebab buat sayang susah hati..terima kasih sebab jaga abang selama abang koma dan abang minta maaf sekali lagi sebab dah menyusahkan sayang..”
“shhh!”Aku meletakkan jari telunjukku di mulutnya. “Kenapa abang cakap macam tu? Dah menjadi tanggungjawab Fasha untuk jaga abang. Lagipun ini semua bukan kehendak kita kan.. dah takdir abang begini.. Fasha redha je.. hari-hari Fasha doakan abang supaya cepat sembuh.. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa Fasha..abang jangan banyak bergerak k badan abang masih lemah.. kalau abang masih letih, abang tidurlah dulu Fasha temankan.”
“takpe lah..abang nak berbual dengan Fasha.. dah lama tak dengar suara sayang abang ni..”
Kami pun berbual sehingga dia terlena. Tidak lama selepas Aaron tidur, ahli keluargaku masuk ke bilik. Aku memberitahu mereka bahawa Aaron telah sedar. Mereka mengucapkan syukur dan berasa sangat gembira. Papa terus menelefon anak bongsunya, Ariana untuk memberitahu tentang berita gembira ini. Selepas mereka berbual sekejap denganku, mereka meminta izin untuk pulang dahulu ke rumah memandangkan Aaron sudah menunjukkan reaksi positif. Papa pula perlu ke pejabat untuk menguruskan urusan yang tertangguh. Abah ku pula balik ke rumahku untuk berehat. Petang nanti baru abah ke sini semula. Semasa aku sedang leka membelek majalah ‘Wanita’ yang terdapat di dalam bilik ini, tiba-tiba pintu bilik dikuak. “Siapa pula yang datang melawat suamiku ni?”soalku dalam hati. Selepas pintu dikuak, muncul seorang wanita muda dan boleh tahan orangnya. Dia datang membawa sejambak bunga lili putih untuk diberikan kepada suamiku. Dia terus meluru ke arah suamiku dan meletakkan bunga di atas meja tanpa melihat aku yang sedang duduk di sofa. Kemudian, aku terus bertanya kepadanya “maaf, cik ni siapa ya? Apa hubungan cik dengan suami saya?”
“I Shila..teman wanita Aaron. Sorry, you ni wife dia ke? Nice to meet you. For your information, I ni girlfriend dia..boleh tolong keluar sekejap tak? I nak berbual dengan Aaron..” pintanya dengan suaara yang tergedik-gedik. Namun aku tidak menghiraukan permintaannya. Kenapa pula aku patut keluar dari sini. Aku isterinya. Aku lebih berhak berada di sini daripadanya. Aku buat tidak tahu sahaja dan masih tidak berganjak dari situ. Kemudian dia naik berang dan terus memarahiku. “you ni pekakkeapa? I cakap I suruh you keluar kan? You degil sangat ni kenapa?” bentaknya.
“cik, dia suami saya. Cik tak berhak nak halau saya sesuka hati. Saya isterinya, saya lebih berhak ada kat sini daripada cik ni yang entah dari mana datangnya. Lagipun, suami saya sedang tidur. Cik tak boleh ganggu dia sebab dia perlukan rehat yang secukupnya. Faham?!” balasku dengan nada yang agak keras sehingga membuatkan suamiku tersedar dari tidurnya.
Dia membuka matanya perlahan-lahan dan terlihat Shila yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Shila? You buat apa kat sini?”
“Aaron..i datang melawat you lah.. tapi isteri you ni tak bagi I tengok you. Dia marah i..” suranya sengaja dimanja-manja kan untuk membuat aku cemburu. Tapiaku langsung tiada perasaan cemburu. Untuk apa cemburu dengan perempuan yang macam ni?? Buang masa aku saja.
“Shila..i rasa better you balik..i tak perlukan you di sini. You datang makin buat I sakit je..better you balik sebelum I sendiri yang akan halau you.”
“Sayang..i susah-susah datang kat sini you suruh I balik..sampai hati you.”
“I tak suruh pun you datang..you baliklah..i tak nak isteri I fikir yang bukan-bukan..please.. and I tak suka bunga lili putih tu. So, you keluar nanti you bawa sekali bunga tu eh.. I tak suka!”
Shila terus bangun dan menunjukkan reaksi tidak puas hati. Dia membaling bunga ke mukaku dan sengaja melanggar bahuku tanda protes. Aku menolehnya sambil menjelingnya tajam. Dalam hatiku berkata “perempuan apalah macam ni..tak tahu malu ke? Sudah lah datang tidak diundang mengaku bercinta dengan suami orang pula tu..memalukan kaum perempuan sahaja.”
“Sayang..mari sini duduk sebelah abang..”
Aku tidak terus pergi ke arah suamiku kerana aku ingin mengelap mataku yang basah yang entah bila ia mengalir. Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir selepas teringat semula kata-kata Shila yang masih terngiang-ngiang di telingaku. Betulkah Shila itu teman wanita suamiku? Kalau betul kenapa Aaron melayannya begitu? Atau kah Shila yang hanya syok sendiri dan ingin menyakitkan hatiku? Ah! Aku tidak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Aku perlu mempercayai suamiku sendiri. Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perkahwinan. Tapi aku juga ingin suamiku jujur denganku tentang Shila. Kejujuran juga tak kurang pentingnya dalam melayari rumahtangga yang bahagia. Selepas aku pasti air mataku sudah tiada aku duduk di sebelah suamiku..dia menggengam tanganku dan berkata, “sayang..sayang jangan percaya dengan Shila tu k..dia memang pernah jadi teman wanita abang tapi tu dulu sebelum abang kahwin dengan sayang..sayang jangan fikir yang bukan-bukan eh..sayang percayakan abang..hanya sayang je yang bertakhta dalam hati abang.”
Aku mengangguk-angguk kan kepalaku sambil berkata, “abang jangan risau, Fasha percayakan abang. Abang janganlah fikir sangat, abang kena banyak berehat. Nanti ada orang datang hantar makanan, abang kena makan tau. Perut abang tu dah lama tak diisi.” Pesanku.
“okey sayang..abang makan..tapi sayang kena suapkan tau. Barulah abang selera. Dua pinggan pun abang boleh habiskan.” Guraunya.
“orang tu hantar satu pinggan je lah..” balasku sambil tersenyum.
“sayang..boleh tolong abang tak?”
“tolong apa abang?”
“tolong buang bunga tu kat tong sampah luar boleh tak? Sakit mata lah abang tengok bunga tu..please sayang..”
“abang…bunga tu tak salah lah.. pengirimnya yang salah.” Pujukku.
“sayang..buang je lah..sayang nak tengok abang sakit lagi ke?” rayunya.
“okey..Fasha buang sekarang.”
Aku pun keluar untuk membuang bunga tersebut tapi rasa sayang pula. Aku memang suka bunga tak kira lah bunga jenis apa pun. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku ambil bunga ni dan meletakkannya di dalam pasu rumahku. Tapi mengenangkan suamiku tidak suka bunga lili putih, aku melupakan terus niatku. Tapi betulkah dia tidak suka? Ataupun hanya alasannya sahaja. Aku tidak jadi untuk membuangnya ke dalam tong sampah lalu aku letakkannya di atas kaunter jururawat bertugas. Elok juga tempatnya di situ. Selepas meletakkannya, aku segera masuk ke bilik semula.
Aaron bertanya, “sayang dah buang dah bunga tu?”
“dah..”
Tidak lama selepas itu, orang yang menghantar makanan sampai. Setelah semuanya diberi, aku menyuapkan suamiku makan. Selepas itu, dia terlena. Aku juga turut terlena kerana mengantuk. Pukul enam aku tersedar kerana Sufian dan kak Aishah mengejutkanku. Mereka datang untuk melawat suamiku. Lama juga mereka di sini menunggu sehingga suamiku bangun dari tidur. pukul 7.30 malam baru mereka pulang. Mereka memberitahu bahawa abah dan ibu bapa mertuaku tidak dapat datang. Dua hari selepas itu, suamiku sudah dibenarkan pulang. Aku membawanya pulang ke rumah kami dengan menaiki keretaku. Abah pula sudah lama pulang ke Johor Bahru dengan menaiki bas kerana ada kelas yang perlu dihadiri. Petang itu, kami pulang ke rumah. Tiga hari aku menjaga suamiku di rumah. Selepas itu, dia sudah mula bekerja. Aku hanya duduk di rumah dan kadangkala aku ke rumah mama untuk menemaninya berbual. Seminggu selepas itu, aku mendapat panggilan telefon daripada pihak Hopital Pakar Ampang Puteri bahawa permohonanku untuk ditukarkan ke hospital itu diluluskan. Aku segera menelefon suamiku untuk memberitahunya berita gembira ini dan meminta izinnya untuk pergi ke hospital tersebut kerana ada sedikit urusan yang perlu aku selesaikan sebelum memulakan tugasku di sana.
“Assalammualaikum abang.. Fasha ada berita gembira nak beritahu abang ni..”
“berita apa? Sayang pregnant ke?”
‘bukanlah.. abang ni kesitu pula..permohonan Fasha dah diluluskan..alhamdulillah..”
“permohonan kerja di Ampang Specialist Hospital ke?”
“yup! Sukanya..Fasha nak minta izin untuk pergi hospital pukul sebelas nanti ya..”
“Alhamdulillah..tak lah sayang abang ni terperap kat rumah je..gemukkan badan je buat apa..yelah..abang izinkan. Tapi kalau ada nak pergi tempat lain lagi beritahu tau.” usiknya.
“okey..thanks abang..bye..Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
selepas mematikan talian, aku segera naik ke atas untuk bersiap kerana jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi..aku tidak boleh lewat kerana ini adalah temudugaku. Untuk tidak menjejaskan prestasi, aku perlu awal sampai ke sana. Pukul sepuluh pagi aku sudah siap untuk bertolak. Aku mengenakan kemeja lengan panjang rona biru muda dan seluar slack rona hitam. Aku sampai di sana pada pukul 10.30 pagi. aku segera ke bahagian pakar sakit puan dan menunggu di kerusi sementara aku dipanggil untuk temuduga. Semasa sedang menunggu, Dr. Zahid menegurku. Dia lalu di situ dan ternampak kan aku.
“Fasha..you buat apa kat sini? Siapa lagi sakit?” tanya nya.
“no! bukan ada orang sakit. Tapi I datang untuk temuduga.”
“eh! Bukan you bertugas hospital di JB ke?”
“Zahid..i kan dah stay KL ikut suami i..takkan lah I nak ulang alik dari KL ke JB pula..apalah you ni..lupa eh?”
“oh ya tak ya..sorry I lupa you dah kahwin..sebab you kahwin dengan tak kahwin sama je..still Nampak macam anak dara..” usiknya.
“ada-ada je lah you ni.. merepek je kerja you kan..”
Dia tidak menjawab hanya ketawa. Kemudian dia bertanyakan keadaan suamiku.
“suami you macam mana? Dah sihat?”
“alhamdulillah..dia dah sihat dah..dah mula kerja dah pun..”
“oh..sounds good..hmm..okey lah Fasha I ada kerja ni..i gerak dulu k..btw, good luck! Kalau berjaya nanti jangan lupa belanja i..hehe..”
“thanks..nohal ah.. apa-apa nanti I call you..okey..”
Dia berlalu pergi dengan muka yang tersenyum..
Tidak lama kemudian, nama aku dipanggil untuk ditemuduga. Selepas empat puluh minit aku di temuduga, akhirnya aku berjaya. Aku akan mula berkhidmat sebagai doktor pakar sakit puan di hospital ini mulai esok. Seronoknya..
Selepas keluar dari bilik aku terus menelefon abah untuk memberitahunya berita gembira ini. Ayah mendoakan aku supaya menjadi seorang doktor pakar yang berjaya. Balik nanti aku berniat untuk membeli-belah di Pusat membeli belah Pavillion untuk membeli beberapa pasang baju untuk dipakai semasa waktu bekerja nanti. semasa dalam perjalanan ke sana, aku menelefon suamiku memberitahunya tentang niatu ini. Dia mengizinkan dan menyuruh aku supaya menjaga diri baik-baik. Sebelum tiba di Pavillion, aku singgah makan dahulu di Restoran The Loaf yang terletak berhampiran pusat membeli belah itu. Selepas memesan makanan, pelayan datang membawa makanan yang aku pesan tadi ke mejaku. Sedang enak menikmati makanan, tiba-tiba muncul seorang wanita yang amat dikenali iaitu Shila, wanita yang mengaku suamiku adalah teman lelakinya. “Dasar muka tembok!” Kataku dalam hati. Dia terus menghampiriku denagn gayanya yang gedik itu.
“hai..we see again..btw, if you dah lupa I ingatkan you sekali lagi, nama I Shila..teman wanita suami you, Aaron..”
Aku naik marah dan rasa seperti hendak lempang saja pipi mulus perempuan bernama Shila ni..muka saja lawa tapi perangai macam perempuan murahan!
“I still remember you..so, tak payah lah susah-susah nak kenalkan lagi diri awak tu pada saya ya.. ada apa awak ganggu saya lagi ni? Tak puas lagi ke awak menyakitkan hati saya?”
“kalau boleh hari-hari aku nak sakitkan hati kau.. benci nya aku tengok muka kau ni..kau tu dah lah perampas kekasih orang! Tak sedar diri!” dia sudah mula membahasakan aku kau..aku apa lagi sama juga lah..takde maknanya aku akan berbaik-baik dengan orang yang macam ni.
“kalau benci tak payah lah tengok..kau pergi dari sini boleh tak? Meluat lah aku tengok muka kau. Aku nak makan pun dah takde selera tahu tak?”
“aku boleh pergi dari sini dan tak akan ganggu kau lagi. Tapi dengan syarat, kau harus serahkan Aaron pada aku. Kau kena bercerai dengan dia. Kau tak berhak dengan dia. Aku yang lebih berhak untuk bersama dia!” dia mengugutku. Tapi aku tidak takut akan ugutan aku.
“jangan harap Shila..aku takkan semudah tu nak serahkan dia pada kau.. keluarga dia semua sayang aku jadi kau janganlah bermimpi di siang hari ya..” balasku geram.
“takpe..aku takkan menyerah Fasha..kau tunggu jelah. Aku akan buat apa saja untuk memiliki Aaron!” tegasnya dan terus pergi dari situ.
Dia tahu nama aku..pelik! dari mana dia boleh tahu ni? Siapakah yang memberitahu dia? Issh! Perempuan ni buat aku moody saja. Mood aku untuk membeli belah juga sudah tiada. Namun, cepat-cepat aku memujuk hatiku supaya pergi juga kerana itu lebih penting dari memikirkan perkara yang remeh-temeh ini. Soal kerjaku lebih penting. Tapi, bila diingatkan semula tentang ugutannya sebentar tadi aku jadi takut pula jika sesuatu yang tak diingini berlaku. Perempuan obsesi macam ni bukannya boleh dibawa main-main. Aku membiarkan saja perasaanku ini berlalu. Apa yang penting sekarang kerjayaku yang bermula esok. Selepas itu aku akan fikir semula tentang ini. Selepas selesai makan, aku terus pergi ke Pavillion untuk membeli baju seperti yang aku inginkan tadi. Walaupun aku tiada mood namun aku cuba juga memujuk hatiku supaya tenang dan enjoy memilih baju-baju yang aku inginkan. Membeli-belah seperti ini mampu membuat aku lupa sejenak tentang permasalahanku dengan Shila. Aku selesai membeli-belah pada pukul tiga petang. Selepas itu, aku terus pulang ke rumah. Aku mengemas rumah dan menghias rumah dengan barang-barang perhiasan yang aku beli semasa di Pasar Karat tempoh hari. Belum sempat lagi aku menghiasnya kerana masaku lebih banyak dihabiskan di hospital. Sampai sahaja di rumah, aku teringat semula akan kata-kata Shila tengahari tadi. Saat terkenangkan suamiku, tiba-tiba air mataku mengalir. Apakah benar suamiku ada hubungan dengan Fasha. Aku membuat keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada suamiku malam nanti. aku tidak ingin merahsiakan hal ini daripadanya. Bukanlah aku hendak mengadu tapi aku ingin kejujuran dan kebenaran darinya. Jika aku biarkan lama-lama rumahtanggaku boleh musnah gara-gara perempuan tu. Selepas selesai mengemas aku pergi ke dapur untuk memasak. Setelah selesai memasak aku naik ke atas untuk membersihkan diri. Belum sempat aku masuk ke bilik air, telefon bimbitku bordering. Panggilan daripada suamiku. Aku segera menjawab, “Assalammualaikum..ada apa abang?”
“Waalaikumussalam..sayang..malam ni abang tak makan kat rumah tau. Abang kena jumpa klien. Sorry sayang..bye..abang dah nak kena pergi ni. Take care!”
Dia terus mematikan talian tanpa aku sempat berkata apa-apa. Kenapa tiba-tiba dia berubah? Betulkah dia pergi jumpa klien? Atau dia pergi jumpa Shila, buah hatinya. Astaghfirullahalazim..aku tidak boleh bersangka buruk pada suamiku. Aku terus mendail nombor Sufian untuk bertanyakan sama ada dia tahu atau tidak tentang Aaron.
“Assalammualaikum..Sufian, Aaron ada dengan kau tak?”
“Waalaikumussalam..takde la Sha.. kenapa? Dia tak balik lagi ke?” tanya Sufian kehairanan.
“takde..tadi dia telefon aku..dia cakap dia tak dapat makan malam kat rumah sebab dia ada appointment dengan klien. Betul ke? Atau dia keluar dengan Shila?”
“mana kau tahu dia keluar dengan Shila..maybe betul kot dia memang keluar dengan klien dia. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan..tapi kenapa tiba-tiba je kau sebut nama Shila? Diorang still contact ke?”
“macam ni..hari tu masa kat hospital Shila ada datang melawat Aaron and Shila tu mengaku yang dia teman wanita Aaron tapi Aaron layan dia acuh tak acuh je and Aaron halau dia daripada bilik tu. Tapi tadi masa aku tengah lunch kat area Pavillion tiba-tiba dia muncul. Dia ugut-ugut aku. Dia cakap kalau aku tak nak lepaskan Aaron untuk dia, dia akan buat sesuatu kat aku. Aku takutlah Sufian..betul ke kau tak tahu langsung tentang hubungan diorang? Please Sufian..kalau kau tahu apa-apa tentang diorang tolong beritahu aku. Kau tentu tak nak tengok rumahtangga kami hancur kan..” aku menceritakan kepadanya perkara yang sebenar tanpa berselindung apa-apa. Aku sambung lagi.. “aku ingat malam ni aku nak ceritakan semuanya pada Aaron tapi dia balik lambat pula. Aku tak nak ganggu emosi dia dalam keadaan dia keletihan.
“firstly, aku nak minta maaf sebab aku bohong kau tadi..actually, malam ni memang dia keluar dengan Shila..tapi aku tak tahu atas urusan apa. Itu dia tak beritahu aku. Tempat diorang berjumpa pun aku tak tahu. Tapi Sha..dia ada sebab kenapa dia bohong kau. Maybe dia tak nak kau tersinggung. Aku tak beritahu kau pun sebab aku tak sampai hati nak sakitkan hati kau.” Sufian berterus-terang.
“tapi pian..aku lebih sakit hati kalau dia tak berterus-terang dengan aku..kenapa mesti tipu?? Jujur kan lebih baik.. pian.. Aaron curang ke pian? Aku tak sanggup kehilangan dia untuk kali yang kedua pian..kalau dulu aku hanya sebagai teman wanita, aku masih boleh terima pian..tapi sekarang aku ni dah jadi isteri dia..aku tak rela diceraikan atau pun berkongsi kasih dengan perempuan lain.
“Astaghfirullahalazim.. mengucap Sha..takkan dia sanggup sampai nak ceraikan kau. Aku yakin dia tak akan buat macam tu..kau bersabar jelah eh..berdoa supaya perkara-perkara buruk tak berlaku. Aku percaya rumahtangga kau akan selamat.”
“terima kasih Sufian sebab sudi dengar masalah aku. Thanks again! Sorry sebab menyusahkan kau dengar cerita-cerita aku ni..”
“no hal lah Sha..kau bukan orang lain pun..sepupu aku juga. Aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada kau. Aku sayangkan kau. Jangan salah faham. Maksud aku sayang sebagai sepupu dan juga sahabat.”
“thanks Sufian. Aku sayang kau juga. Okey lah..aku nak berehat tenangkan fikiran. Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam..take care!”
“take care too!”
Talian dimatikan. Aku berbaring di sofa. Tiada mood untuk menonton televisyen dan melayari facebook. Aku ingin bersendirian. Kemudian, aku terlena. Aku tersedar bila menyedari yang suamiku mengejutkanku untuk masuk tidur di bilik.
“Sayang..kenapa tidur kat bawah ni? Naik atas jom.. biar abang dokong sayang eh..”
“Fasha tunggu abang lah..pukul berapa sekarang ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata dan melihat ke arah jam dinding rumahku.
“Pukul dua belas malam sayang..dah jomlah naik atas. Abang ngantuk lah..”
Aku tidak berkata apa-apa.. lalu dia mencapai tangannya untuk mendokongku naik ke atas, tapi aku menolak. Hatiku masih marah padanya kerana telah membohongi diriku. Biar dia rasa bagaimana sakitnya hati aku.
“Sayang..kenapa ni? Marah kat abang eh sebab balik lambat?”
Aku tidak menjawab dan terus berlalu naik ke atas meninggalkan dirinya dalam keadaan yang bersalah. Sampai sahaj di atas, aku terus baring di atas katil tidak menghiraukan dirinya dan berpura-pura sudah tidur walhal mataku masih lagi belum mengantuk kerana sudah terlena sebentar tadi. Aku melihat dia sedang menuju ke bilik air. Selepas itu, dia naik ke atas katil dan terus terlena. Aku yang belum terlena segera memalingkan tubuhku ke arahnya sambil memerhatikan wajahnya yang tampan. Aku ingin mengusap pipi dan rambutnya tapi aku dihalang oleh hati dan perasaan yang ketika itu sedang marah. Akhirnya, aku hanya memandangnya dari jauh dan tidak lama kemudian aku juga turut terlena.



Aku akan mula bertugas di Hospital Pakar Ampang Puteri esok hari. Tengahari itu suamiku menelefonku untuk menemaniku makan tengahari. Mungkin ini satu peluang untuk aku berbincang dengannya soal rumahtanggaku. Aku terus mengatur langkah untuk ke kafeteria menunggu suamiku datang. Dua puluh minit kemudian, suamiku tiba di kafeteria. Setelah itu, dia membeli nasi ayam dan juga air limau ais untukku. Dia pula memilih nasi campur dan air teh ‘o’ ais. Semasa makan, aku cuba memulakan perbualan bagi membincangkan topik yang sudah lama aku ingin bincangkan dengannya. Aku tidak ingin lagi memendam masalah ini seorang. Masalah ini harus diketahui oleh suamiku.
“Abang..Fasha nak tanya sikit dengan abang.. tapi tolong abang jawab dengan jujur sebab Fasha dah tak sanggup dah nak pendam perasaan Fasha ni lama-lama. Semakin Fasha pendam semakin sakit hati Fasha bila teringatkan semua ni..”
“tanya apa sayang? Abang janji abang akan berlaku jujur.”
“abang pergi mana malam semalam? Abang bukan keluar dengan klien kan? Jawab abang..Fasha perlu tahu semua ni..”
“okey.. abang jujur..memang abang tak keluar dengan klien. Abang keluar jumpa Shila. Itupun sebab abang tahu dia ada jumpa dan ugut-ugut Fasha kan..abang jumpa dia sebab abang nak bagi amaran pada dia supaya dia tak ganggu Fasha lagi. itu je..abang takde hubungan apa-apa pun dengan dia. Percayalah..kalau Fasha tak percaya Fasha boleh tanya Sufian sebab dia tahu segala-galanya dan kalau Fasha masih tak percaya juga sebab fasha mungkin ingat abang berkomplot dengan Sufian, Fasha boleh tanya mama dan papa sebab mereka pun tahu pasal ni..” terangnya satu persatu.
“tapi macam mana abang dapat tahu yang Shila ada jumpa Fasha?”
“Sufian beritahu abang. Masa tu dia nampak Shila datang ganggu Fasha masa Fasha tengah makan kat restoran kat area Pavillion tu..lepas tu dia terus call abang sebab dia takut Shila akan apa-apa kan Fasha. Dia cakap muka Shila dan Fasha masa tu masing-masing tengah marah. Sayang..Shila tu jenis perempuan yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak..jadi abang buat keputusan untuk jumpa dengan dia malam tu. Kalau abang lambat tak tahu lah apa dia buat kat Fasha nanti. mujurlah Fasha tak apa-apa. Tapi bila abang balik tengok Fasha bersikap dingin dengan abang, abang dah dapat agak dah Fasha tentu marahkan abang kan. Menyangka yang abang ni ada scandal dengan Shila kan.. sayang cemburu eh..?”
“isteri mana yang tak cemburu abang bila tahu suami dia keluar dengan perempuan lain. Apatahlagi perempuan tu bekas teman wanita suaminya. Orang gila je yang tak cemburu abang. Tapi Fasha lega Fasha dah dapat tahu kebenarannya. Fasha harap semua yang abang ceritakan kat Fasha ni betul dan bukan rekaan semata-mata.”
“ya Allah..Fasha still tak percayakan abang ke? Okey..kalau tak percaya juga.. malam ni abang bawa Fasha jumpa mama dan papa..Fasha dengar sendiri daripada mulut mereka..”
“tak payahlah.. Fasha percayakan abang.”
“terima kasih sayang.”
Aku berasa bahagia apabila hujan telah reda dan pelangi sudah pun menjelma. Syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengembalikan suamiku dan menjernihkan semula rumahtanggaku dengan lelaki yang amat aku cintai. Terima kasih ya Allah..
Setahun kemudian, pertunangan Ariana dan Zahid berlangsung. Pertunangan mereka dilangsungkan di rumah papa dan mama. Selepas majlis pertunangan Ariana dan Zahid telah selamat dijalankan. Aku mendapat berita gembira bahawa Lisa dan Sufian akan melangsungkan perkahwinan empat bulan daripada sekarang. Banyak betul jemputan yang aku terima tahun ini. Perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada bulan pertengahan Mac waktu cuti sekolah. Amir dan Syira menjadi pengapit mereka. Bulan Mei pula aku mendapat lagi berita gembira yang memang aku nanti-natikan selama ini. Aku disahkan mengandung selama dua bulan. Selepas pulang daripada majlis perkahwinan Lisa, aku sering muntah-muntah. Suamiku menyangka aku menghadapi keracunan makanan lalu dia membawaku ke klinik yang terletak tidak jauh daripada rumah kami. Selepas doktor memeriksa keadaanku, doktor mengesahkan bahawa aku telah mengandung. Kami sangat gembira mendengar berita itu. Keluarga kami juga tumpang bahagia. Tujuh bulan kemudian, aku selamat melahirkan di hospital tempat aku bekerja. Doktor yang menyambut kelahiranku ialah rakanku sendiri iaitu Dr. Diana. Anak aku selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 3 Februari 2012. Kami dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Nur Izara Aishah. Nama yang memang menjadi pilihanku daripada sejak mula aku bergelar permaisuri kepada Muhd Aaron Ashraff.
“Terima kasih sayang sebab hadiahkan seorang bayi yang comel untuk abang..”
“sama-sama..comel macam mama dia kan?”
“tak lah..comel lagi baby kita..” usiknya.
“eleh..mengada..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke mangkuk..hehe..”
“hmm..Fasha bersyukur sangat sebab Allah kurniakan Fasha seorang suami yang baik dan juga seorang bayi yang comel. Hidup fasha takkan lengkap tanpa korang berdua. Terima kasih abang kerana menyayangi Fasha..Fasha janji Fasha akan jadi seorang isteri yang solehah untuk abang dan seorang ibu yang penyayang untuk baby kita, Nur Izara Aishah. Walaupun banyak dugaan yang kita lalui, tapi cinta kita mampu melawan segala dugaan itu. Bak kata Nora Elena, “Rupa-rupanya Allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan kita dengan pelangi. Pelangi juga tak akan menjadi tanpa hujan. Dan bak kata Nur Ain, “ Kadang-kadang Allah hilangkan matahari untuk seketika lalu Allah turunkan guruh dan petir..puas kita mencari dimana hilangnya matahari..Rupa-rupanya Allah turunkan hujan dan hadiahkan kita dengan pelangi..”
“alah..itu ayat lama..dah basi.. abang ada ayat yang lagi power daripada ni..”
“apa dia? Nak dengar juga apa ayat yang power sangat tu..”
“Setelah hujan yang turun itu reda..Allah hadiahkan kita dengan pelangi yang akan memberi kita sinar dan harapan agar cinta yang kita semai mekar berputik seperti bunga-bunga ros yang indah di ladang Bunga Ros Cameron Highland dan sentiasa manis seperti buah strawberi cicah coklat..power tak? Abang gabungkan pelangi dengan kenangan kita masa kat Cameron Highlands dulu. Bunga ros dan strawberi cicah coklat menjadi kegemaran dan kesukaan kita bersama..” jelas Aaron dengan nada yang romantik.
Aku berharap dan berdoa kepada Allah S.W.T agar mahligai cinta kami bahagia dan menjadi kenyataan seperti ayat-ayat cinta yang menjadi saksi cinta kami berdua.

Sunday, March 4, 2012

Hangout with my KDK (kawan dari kecil)

nite semua! korang tentu dah tidur malam-malam camni kan.. tapi aku, mata aku still lom mgantuk. malam ni aku nak cte yg ary ni aku hangout dgn KDK aku. aku minta dye temankan aku g tesco Seri alam. firstly, kitorang g Tesco coz aku nak beli present utk ank sdare aku. besday dye 11.3 ni.. aku hadiahkan dye kete control. oke tak? dye suka mainan tu.. then kitorang g mkn MC'D kt Pasir gudang after that kitorang g beli tudung kt Jiason. aku belikan tudung utk mak aku. cantik, warna kelabu. :) then dye anta aku g klinik jap. aku nak beli ubat. ubat ape? secret.. hehe.. :) dye anta aku balik uma pukul 5ptg. sampai rumah aku nampak kete kancil parking dpn uma aku. aku ckp dlm aty, "kete sape ni?" masuk dlm je tgk ade c'abu, c'ros & ank sdare mereka. lps bsalaman aku & dida naik atas coz aku nk tunjuk dye tdung yg aku berniat nk bg dye.. then tuurn bawah dok skjp dye anta aku g uma ka intan pula amek novel dye nk pinjam. pstu aku stay uma ka rin smpailah abg mie call ajak aku g kipmart pulak.. noman pun ikut skaly. mase abg mie nga byr duit dewani, aku & noman jln2 survey baju. masuk kt kedai ELH (ala kedai yg baju murah2 tu..) aku sempat lagi try sliper..tgk cantik aku beli.. plan sbnrnye nk beli legging last2 beli sliper. tp puas aty la.. cantik kot.. hehe.. :) oke.. cukup untuk ary ni.. dadaa sume.. good nite ! hv a sweet dream ! ^_^vv

Saturday, March 3, 2012

Strawberi Cicah Coklat

Strawberi Cicah Coklat

Rupa-rupanya Allah turunkan HUJAN sebab nak hadiahkan kita dengan PELANGI ..
 PELANGI takkan menjadi tanpa HUJAN ..
 Kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI lalu Allah turunkan GURUH dan PETIR.. puas
kitamencari dimana hilangnya MATAHARI..Rupa-rupanya Allah nak turunkan HUJAN dan
hadiahkankita dengan PELANGI..
 Akan kunanti dirimu bersaksikan STRAWBERI dan berjuta warna PELANGI !

Suasana di Australia sangat dingin hari ini. Hari ini genaplah tiga tahun Fasha belajar di sini dalam jurusan perubatan di Universiti of Melbourne..
“Lisa, aku laparlah..jom pergi makan..
“okey..tapi bagi aku tiga puluh minit..aku nak mandi dulu..”
“kau ni.. kecohlah..orang dah mandi kau baru nak mandi. Tu lah bangun lambat lagi. ”
Selepas setengah jam kemudian..mereka pergi ke Bandar Melbourne untuk membeli makanan..Fasha dan Lisa, kawan baiknya hanya makan kebab saja untuk mengalas perut..
“Fasha, uncle Azhar ada call kau tak ?”
“Ada..semalam..Uncle suruh kita balik weekend ni sebab dia ada buat weddinganniversary dia yang ke-25tahun..dia jemput kita ke rumah dia ahad ni..dia ada call kau tak ?”
“Ada..that’s why lah aku tanya kau..so, kau nak pergi ke tak ?”
“pergi kot..sebab uncle cakap dia nak support tiket pergi balik untuk kita..”
“Wow! Dia tak cakap dengan aku pun..entah-entah..dia support kau sorang je kot..”
“A’ah..dia support aku sorang je..kau..bayar sendiri okey..”
“Alah..kalau macam tu..macam mana aku nak balik..aku mana ada duit..”
“Haha..kau ni..aku gurau jelah..takkan lahuncle support aku sorang je..kau pun dia support lah..”
“yeah! Dah lama tak jumpa ayah dan mama..rindu sangat-sangat kat diorang.. ”
“aku pun rindu family aku jugak..seronoknya dapat jumpa diorang nanti..”

Hari yang dinanti telah pun tiba..pagi-pagi lagi kami sudah siap untuk pulang ke Malaysia.. Setelah sembilan jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Malaysia.. ibu-bapaku sudah pun menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tidak ketinggalan juga Tan Sri Azhar dan Puan Sri Zahira yang tidak sabar untuk bertemu dengan anak saudara angkatnya, aku dan Lisa. Kami adalah kesayangan Tan Sri Azhar kerana kami telah membanggakan Tan SriAzhar sehingga Tan Sri Azhar sanggup untuk membelanjakan beribu ringgit untuk menampung pengajian kami di Melbourne walaupun kami telah ditawarkan biasiswa.
“Abang Azhar, kenapalah abang bersusah payah sponsor diorang ni tiket untuk balik ke Malaysia..menyusahkan abang aje..”
“Takpelah Shariff..diorang ni pun bukan orang lain..anak saudara abang jugak..lagipun abang nak sangat diorang ni datang ke majlis abang nanti..abang nak kenalkan diorang ni dengan anak-anak Azharina dan Sufiya..”
“yelah..terima kasih abang Azhar.”
“terima kasih uncle..” ucap kami pula.
“Uncle, siapa yang uncle nak kenalkan dengan kitorang ni?”
“Adalah..nanti uncle kenalkan okey..”
“okey..” serentak aku dan Lisa bersuara.

Majlis Wedding Anniversary Tan Sri Azhar dan Puan Sri Zahira diraikan dengan begitu meriah sekali di kediaman mereka yang terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Malam itu, Fasha mengenakan baju kebaya nyonya rona hijau. Fasha kelihatan sangat cantik sehinggakan ramai mata tetamu yang hadir memandangnya tidak berkedip. Begitu ramai sekali tetamu yang hadir memeriahkan suasana.Semasa Fasha dan Lisa sampai ke rumah Tan Sri Azhar, adik-adik Tan Sri Azhar iaitu Datin Azharina dan Datin Sufiya telah pun sampai..Mereka diperkenalkan kepada keluarga Tan Sri Azhar yang pernah mereka jumpa sewaktu mereka masih kecil..
“Fasha, Lisa..kenalkan ni Auntie Azharina..dan ini suaminya, Uncle Hariz..”
“Apa khabar Auntie, uncle ?” sapa Fasha dan Lisa kepada mereka.
“Khabar baik..dah besar panjang dah kamu berdua ni ya..dulu masa Auntie jumpa kecil-kecil lagi..”
“Auntie pernah jumpa kitorang ?” Tanya Fasha dengan terkejut.
“Apa pulak tak pernah..dulu, parents kamu tu selalu bawa kamu berdua ni jumpa kami..” Auntie Azharina menerangkan dan menceritakan kisah-kisah lama kepada mereka.
Terkejut mereka apabila mendapat tahu yang mereka dulu sering berjumpa dengan keluarga Uncle Azhar. Setahu mereka, mereka hanya kenal dan rapat dengan Uncle Azhar saja..rupa-rupanya dengan seluruh keluarga Uncle Azhar mereka kenal..
Selepas berkenalan dan beramah mesra..Fasha dan Lisa berjalan-jalan sambil menikmati makanan. Tiba-tiba ada seorang lelaki dan seorang wanita menghampiri mereka dan menyapa mereka untuk berkenalan.
“Hai..Fasha and Lisa kan?” Tanya seorang lelaki yang beumur lewat 20-an..
“ya! Awak ni siapa ya ?” Tanya Lisa kehairanan.
“Saya Sufian anak Dato’ Aziz dan Datin Sufiya juga anak saudara kepada Tan Sri Azhar and this is mysister, Aishah.” Jawab pemuda itu dengan lagaknya.
“Hai..Aishah..you can call me kak Aishah because akak lebih tua daripada korang.” Aishah pula memperkenalkan dirinya kepada kami dengan ramahnya.
“Hai..Fasha and ni Lisa, kawan baik Fasha.” Aku menjawab pula dengan ramah.
“hmm..dah ambil makanan belum?” Pelawa Aishah kerana tidak nampak kami memegang makanan walhal dah banyak kami makan malam itu..hehe..
Selepas itu, aku, Lisa dan kak Aishah berbual rancak malam itu. Tidak susah untuk menyesuaikan diri dengan kak Aishah kerana dia seorang yang mudah didekati dan rendah diri orangnya walaupun dia anak orang berada. Setengah jam kemudian datang pula seorang gadis cantik menyapa kak Aishah.
“Kak Aishah ! puas ria cari akak tau..kat sini akak rupanya..kak, siapa ni?” Tanya gadis itu kehairanan.
“Kenalkan ini Fasha and ini Lisa..Fasha ni anak Uncle Shariff dan Auntie Farida..lisa ni pula anak uncle Rosli..tapi Ria kena panggil diorang akak tau because diorang lagi tua daripada Ria.” Jelas kak Aishah kepada Ria.
“Oh..tak sangka Uncle Shariff dan uncle Rosli ada anak perempuan yang cantik macam akak berdua ni..btw, Ariana..anak Dato’ Hariz dan Datin Azharina..” Ariana memperkenalkan dirinya.
“Oh..Ariana..cantik nama itu secantik orangnya..” Lisa bersuara memuji kecantikan Ariana.
“Takdelah kak Lisa..biasa je..btw, thanks..hmm..kak Lisa and kak Fasha tunggu sini sekejap eh..nanti Ria datang balik..”
Sepuluh minit kemudian, Ria muncul semula bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, pertama kali aku melihatnya..tidak dinafikan lelaki itu memiliki raut wajah yang sangat tampan dan sepasang mata yang cantik yang mampu menawan sesiapa saja. Namun dari gayanya, dia kelihatan seperti seorang yang sombong. Aku berkata sendiri di dalam hati. Membuat andaian yang bukan-bukan sedangkan aku masih belum mengenalinya lagi..
“Abang Aaron, inilah wanita-wanita cantik yang Ria nak kenalkan kat abang..yang ini kak Fasha, anak Uncle Shariff and yang ini pulak kak Lisa, anak Uncle Rosli..kak Fasha and kak Lisa, ini abang Ria, Muhd Aaron Ashraff.” Ria memperkenalkan aku dan Lisa kepada lelaki tadi..Rupa-rupanya nama dia Muhd Aaron Ashraff..namanya setampan orangnya..hehe..
“hai..” aku menegurnya sambil menghulurkan salam..
“hai..” dia membalas salamku sambil tersenyum..reaksinya positif..ternyata sangkaan aku tadi salah..rasa berdosa pula berburuk sangka terhadapnya. Tapi..ada aku kesah !
“Sufian!” Aaron menjerit memanggil Sufian sambil melambai-lambai tangan tanda dia mengajak Sufian untuk menyertai kami berbual.
“sekejap..nanti aku datang..” teriak Sufian.
“Pian, kau kenal tak diorang ni?” Tanya Aaron kepada Sufian yang telah pun menyertai kami.
“Dah kenal dah..Fasha and Lisa kan? Aku kenal diorang dulu dari kau Aaron..”
“Oh..dah kenal lah ni..okey..so, from now on.. kita semua sahabat..nice to meet you all..you all ni masih belajar ke?” soal Aaron kepada mereka.
Fasha menjawab “Kitorang belajar di Melbourne, Australia dalam jurusan perubatan..lagi setahun je. Thenkitorang terus balik Malaysia.. how about you?”
“Melbourne? My sister also study kat sana. Dalam jurusan perubatan juga. Tak pernah jumpa ke? Mana tahu dia junior korang. Aaron belajar di London dalam jurusan Perniagaan. Same like Sufian. Tahun ni tahun akhir.” Aaron menceritakan tentang dirinya kepada aku dan Lisa. Seronok juga mendengar ceritanya dan aku berasa hairan kerana dia membahasakan dirinya dengan nama. Jarang aku jumpa lelaki kaya yang menggunakan namanya ketika berbual kerana lelaki kaya yang pernah aku jumpa semuanya menggunakan I dan u saja. Ada keistimewaan dalam diri Aaron yang membuat aku ingin sangat mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Namun, layakkah aku?? Aku tidak pernah berperasaan begini dengan mana-mana lelaki yang pernah aku jumpa. Namun dengan dia, aku dapat merasakan suatu perasaan yang indah. Mungkinkah aku sudah jatuh cinta dengannya??
Hari ini aku terlewat bangun. Alarm handphoneku sudah berbunyi pada pukul lapan pagi namun aku masih terlena sehingga aku sedar pada pukul sepuluh pagi yang aku sudah terlambat untuk menemani mama dan abah ke hypermarket Tesco untuk membeli barang keperluan rumah. Selepas bangun dari tidur aku terus ke bilik air untuk mandi. Setengah jam kemudian aku turun. Mama sudah menyediakan sarapan untuk aku. Aduh, malunya! Sepatutnya aku yang menyediakan sarapan untuk mereka tapi mereka pula yang menunggu aku untuk sarapan bersama.
“Morning mama, abah. Sorry, Fasha terlewat bangun sebab semalam terlalu penat la..Sorry eh..” rayuku untuk minta dimaafkan.
“Takpe..kali ini mama maafkan tapi lain kali jangan lambat lagi ya..kat sana tu entah-entah bangun lambat macam ni lah tu kalau takde kelas.” Usik mama.
“tak lah ma..kat sana Fasha bangun awal lah.. pukul enam pagi dah bangun tau!”
“hmm..yelah tu..semalam mama nampak Fasha berbual dengan anak-anak saudara Uncle Azhar. Fasha berbual dengan yang mana satu ?” Tanya mama.
Aku menjawab, “semua ma..kak Aishah, Sufian, Aaron dan Ariana. Diorang semua tak sombong kan mama walapuun diorang anak orang berada.”
“Ibu-bapa diorang dah ajar diorang sejak kecil lagi supaya jangan berlagak dengan orang lain walaupun berbeza darjat. Sebab itulah diorang semua okey.” Sambung abah.
“hmm..cepatlah..kita nak pergi Tesco ni..nanti dah petang ramai pula orang.” Ajak mama.
Setelah selesai membeli belah di Tesco, kami semua pergi makan di Warong Kampungku yang terletak dalamTesco ini juga untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong minta untuk diisi. Abah memesan lauk-lauk kampung yang pelbagai seperti pucuk ubi masak lemak, sambal belacan, asam pedas dan macam-macam lagi lauk-lauk kampung yang membangkitkan selera kami sekeluarga. Sudah lama rasanya aku tidak makan masakan-masakan seperti ini.

Masakan tidak, di Australia dulu hendak jumpa nasi pun susah. Setelah selesai makan, kami terus pulang ke rumah kerana pada sebelah petang nanti, abah dan mamaku akan ke rumah abang Farish kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Aku tidak ikut sekali kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan berkaitan dengan pengajianku. Selepas menghantar mama dan abah di depan pintu, aku terus masuk ke bilik untuk menyelesaikan tugasku. Setengah jam kemudian, sedang aku leka menelaah pelajaran, telefon bimbitku berdering. Aku terus mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin. Aaron! Terkejut beruk aku melihat nama itu terpampang di skrin telefonku. Aaron menelefonku? Mimpi apakah dia hari ini? Aku tidak terus angkat kerana masih tidak percaya yang dia akan menelefonku waktu ini namun aku tidak sampai hati pula membiarkan dia menunggu lama. Aku pun menjawab panggilannnya.
“Hello, assalammualaikum..” aku memulakan bicara.
“Waalaikumsalam..boleh cakap dengan Fasha?”
“saya Fasha.. Ada apa Aaron telefon saya ni?”
“hmm..Fasha free tak malam ni?” Tanya Aaron seperti ingin mengajakku keluar makan malam di luar. Ah! Aku berangan lah pula..
“malam ni..free kot..kenapa ya?”
“Aaron nak ajak Fasha dinner ket luar boleh tak? Sementara Aaron ada kat JB dan Fasha pula ada kat Malaysia..boleh tak kita keluar malam ni?” memang tepat sangkaanku. Wah.. Permulaan yang bagus..
“keluar dinner? Betul ke Aaron ajak Fasha ni? Tak salah orang ke?” dugaku.
“Aaron tak salah orang Fasha..memang Fasha yang Aaron nak ajak. Kalau tak..takde lah Aaron call Fasha kan..”
“takde lah..mana tahu salah nombor ke..” aku menduganya sekali lagi.
“tak Fasha..memang nombor Fasha yang Aaron nak call..hmm..Fasha tengah buat apa tu ? mama dan abah ada kat rumah?” Tanya Aaron.
“Fasha tengah buat assignment.. abah dan mama keluar pergi rumah abang Farish. Ada hal katanya.”
“oh..aik..cuti-cuti pun ada assignment..hmm..Aaron tak ganggu ke ni?” soalnya.
“Ada lah..ingat Fasha cuti ni suka-suka ke..cuti pun kena buat assignment tau. Eh, tak lah..tak ganggu pun.. dah hampir siap dah..”
“So, malam ni boleh lah ya keluar dengan Aaron?”
“InsyaAllah. Nanti Fasha tanya mama dan abah dulu ya. Kalau boleh nanti Fasha beritahu Aaron.”
“Okey..bye Fasha..take care!”
“bye..take care too!”
Setelah mengakhiri perbualan dengan Aaron, aku terus call mama untuk bertanyakan bila mereka akan pulang ke rumah.
“Hello..assalammualaikum mama..sorry ganggu mama. Fasha nak tanya ni..bila mama dan abah nak balik rumah?”
“waalaikumussalam..takpe..mama tengah tolong kak elly hidangkan makanan je.. tak tahu lagi la Sha..maybe lambat kot..kenapa sayang?”
“mama.. Fasha nak minta izin dengan mama lah..”
“lah..minta izin apa pula ni? Nak kahwin ke?” gurau mama.
“apa ma ni cakap pasal kahwin pula.. boyfriend pun takde..takde lah ma..malam ni Fasha nak keluar dinner dengan Aaron anak Uncle Hariz boleh tak?” Soalku.
“aik..tiba-tiba je..dia ajak Fasha ke?”
“A’ah..tadi dia call..boleh tak ma? Mama rasa abah marah tak?”
“apa pula tak boleh..Aaron tu pun bukan orang lain..macam anak mama sendiri..bakal menantu pun ya..so, boleh lah..mama izinkan.. kalau abah tahu pun mama yakin abah izinkan juga. Abah suka dengan budak Aaron tu. Pergilah sayang. Kami izinkan..tapi dengan syarat jangan balik lambat ya..jaga tingkah laku. Dan jangan buat benda yang boleh memalukan keluarga. Ingat tu..” celoteh mama berunsurkan nasihat.”okey..thanks mama. Love you!”
“love you too! Assalammualaikum..”
“waalaikumussalam..”
Sepuluh minit kemudian, aku menghantarSMS kepada Aaron dengan mengatakan aku akan keluar dengannya malam ini. Tidak lama kemudian, dia membalas SMSku. “Okey. Aaron akan jemput Fasha di rumah malam ni.. cantik-cantik ya.”
Ceh! Gedik lah pula mamat ni..apa, aku ni tak cukup cantik ke? Tapi ramai yang cakap muka aku ni ada iras-iras macam Fasha Sandha. Aku ingat lagi semasa di zaman sekolah dulu, rakan-rakanku sering memanggilku Fasha Sandha kerana mukaku sama sepertinya. Tidak terkecuali juga guru-guru ku. Malah mereka pernah bertanya kepadaku adakah muka mamaku seperti Fasha Sandha. Tapi aku menafikan dan aku menjelaskan kepada mereka kenapa muka aku macam Fasha Sandha. Itu kerana mama ku terlalu fanatik dengan pelakon jelita itu sehinggakan anaknya lahir pun memiliki wajah seperti Fasha Sandha. Terkenan agaknya. Jika di ingat-ingat semula, lucu pun ada. Fasha Fasha.. Tapi aku berbangga kerana memiliki raut wajah seperti Fasha Sandha kerana aku memiliki wajah yang lembut dan cantik. Ramai juga yang kata aku ni mempunyai pakej. Sudahlah berwajah cantik, bijak, anak orang berada dan baik hati pula tu.. syukur kepada Allah S.W.T kerana kurniakan aku seperti ini. Namun, aku ni tidaklah berada..hanya sederhana sahaja..
Selepas itu, aku terus menyelesaikan tugasanku kerana aku tidak suka menangguh-nangguh kan kerja. Satu jam kemudian, tugasan ku selesai. Lega rasanya. Bolehlah aku menghabiskan cuti ku lagi dua hari dengan senang hati. Setelah mengemas meja belajarku, aku terus membuka almari mencari pakaian yang sesuai untuk keluar malam ini. Hampir satu jam juga aku mencari sambil menggayakan di depan cermin akhirnya aku memilih untuk memakai baju blouse rona merah jambu dan seluar slack rona putih. Warna kesukaanku. Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam petang. Aku perlu mengangkat baju di ampaian terlebih dahulu kerana aku tidak ingin terlihat malas di depan mata mama. Kerja-kerja sebegini perlu aku buat kerana rumahku tidak ada pembantu rumah. Mama tidak suka mengupah pembantu rumah kerana dia lebih suka membuatnya sendiri sebab itulah mama menjadi surirumah sepenuh masa walaupun mama mempunyai segulung ijazah. Setelah selesai kerjaku, aku terus naik ke bilik untuk mandi dan bersiap kerana pukul lapan malam Aaron akan menjemputku. Setelah selesai mandi, aku bersiap dan menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Selepas selesai solat maghrib, aku mendengar bunyi deruman kereta. “Aik! Takkan Aaron dah sampai kot. Belum pukul lapan lagi.” Aku berkata di dalam hati. Aku terus menuruni anak tangga untuk lihat siapa yang datang. Rupa-rupanya mama dan abah. Cepat pula mereka pulang. Kata mama mereka akan pulang lambat. Habislah aku.. mama dan abah akan berjumpa dengan Aaron sebentar lagi. Habislah aku akan diusik oleh mereka. Setengah jam menunggu, akhirnya Aaron sampai. Dia membunyikan loceng kemudian memberi salam. Abah keluar untuk membuka pintu pagar kerana aku sibuk berbual dengan mama di dapur. Abah pun menjemput Aaron masuk ke dalam dan berbual dengannya dulu sebelum kami melangkah kaki untuk pergi. Memang benar sangkaanku. Mereka akan mengenakan aku dengan Aaron. Tetapi, Aaron hanya tersenyum sahaja. Aku pula hanya mendiamkan diri sahaja kerana malu diperlakukan begitu. Setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi. Aaron membawaku makan malam di atas cruise yang terletak di Danga Bay. Wah, romantiknya..tapi pelik! Dia kelihatan seperti tidak kekok dengan jalan-jalan yang ada di Johor Bahru ni..aku pun bertanya kepadanya ingin tahu.
“Aaron, Fasha nak tanya sikit boleh tak?”
“boleh..tanyalah..sepuluh soalan pun Aaron sanggup jawab.”
“Aaron tak kekok ek dengan jalan-jalan di JB ni..macam dah biasa je..”
“lah..ingat soalan apa tadi.. Fasha.. actually, Aaron dah biasa dah dengan JB ni sebab sebelum Aaron belajar kat overseas Aaron selalu turun JB dengan Sufian. Even Aaron dah lama belajar kat London tapi Aaron still tak lupa jalan-jalan yang ada kat Malaysia ni tau. Lagipun Aaron selalu turun JB ni. Kalau tak ke rumah Uncle Azhar, Aaron selalu jalan-jalan kat JB ni dengan Sufian. Dah tak pelik lagi kan?”
“Aik! Macam tahu-tahu je aku pelik. Dia boleh baca fikiran aku ke?” Aku berkata dalam hati.
Selepas selesai makan, kami berjalan-jalan sambil berbual di sekitar Danga Bay. Danga Bay ialah tempat yang selalu aku pergi dan tempat ini juga telah menjadi tempat yang wajib aku lepak bila aku keluar dengan Lisa. Takde tempat lain ke? Tapi, jujur aku cakap..JB ni sebenarnya tak banyak tempat yang menarik jika hendak dibandingkan dengan KL. So, orang dah bawa tu pergi je lah..
Tepat pukul sebelas malam, aku mengajak Aaron pulang kerana aku takut dimarahi oleh abah jika terlewat pulang. Tentu abah dan mama sedang menunggu aku di rumah ketika ini.
“Aaron, jom kita balik. Fasha tak boleh balik lewat lah.. nanti abah marah.
“oh yeke..kalau macam tu..jom lah..Aaron hantar Fasha balik sekarang.”
“okey..”
Kami pun jalan beriringan menuju ke kereta yang diparkir tidak jauh dari kawasan kami berbual.
“Fasha..thanks sebab sudi keluar dengan Aaron. Lepas ni jangan serik ya keluar dengan Aaron lagi.”
“most welcome..eh, tak lah..Fasha seronok keluar dengan Aaron. First time Fasha jumpa Aaron, Fasha ingatkan Aaron ni sombong. Tapi sangkaan Fasha salah. Aaron tak berlagak pun walaupun Aaron ni anak orang berada.”
“Fasha..sejak dari kecil parents Aaron tak pernah ajar Aaron jadi orang yang sombong dan berlagak. Aaron dan Ariana di ajar untuk jadi orang yang merendah diri dan suka menolong orang lain.”
“baguslah parents Aaron ni..Fasha pun senang bergaul dengan family Aaron. Lebih-lebih lagi dengan auntie Rina. Ariana pun best. Mulut dia kepoh. Fasha suka borak dengan dia. Kelakar.”
“Ria memang macam tu..dalam family Aaron dialah paling kecoh. Kalau takde dia rasa sunyi sangat. Sekarang ni dia dah belajar kat Melbourne, mama dengan papa rasa bosan sangat. Mujurlah Aaron ni dah balik Malaysia. Mama pun tak bosan sangat sebab kak Aishah pun selalu temankan dia kat rumah kalau dia tak kerja.”
“oh..”
Setengah jam perjalanan, kami pun sampai ke rumah. Aku mengajak Aaron singgah tapi dia menolak kerana hari sudah lewat malam. Mungkin penat agaknya.
Semasa aku sampai di rumah, mama dan abah masih lagi belum tidur. Mereka masih lagi leka menonton televisyen. Apabila pintu dikuak, abah menegurku.
“lambat balik..pergi mana?”
“sorry abah..lepas makan tadi, Aaron bawa Fasha jalan-jalan sekejap kat Danga Bay.”
“Danga Bay? Tempat tu kan Fasha dah selalu pergi. Takde tempat lain ke?” sampuk mama.
“Mana lah Fasha tahu Aaron nak bawa Fasha ke situ. Kalau tahu dah lama Fasha ajak pergi tempat lain tau.”
“Makan kat atas cruise lah tu..” abah mengusikku.
Aku tidak menjawab usikan abah.
“abah, mama..Fasha penat lah..Fasha naik dulu eh..good night abah, mama..Assalammualaikum.”
Aku terus naik ke atas. Selepas aku siap memakai baju tidur, aku terus terlena.
Aku bangun awal pagi ni..pukul 5.30 pagi aku dah bangun. Setelah selesai mandi dan solat subuh, aku terus turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Sampai sahaja di dapur, aku lihat mama sudah membancuh air kopi untuk abah.
“awal bangun hari ni..nak pergi jogging ke?” teka mama.
“mana tahu ni ma..mama boleh baca fikiran Fasha la..”
“Fasha anak mama..mama tahu la.. lagipun kalau dah pakai macam tu takkan nak pergi parti pulak.. nak pergi dengan siapa? Aaron ke?”
“apa pula Aaron mama ni..takde maknanya ma dia bangun awal-awal pagi macam ni..pukul 10 nanti baru dia bangun.”
“mana Fasha tahu..Aaron tu boyfriend Fasha ke? Oh..declare tak beritahu mama eh..pandai sorok dari mama eh..” seloroh mama.
“apa ma ni..Fasha dengan dia sahabat je lah ma..not more than that okey..”
“yelah..mula-mula sahabat lepas tu bercinta..”
“nyum-nyum..sedapnya..dah lama tak makan masakan mama..kat sana selalu breakfast westernfood je..dapat makan kuih tradisional hari ni sedapnya..”
“yelah..pandai tukar topik kan..pukul berapa nak pergi jogging?” Tanya mama.
“lepas breakfast ni terus pergi lah..Fasha pergi dengan abah lah..mama tak nak join ke?”
“malas lah mama..mama buat kerja kat rumah ni lagi bagus. Dapat juga turunkan kalori.”
“ye lah ma..”
Selepas selesai makan, aku dan abah pergi jogging di tasik yang terletak berhampiran rumah kami. Sudah lama aku tidak berjogging dengan abah. Seingat aku, kali terakhir aku jogging dengan abah dua tahun yang lepas.
“Abah..dah lama Fasha tak jogging dengan abah kan.. masa Sha takde abah pergi jogging dengan siapa?”
“Dengan mama lah..siapa lagi..kalau abang Farish kamu tu tidur kat rumah kita, abah pergi dengan dia. kak Elly kamu pun ikut sekali.”
“Oh..dah lama Fasha tak jogging dengan abang Farish dengan kak Elly..nak ajak diorang minggu depan tapi esok Fasha dah nak balik Melbourne dah..rindu lagi lah lepas ni..”
“nak buat macam mana..dah tanggungjawab Fasha sebagai pelajar.. kenalah hadap..Abah nak bila Fasha dah habis belajar nanti bawa balik segulung ijazah untuk kami. Jangan sesekali hampakan abah, mama, abang Farish dan uncle Azhar. Ingat tu..”
“ya abah..Fasha akan ingat selalu pesan abah..”
“Fasha, abah nak tanya sesuatu boleh tak?”
“tanya apa abah? Tanya lah..”
“Fasha dengan Aaron ada apa-apa hubungan ke? Abah tengok anak abah ni macam rapat je dengan Aaron tu..”
“takde lah bah..Sha kawan je dengan dia..betul! kitorang hanya kawan je..kenapa abah tanya?”
“abah tak kisah kalau Fasha bercinta dengan Aaron tu..baik budaknya..sopan santun, hormat orang tua..lagipun dia bukan orang lain. Anak Dato’ Hariz, kawan abah. Kita pun dah kenal keluarga dia. Abah lagi suka kalau Fasha dengan dia. Tapi abah dengar, Amir pun ada hati dengan Fasha. Betul ke?”
“Amir? Mana ada abah..dia kawan Fasha je lah.. kalau ada pun..dia syok sendiri je..ss..” aku cakap sambil ketawa.
“tak baik anak abah ni..kalau dah jodoh Fasha dengan dia, abah terima je siapa pun bakal suami Sha..yang penting dia boleh jaga Fasha dengan baik.”
“ye lah bah..tapi bukan sekarang k..Fasha nak habiskan belajar dulu, kejar cita-cita Sha nak jadi seorang doktor pakar then baru fikir soal kahwin.”
“baguslah kalau macam tu. Jom lah balik. Dah lama kita jogging ni..nanti bising pula mama kamu ni.” abah mengajak aku pulang ke rumah.
Tengahari aku menolong mama memasak. Lauk kegemaranku menjadi menu makan tengahari untuk hari ini. Laukayam salai masak lemak cili padi dan kangkung sambal belacan memang menjadi kegemaranku sejak dari kecil. Mama memasak lauk kegemaranku hari ini kerana hari esok aku sudah hendak pulang ke Melbourne untuk menyambung pengajianku yang tertangguh selama lima hari. Sungguh berselera aku makan tengahari ni.. sehinggakan abang Farish dan kak Elly datang pun aku tak sedar.
“Amboi..berselera sungguh nampak. Sampai kak Elly datang pun tak sedar.
“Eh, kak Elly! Bila sampai?”
“tengok tu, kak Elly dah lama tercegat kat sini pun Fasha tak tahu..khusyuk sangat makan..makan apa tu?” tanya kak Elly.
“makan lauk kegemaran dia lah..sebab tu tak perasan kamu datang.” Sampuk mama.
“oh..lauk ayam salai masak lemak cili padi ke? Patut lah..tengok adik abang makan ni..abang terasa lapar pula..nak makan juga lah..” abang pula menyampuk.
“lah..belum makan lagi ke? Makan lah sekali dengan kitorang.” Pelawa abah.
Kami pun makan bersama dan berkongsi cerita antara satu sama lain. Selepas selesai makan, aku membasuh pinggan kotor sementara kak Elly sibuk mengemas dan mengelap meja makan. Selepas itu, kami ke ruang tamu untuk bersantai dan berkongsi cerita. Semasa sedang seronok berbual dengan kak Elly dan melayan celoteh anak saudaraku, Mia..telefon bimbitku bordering..aku melihat nama yang tertera di skrin. Aaron! Sekali lagi hatiku bergetar bila melihat namanya yang tertera di skrin handphone ku. “Ada apa dia call aku ni? Sibuk je lah..” getusku dalam hati.
“Kak Elly, sekejap eh..Fasha nak jawab call sekejap.” Aku meminta izin untuk keluar sebentar.
“Hello..Assalammualaikum..ada apa Aaron?” tanyaku.
“Waalaikumussalam..Fasha tengah buat apa tu? Ganggu tak?
“tengah layan anak saudara Fasha..Mia..tak ganggu pun..ada apa ya?”
“abang Farish ada kat rumah Fasha eh?”
“A’ah..kenapa?”
“boleh tak kalau Aaron nak datang rumah Fasha?”
“huh?? Aaron nak buat apa kat sini?”
“Nak jumpa abah, mama and abang Farish la..” jelasnya.
“issh..tak payah lah..Fasha malu lah kalau Aaron datang.” Aku cuba berdalih. Sebenarnya, bukan malu tapi hatiku berdebar bila menatap wajahnya.
“tak boleh lah ni? Takpe lah..” suaranya seakan merajuk.

Tidak sampai hati pula aku mendengar suaranya begitu. Lagipun, apa salahnya kalau dia datang bertandang ke rumahku. Abang Faris tentu suka. Layan je lah..
“hmm..ye lah..Aaron boleh datang. Bila Aaron nak datang?” soalku.
“Sekarang..boleh?”
“boleh..datang lah..Fasha tunggu.”
“okey..i’m coming!”
Aku mematikan talian terus ke ruang tamu semula untuk memberitahu tentang kedatangan Aaron ke rumah.
“Abah, mama..sekejap lagi Aaron nak datang.”
“elok lah tu..abang Farish kamu pun ada kat sini. Dia kan rapat dengan abang Farish. Tapi ada apa tiba-tiba nak datang sini pula tu?” tanya abah kehairanan.
“nak datang meminang kot ma..” usik kak Elly.
“banyak la kak. Kalau nak datang meminang..datang ramai-ramai lah..baru la beradat.” Jawabku.
“amboi..dah tak sabar ke?” giliran abang Farish bersuara.
Aku tidak menjawab malah mengalihkan pandangan pada anak saudaraku. Malas aku hendak melayan kerenah dan usikan mereka. Setengah jam kemudian, Aaron sampai di rumahku. Rupa-rupanya, Aaron datang berkunjung ke rumahku kerana ingin meminta izin untuk menghantarku ke Senai Airport keesokan hari. Katanya, dia ingin pulang ke Kuala Lumpur esok. Jadi, dia ingin menghantarku sekali kerana satu jalan. Abah dan mama pula membenarkan aku pergi bersamanya esok kerana abah dan mama percayakan Aaron. Sentap hatiku ketika itu. Patutkah aku pergi bersamanya atau menolak sahaja. Ah! Kusutnya..tapi pada masa yang sama, hatiku meronta-ronta untuk pergi dengannya namun hatiku berdebar apabila menatap wajahnya. Apalagi esok aku akan bersama dengannya dalam kereta yang sama untuk jangka masa yang panjang. Ya Allah..tenangkan lah hatiku untuk berhadapan dengannya esok. Amin..
Hari ini aku bangun awal kerana tidak ingin lambat sampai ke airport . Waktu penerbanganku ialah pada pukul sepuluh pagi. Pukul 8.00 pagi Aaron sudah sampai di depan rumahku. Sedangkan aku masih lagi sedang bersiap. Setelah selesai bersolek, aku terus turun ke bawah dengan membawa beg tangan dan satu bagasi. Aaron masuk ke dalam untuk berjumpa abah dan mama. Setelah salam dengan kedua-duanya, Aaron megambil bagasiku lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Tepat pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak. Semasa dalam perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual. Hanya Aaron yang bersuara. Lagu ‘Aishiteru’ yang kedengaran dari corong radio tidak membosankan aku yang ketika ini sedang berperang dengan perasaan yang berdebar-debar. Lagu yang kedengaran sama seperti situasiku saat ini. ERA.fm ni macam tahu-tahu je aku nak pergi jauh.
Pada masa yang sama, aku berasa sedih kerana selepas ini aku akan berjauhan dengan keluargaku lagi. Empat puluh minit kemudian, kami sampai di Senai Airport. Aaron mengangkat bagasi ku dan menemaniku sehingga aku menaiki kapal terbang. Sebelum aku bertolak, dia mengucapkan selamat tinggal kepadaku dan sempat berpesan sesuatu kepadaku.
“Fasha, selamat tinggal. Sampai sana nanti, jangan lupa emel Aaron tau..jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin dan jangan lupakan Aaron tau. Assalammualaikum.” Pesannya.
“okey..jangan risau..Fasha takkan sesekali lupakan Aaron sebab Aaron baik sangat dengan Fasha. Terima kasih Aaron sebab sudi jadi kawan Fasha dan terima kasih juga sebab bersusah payah hantar Fasha ke Airport. Aaron jaga diri baik-baik k..jangan lupa solat tau. Bye.. waalaikumussalam.”
Saat itu, hanya Allah je yang tahu perasaan aku apabila berpisah dengan Aaron. Aku berasa sangat sedih berpisah dengannya. Mungkinkah ada sekelumit perasaan sayang dalam hatiku padanya. Mungkin juga..
Sembilan jam perjalanan, akhirnya aku sampai di Melbourne, Australia. Ketibaanku di Airport disambut oleh Lisa dan juga Uncle Mustapha, pemilik rumah sewaku di Melbourne. Uncle Mustapha seorang muallaf yang tinggal di kawasan perumahanku. Aku mengenalinya melalui pensyarahku ketika aku belajar di Jakarta. Selepas itu, aku terus pulang ke rumah sewaku. Perjalanan yang panjang memenatkan aku. Setelah mandi dan solat, aku terus tidur kerana esok pagi aku ada kelas yang perlu dihadiri.
Aku ke kelas pada pukul 8.00 pagi waktu Australia. Kelasku berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Selepas itu, aku ke kafe bersama Lisa untuk makan tengahari. Setelah itu, kami pulang semula ke rumah dan berehat sebentar kerana pukul tiga petang nanti kami ada lagi satu kelas untuk dihadiri. Semasa di rumah, aku membuka emelku dan juga facebook untuk mengisi masa yang ada. Tidak ku sangka semasa aku membuka emel, aku terkejut kerana Aaron ada menghantar emel kepadaku. Dia bertanyakan khabar dan ingin berbual denganku. Bukan hanya di emel malah di facebook ku juga ada notification darinya. Dia mengirimkan sekeping gambar di facebook ku. Aku terkejut setelah membuka gambar itu kerana itu adalah gambar aku. Ketika itu, aku sedang melihat budak-budak bermain skateboard di Danga Bay tempoh hari. “Pelik! Bila masa lah dia ambil gambar tu.. Dasar pencuri! Curi-curi ambil gambar orang! Baik lah gambar tu hanya nampak tepi je. Kalau tak..habis kantoi dengan family aku.” Omelku sendirian.
“woi, kau dah kenapa cakap sorang-sorang? Demam ke?” tegur Lisa.
“Tak lah..aku cakap dengan fb ni ha..”
“huh? Dengan fb? Gila ke apa?”
“beb, kau rasa Aaron tu okey tak?”
“Aaron? Hai..tiba-tiba je Aaron..ada apa-apa ke? Entah-entah..masa aku dah balik sini kau selalu jumpa dia eh..?”
“ada la sekali dua..First, dia ajak aku keluar dinner then dia datang rumah aku.” Aku berterus-terang saja kerana memang itu perangai ku apabila dengan Lisa. Lisa adalah sahabat baikku. Jadi, aku akan berkongsi apa-apa saja cerita dengannya.
“wah..dah ada kemajuan nampak. Baguslah tu..aku suka kau dengan Aaron. Memang sesuai. Sama cantik, sama padan.”
“pandailah kau..eleh..kau tu pun sama je..masa kau nak balik sini hari tu..Sufian yang hantar kau ke Senai Airport kan..macam lah aku tak tahu.”
“beb, macam mana kau tahu? Siapa beritahu kau?”
“aku tahulah..kantoi sudah..” usikku.
Setelah berminggu-minggu aku di sana, Aaron sering menghantar emel kepadaku. Kadang-kadang jika aku ada masa lapang dia akan menelefonku dan kami juga akan berbual melalui skype. Semakin lama, aku dan dia semakin rapat. Pada suatu hari, Aaron menelefonku dan meluahkan perasaan cintanya kepadaku. Aku berasa sangat gembira kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, aku tidak terus memberikan jawapan kepadanya. Keesokkan harinya barulah aku memberikannya jawapan. Jawapanku adalah ya kerana memang ini saat yang aku tunggu-tunggu selama ini. Mulai hari itu, kami adalah pasangan kekasih. Aku berasa bahagia sekali kerana berjaya menjadi buah hatinya. Memang itu gelaran yang aku nanti-nantikan selama ini. Setelah lima bulan kami bercinta, Aaron dan Sufian datang ke Melbourne untuk berjumpaku dengan Lisa. Rupa-rupanya, tanpa pengetahuan kami, Sufian dan Lisa juga sedang hangat bercinta. Pandai mereka sorokkan daripada kami ya. Tapi akhirnya..kantoi juga.. Aaron dan Sufian bercuti di Melbourne selama empat hari. Selain melawatku dan Lisa, mereka juga datang berjumpa dengan Ria yang juga sedang belajar di Melbourne. Setelah aku mendapat tahu yang Ria juga belajar di sini, kami sering keluar bersama jika tiada kelas. Ternyata benar kata Aaron, Ariana adalah junior ku.
Semasa Aaron dan Sufian di sini, aku, Lisa dan Ria membawanya berjalan-jalan di sekitar Bandar Melbourne. Seronok sekali kami berlima. Selepas empat hari, mereka pulang semula ke Malaysia. Hubunganku dengan Aaron semakin rapat dan hubunganku sudah dapat dihidu oleh abangku, Farish. Kemudian sampai ke pengetahuan abah dan mamaku. Tapi mereka tidak menghalang kerana mereka suka aku bercinta dengan Aaron daripada orang lain. Namun setelah setahun bercinta, Aaron pergi meninggalkanku tanpa kata. Dia tidak lagi menghubungiku. Dia menghilangkan diri dariku. Ketika menyambut hari raya pun dia tidak bercakap denganku walaupun kami berada dalam satu rumah yang sama. Kenapa dia berbuat demikian? Kenapa dia tinggalkan aku? Pelbagi persoalan bersarang di kepalaku. Namun, aku cepat-cepat melupakan kekecewaanku kerana aku tidak ingin perasaanku menjejaskan pelajaranku. Aku ingin menunaikan hasrat abah untuk melihatku membawa pulang segulung ijazah untuknya. Selepas kejadian itu, aku mula menyibukkan diriku dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk melupakan dirinya. Aku hanya mampu redha dan berserah sahaja. Biarlah..mungkin tiada jodoh aku dengannya. Selepas tiga bulan kami berpisah, aku mendapat tahu Aaron meninggalkanku kerana dia telah kembali kepada bekas kekasihnya, Shila. Aku mendapat tahu berita ini daripada Sufian. Sufian tidak setuju sepupunya memperlakukan aku begitu namun dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengembalikan Aaron kepadaku. Namun, dia lebih membela aku daripada Aaron. Semasa ketiadaan Aaron, ada seorang lelaki datang kepadaku mencurahkan kasih sayangnya. Lelaki itu adalah Amir. Namun, perasaanku kepadanya hanyalah sebagai sahabat sahaja. Amir suka kepadaku tapi dia tidak pernah meluahkan perasaannya kepadaku. Setelah tamat belajar di Melbourne, aku pulang ke Malaysia. Enam bulan selepas itu, aku mula berkhidmat sebagai doktor di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Semasa ketiadaan Aaron, aku hanya rapat dengan seorang lelaki iaitu Amir. Abah dan mamaku berasa hairan mengapa aku tidak bersama Aaron lagi. Lalu, aku menceritakan kepada mereka perkara yang sebenar. Mereka hanya mampu menasihatkan aku supaya lebih tabah dan hadapi dugaan ini dengan redha. Sememangnya aku redha. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayaku. Aku tidak langsung memikirkan soal perkahwinan kerana aku sudah tidak ada hati lagi untuk itu. Jika sudah sampai masanya aku kahwin, aku kahwin. Jika tidak, tidak lah. Aku dan Lisa sudah pun berkhidmat sebagai doktor dan kami ditempatkan di hospital yang sama dan juga di bahagian yang sama iaitu bahagian sakit puan. Setiap hari, kami akan pergi ke hospital sama-sama untuk menjimatkan kos petrol. Kawan kami semasa di Jakarta dan Melbourne juga telah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Kawan yang dimaksudkan adalah Dr. Zahid. Dr. Zahid ini adalah buah hati Ariana. Mereka kenal semasa di Melbourne. Aku dan Lisa punya kerja lah ni menyatukan mereka berdua. Tapi akhirnya, jadi juga. Ariana pula akan tamat belajar setahun lagi. Selepas itu, jadi doktor juga lah dia tu.. Selepas setahun berkhidmat sebagai doktor, aku dan Lisa mendapat tawaran untuk sambung master di Kuala Lumpur. Pada mulanya, aku tidak berminat kerana tempatnya adalah Kuala Lumpur. Namun, atas pujukan abah, mama dan Lisa, aku setuju untuk menyambung pengajianku ke peringkat ijazah sarjana. Peluang ini akan membolehkan aku menjadi doktor pakar jika sudah tamat belajar nanti. Memang inilah yang aku impi-impikan selama ini. Sebulan kemudian, kami pergi ke Kuala Lumpur. Semasa belajar di sana, aku sering berjumpa dengan uncle Azhar, auntie Rina, auntie Sufiya dan juga Sufian. Namun, aku tidak langsung bertemu dengan Aaron. Kata Auntie Rina, Aaron juga menyambung master di Universiti lamanya iaitu Universiti of Cambridge, England. Elok juga daripada bertemu dengannya. Setidak-tidaknya dapat juga aku melupakan dia. Namun aku salah, aku langsung tidak boleh melupakan dia kerana dia adalah lelaki pertama yang bertakhta dihatiku. Setelah tamat belajar di Kuala Lumpur, kami pulang ke Johor Bahru. Sebulan selepas kami pulang, kami terus berkhidmat di Hospital Sultan Ismail tapi kali ini sebagai doktor pakar. Setelah enam bulan aku berkhidmat, aku dikejutkan dengan berita sedih. Mamaku menghidap penyakit barah payudara tahap empat. Ketika itu, perasaanku hanya Allah yang tahu. Mama ditempatkan di Hospital tempat aku bertugas. Seminggu selepas mama dimasukkan ke hospital, mama menjalani pembedahan. Aku, abah, abang Farish dan kak Elly mengambil cuti untuk menunggu mama sehingga selesai pembedahan. Setelah enam jam dalam operation theatre, doktor yang menjalankan pembedahan mama keluar. Doktor menggeleng-gelengkan kepala tanda pembedahan itu gagal. Mama sudah meninggal dunia. Ketika itu, duniaku aku rasakan sangat gelap. Mama sudah tiada. Tiada ruang lagi untuk aku bermanja dengan mama. Aku terduduk lalu menangis teresak-esak. Mama! Mengapa mama pergi ketika Fasha memerlukan mama? Aku masih memerlukan mama, aku masih mahu bermanja dengan mama. Mengapa aku sebagai doktor tidak mampu untuk merawat mama? Aku menangis tersedu-sedu sambil ditenangkan oleh abah dan kak Elly. Aku tidak mampu berkata apa-apa waktu itu. Aku hanya mampu berdoa semoga mama ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Petang itu, jenazah mama di bawa pulang ke rumah setelah dimandikan dan dikafankan. Ahli keluargaku sibuk menguruskan jenazah dan menelefon sanak saudara untuk memberitahukan hal ini. Lisa menelefonku tapi aku tidak berdaya untuk menjawab panggilannya. Tidak lama kemudian, dia datang melawat. Lisa juga turut bersedih dan berdukacita di atas pemergian mamaku. Lima jam kemudian, Uncle Azhar dan seluruh ahli kelurganya sampai di rumahku. Auntie Zahira, Azharina dan Sufiya terus memelukku dengan erat dan mengucapkan takziah kepadaku. Mereka juga memujukku supaya bersabar dan menghadiahkan Al-fatihah untuk mamaku. Tidak ku sangka, Aaron juga datang melawat mamaku. Namun, dia langsung tidak bercakap denganku. Setelah selesai solat jenazah, kami sekeluarga dan juga tetemu yang hadir menghantar jenazah ke Tanah Perkuburan Pasir Gudang untuk upacara pengebumian. Aaron dan Sufian menolong abah menjalankan upacara pengebumian jenazah mama. Selepas selesai upacara pengebumian, kami semua pulang ke rumah untuk menguruskan kenduri tahlil malam itu. Aku hanya menolong sedikit sahaja kerana Auntie Rina melarangku untuk menolong. Namun aku berdegil kerana bagiku dengan cara ini aku mampu membuang rasa sedihku atas pemergian mama. Selepas selesai kenduri tahlil, Uncle Azhar, abah dan abang Farish mahu berjumpaku. Aku pergi ke ruang tamu untuk berjumpa mereka. Abah memulakan perbualan.
“Fasha, mari duduk sini. Abah dan Uncle Azhar nak bincang sesuatu denga Fasha..”
“Bincang apa abah?”
Ketika itu, Aaron ada bersama.
“Macam ni..Fasha, uncle harap Fasha setuju dengan cadangan uncle ni..”
“cadangan apa uncle?” tanyaku kehairanan.
“Macam ni.Mama Fasha baru saja meninggal kan..Jadi, uncle ingat Fasha perlukan seorang teman untuk melupakan kesedihan Fasha.Uncle dan abah Fasha dah setuju untuk nikahkan Fasha dengan Aaron sebab kami tahu kamu berdua saling mencintai antara satu sama lain.”
“Tapi uncle, abah..mama baru je meninggal. Takkan kita nak langsungkan majlis perkahwinan pula. Kalau macam tu, kita tak hormat pemergian mama, abah. Lagipun. Fasha dan Aaron takde apa-apa hubungan lagi. Macam mana kami nak berkahwin uncle.” Marahku.
“Bukan macam tu Fasha..abah tak cakap yang kita akan langsungkan perkahwinan secepat ni. Mungkin enam bulan dari sekarang dan kami akan beri kamu berdua peluang untuk jernihkan semula perhubungan kamu.” Jelas abah.
“Tak semudah tu abah! Fasha tak setuju! Siapa pilihan Fasha biar Fasha sendiri yang tentukan!” bentakku. Namun, tiba-tiba aku teringatkan amanat terakhir mama sebelum mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ketika aku melawatnya sehari sebelum hari pembedahan.
“Fasha.. mama ada sesuatu permintaan dari Fasha..”
“permintaan apa ma? Cakaplah..”
“Fasha, kalau mama dah takde nanti, Fasha nikahlah dengan Aaron. Kalau boleh, mama teringin sangat nak tengok Fasha bersanding dengan Aaron. Mama tahu Fasha tak bersama lagi dengan dia tapi mama tahu anak mama ni sayang sangat kat Aaron. Jadi mama harap Fasha jadi lah isteri dia ya sayang. Mama yakin kamu berdua akan hidup bahagia. Ingat pesan mama. Kalau dah bersuami nanti, jadi isteri yang solehah, taat pada suami.”
“mama, janganlah cakap macam ni mama..mama boleh lawan penyakit mama. Fasha tahu mama boleh. Mama kuat.”
“sayang..ajal maut tu ketentuan Allah. Kalau dah sampai masanya, mama akan pergi juga. Tapi jangan lupa ya pesan mama.”
Tanpa ku duga, airmata ku berlinang. Lamunanku terhenti apabila dikejutkan dengan teguran abah.
“Fasha, Fasha okey ke ni? Kenapa Fasha menangis? Teringat kat mama ke?” tanya abah.
“Abah, uncle..Fasha setuju.. tapi selepas enam bulan kemudian. Tapi uncle..Aaron setuju ke dengan cadangan uncle ni?”
“Fasha jangan risau, uncle dah bincang perkara ni dengan Aaron sebelum ni. Dia setuju. Aaron dah setuju kan?” Tanya Uncle kepada Aaron.
“Setuju Uncle.” Jawabnya.
Namun aku tahu Aaron tidak ikhlas menerima aku sebagai isterinya. Dia terpaksa kerana bersimpati dengan keadaanku ketika ini. Biarlah! Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kedukaan ini.
Sebulan kemudian, Aaron datang ke Johor Bahru untuk menyiapkan keperluan sempena majlis perkahwinanku nanti. Aku dan Aaron pergi ke Johor Premium Outlet (JPO) untuk membeli barang hantaran seterusnya menghantar barang-barang itu ke Bandar Baru Uda untuk digubah. Majlis perkahwinanku nanti akan diadakan diHotel Pan Pacific, Johor Bahru manakala majlis nikah pula akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di Bandar Johor Bahru. Segala persiapan untuk majlis resepsi di Hotel diuruskan oleh uncle Azhar dan Auntie Zahira. Mereka telah ke Johor Bahru untuk berurusan dengan pihak hotel. Majlis nikah pula diuruskan oleh abah dan abang Farish.
Enam bulan kemudian, tibalah hari pernikahan aku dengan seorang lelaki yang bernama Muhammad Aaron Ashraff. Lelaki yang telah lama menjadi pujaan hatiku. Namun, tidak bagi lelaki ini. Dia menikahi ku tanpa rasa ikhlas. Kami dinikahkan selepas solat zohor. Setelah selesai majlis pernikahan, kami terus pulang ke rumah dan bersiap untuk pergi ke Hotel Grand Pan Pacific untuk rehearsal.Rehearsal selesai pada pukul enam petang. Setelah itu, kami terus pulang ke rumah untuk majlis berinai. Malam itu, aku memakai lima pasang baju kebudayaan untuk bergambar. Aku tahu Aaron tersenyum paksa demi memuaskan hati ramai orang. Namun tidak bagi aku. Aku tersenyum ikhlas kerana aku memang bahagia dengan perkahwinan ini.
Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Pada pukul lapan pagi lagi aku telah bersiap untuk majlis perkahwinan yang akan bermula pada pukul sebelas pagi nanti. Ramai sanak saudaraku yang hadir ke rumahku untuk menolong apa yang patut. Namun tidak kurang juga yang tolong buat kacau. Budak-budak lah yang aku maksudkan. Pada pukul dua belas tengahari, aku telah siap disolekkan dan dihias cantik oleh mak andam. Tidak lama kemudian, aku dibawa pergi ke hotel dengan menaiki kereta pengantin yang dipandu oleh Sufian dan diiringi oleh pengapitku, Lisa. Sufian dan Lisa adalah pengapit untuk majlisku nanti. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan suasana. Artis-artis seperti Anuar Zain, Misha Omar dan Nera juga turut hadir mempersembahkan lagu mereka untuk menghiburkan para tetamu. Semasa aku dan Aaron menikmati santapan, kami dihiburkan dengan persembahan oleh Anuar Zain dengan lagunya yang bertajuk ‘Lelaki ini’, ‘Sedetik lebih’ dan ‘Keabadian cinta’. Alangkah indahnya jika suamiku berperasaan seperti lagu ini. Kemudian, Nera pula menyampaikan lagunya yang bertajuk ‘Hatiku milikmu’ yang merupakan lagu kegemaranku. Aaron tahu aku menyukai lagu ini. Tentu abang Farish yang menjemput Nera kerana dia tahu lagu kegemaranku yang satu ini.

Di sisi mu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasu terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua sayang padamu…

Setelah selesai makan, tiba-tiba aku air mataku mengalir. Aku teringatkan mama. Alangkah bahagianya kalau mama ada di majlis perkahwinanku dan melihat aku bersanding. Tiba-tiba aku terlihat mama yang sedang duduk di pelaminku sambil tersenyum. Aku juga turut tersenyum lalu menangis. Lisa yang ternampak aku sedang melihat ke arah pelamin sambil menangis terus menegurku.
“Fasha, kau tengok apa kat pelamin tu? Ada yang tak kena ke? Tapi kenapa kau menagis ek?
tanya Lisa.
“Lisa, aku nampak mama. Mama duduk kat kerusi pelamin aku Lisa..mama senyum kat aku.” Terangku kepadanya.
“betul ke Sha? Untung kau Fasha..mama kau masih hadir untuk lihat kau bersanding.”
“alhamdulilah..terima kasih mama untuk hadiah ni.”
Majlis tamat pada pukul enam petang. Kami segera pulang ke rumah setelah segalanya selesai. Malam itu, kami tidur di dalam bilik yang sama. Namun, dia tidak tidur bersamaku di atas katil. Dia tidur di atas sofa yang terdapat dalam bilikku. Biarlah. Mungkin dia belum dapat menyesuaikan diri dengan perkahwinan ini. Pada pukul sembilan malam aku telah terlena kerana penat sangat melayan tetamu yang hadir. Aaron juga begitu. Tidak lama selepas aku tidur, dia pun tidur.
Pagi ini aku bangun lewat kerana semalam terlalu letih. Semasa aku bangun, Aaron masih lagi tidur di atas sofa. Aku tidak mengejutkannya kerana tidak sampai hati melihat dia sedang nyenyak tidur. setelah selesai mandi dan bersiap, aku terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan di dapur. Hari ini aku tampil ringkas dengan mengenakan t-shirt rona merah dan seluar ali baba rona putih. Sebaik saja aku turun di bawah, aku melihat abah sedang bersarapan. Sudah terlambat untuk menyediakan sarapan untuk abah. Abah menegurku untuk mengajakku sarapan bersama.
“Morning anak abah..mari sarapan dengan abah. Aaron mana? Belum bangun lagi ke?”
“morning abah.. belum..Aaron masih tidur lagi.. tak sampai hati pula nak kejut..”
“mungkin penat sangat agaknya..makan lah kuih ni..abah beli je kat kedai depan tu..tak sempat nak sediakan sarapan untuk pengantin baru abah ni..”
“apa lah abah ni.. fasha tak kisah lah..janji ada sarapan..”
“apa plan hari ni? Tak keluar pergi mana-mana ke?” soal abah.
“mungkin tengahari nanti Fasha lunch dengan Aaron kat luar then kitorang terus pergi ke rumah Auntie Salina. Saja nak melawat mereka. Pengantinbaru kan kenalah ziarah rumah saudara mara. Betul tak bah?”
“eloklah tu..kalau tak pergi nanti diorang cakap apa pula.. abah lunch sorang-sorang lah hari ni.. abah makan kat luar jelah..”
“sorry abah..lain kali kita makan sama k..nanti Fasha bawa abah makan kat restoran mahal eh..”
“ye lah..”

Setelah selesai bersarapan, aku berbual dengan abah di taman yang terletak di halaman rumahku. Semasa sedang seronok berbual, kedatangan Aaron mengejutkan kami.
“Morning abah..sayang..dah sarapan ke?” tegur Aaron dengan memanggilku dengan sayang..tapi aku tahu itu hanya lakonannya di depan abah..sedangkan hatinya tidak ingin memanggilku begitu.
“morning..” serentak kami menjawab.
“Fasha dan abah dah sarapan dah. Aaron nak minum apa? Fasha buatkan.” Sengaja aku tidak menggunakan perkataan abang. Kekok rasanya untuk membahasakan dirinya abang.
“boleh juga..buatkan abang nescafe eh.. abang memang pagi-pagi suka minum nescafe..”
Abang?? Akhirnya dia sendiri yang membahasakannya abang..” Ah! lakonan semata-mata. Pandai kau berlakon ya..”omelku di dalam hati.
Sepuluh minit kemudian, aku ke depan dengan membawa segelas air nescafe dan sepinggan kuih karipap, kuih lapis dan kuih seri muka yang dibeli oleh abah sebentar tadi.
“Aaron, ni air awak. Makanlah kuih tu..abah beli kat kedai depan tu tadi.”
“panggil abang sayang..abang kan suami sayang sekarang..”
mengadanya..tak payah nak berlakon romantik-romantik sangat lah kan Muhd Aaron Ashraff.
Abah pula bersuara. “betul tu sha..Aaron sekarang kan dah jadi suami Fasha. Jadi Fasha kenalah panggil dia abang. Baru lah nampak seperti suami isteri kan.”
“betul abah..sokong abah 100%..”
“Gedik! Mengada-ngada!” bentak hatiku.
“Aaron, sorry.. abang..tengahari nanti kita lunch kat luar ya..lepas tu, kita pergi rumah Auntie Salina. Fasha nak ziarah mereka lah..boleh kan abang temankan Fasha?” tanyaku.
“boleh..tapi abah macam mana? Takkan nak biar abah makan sorang-sorang kot..”
“takpe..abah okey.. korang pergilah..jangan risaukan abah..pandai-pandai lah abah makan kat luar nanti..hmm..Aaron, Fasha..abah ada sesuatu nak beri pada kamu berdua..tunggu sekejap ya..abah nak naik atas sekejap ambil barang tu..”
Beberapa minit kemudian, abah turun.
“Barang apa bah yang abah nak bagi kitorang ni?” tanya Aaron.
“Ambil lah..hadiah perkahwinan daripada abah..tak seberapa pun..tapi abah harap korang suka..” abah menghulurkan sekeping sampul pada Aaron lalu Aaron membukanya perlahan-lahan. Terbeliak matanya melihat isi yang terdapat dalam sampul itu.
“Surat apa tu abang?” tanyaku ingin tahu.
“pakej bulan madu ke Cameron Highlands. Terima kasih bah..kitorang hargai sangat-sangat pemberian abah ni.. bila kitorang boleh pergi bah?” tanya Aaron yang kelihatan seperti tidak sabar untuk berbulan madu. Berbulan madu apanya? Perasaan sayang untuk aku pun takde dalam hati dia..
“bila-bila saja..hujung minggu ni pun boleh..tentang penginapan semua Aaron tak perlu risau..abah dah uruskan semuanya. Tinggal bawa pakaian je then go..” jelas abah.
“bila abah buat semua ni?” tanyaku inginkan kepastian.
“dah lama dah.. ada lah dua bulan lepas..”
“terima kasih abah..” serenatk kami mengucapkan terima kasih abah.
Aku dan Aron merancang untuk pergi ke Cameron Highlands pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu. Kami akan ke sana selama tiga hari dua malam..

Hari yang dinanti untuk berbulan madu ke Cameron Highlands telah pun tiba. Kami bangun awal untuk bertolak supaya sampai di sana lebih awal agar masa kami di sana lebih panjang. Kami bertolak pada pukul sembilan pagi dan tiba pada pukul tiga petang. Setelah sampai, kami terus ke hotel tempat penginapan kami iaitu Hotel Strawberry Park. Selepas check-in, kami teruske bilik kami untuk berehat seketika. Setelah hampir satu jam kami berehat, kami bersiap untuk keluar bersiar-siar di ladang teh sambil menikmati keindahan semulajadi di Cameron Highlands ini. Sambil menikmati pemandangan di sini, Aaron mengambil gambar ladang teh menggunakan kamera Nikon miliknya. Banyak juga gambar yang diambil olehnya. Selepas puas menikmati pemandangan di sini, kami ke ladang bunga ros pula. Untuk ke ladang bunga ros, kami perlu menaiki kereta kerana ladang itu agak jauh dari ladang teh. Kami menaiki kereta milik Aaron iaitu Honda CRV warna putih. Lima belas minit kemudian, kami sampai ke destinasi seterusnya. Keindahan ladang bunga ros ini tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Begitu banyak sekali bunga ros yang terdapat di sini. Bunga ros putih, merah, kuning, merah jambu..warna yang jarang dilihat juga ada di sini seperti warna biru dan ungu. Aku begitu terpegun melihat bunga-bunga ros ini. Kalau boleh, aku ingin membeli semua bunga ros yang ada di sini. Tapi, aku tidak termampu untuk berbuat demikian. Walaupun suamiku orang berada, tapi rasanya dia tidak sanggup untuk membeli kesemua bunga ros ini.
“sayang..sayang tunggu sini sekejap eh..abang nak ke sana sekejap. Tunggu tau jangan pergi mana-mana.”
“Apa mimpi pula dia ni panggil aku sayang walaupun bukan di depan abah. Dia betul-betul sayang aku ke? Ataupun ada udang di sebalik mee??” Kataku dalam hati.
Aaron pergi ke kedai yang menjual pelbagai jenis ros yang tidak jauh dari ladang bunga ros ini.
“tauke, beri saya tigakuntum bunga ros merah, tiga kuntum bunga ros kuning, tiga kuntum bunga ros putih dan tiga kuntum bunga ros merah jambu. Semua sekali dua belas kuntum la.”
“wah..banyak sekali oh.. mahu beri pada isteri ke?”
“ye lah tauke..saya datang berbulan madu kat sini.”
“oh..pengantin baru lah ni..selamat pengantin baru lah..”
“thank you tauke..”
“ini bunga nya.. siap gubah semua sekali RM70..”
“okey..thank you tauke..” ucap Aaron sambil menghulurkan not kepada tauke itu.
Beberapa minit kemudian, Aaron muncul di hadapanku dengan membawa sejambak bunga ros yang pelbagai warna. Tapi, setiap warna bunga ros itu ada tiga kuntum. Apakah maksudnya? Ada maksud yang tersirat ke?
“Untuk isteri abang yang tersayang..terimalah..” ucapnya sambil menghulurkan bunga ros itu kepadaku.
Aku mengambil bunga itu sambil tersenyum lalu aku mengucapkan terima kasih kepadaanya.
“terima kasih abang..tapi kenapa setiap bunga ros ni ada tiga kuntum?” tanyaku dengan pelik.
“Tiga kuntum ros merah means ‘I Love You’, tiga kuntum ros merah jambu means ‘I Miss You’, tiga kuntum ros kuning means ‘I Need You’ and tiga kuntum ros putih means ‘kasih yang suci’. Suka tak? Kalau suka abang boleh beli satu ladang bunga ros ni untuk sayang..”
Seperti tahu-tahu je isi hatiku sebentar tadi. Dia boleh baca fikiran aku lah..adakah itu tandanya kami sehati sejiwa?
“suka..betul ke abang nak belikan semua bunga ros ni untuk Fasha? Sanggup ke?” tanyaku sengaja ingin menduga hatinya.
“abang sanggup..untuk Fasha apa pun abang sanggup. Apa, ingat abang tak mampu ke? Satu Cameron Highlands ni abang mampu beli tau.” Beria-ia dia memberi penjelasan.
Tapi aku tidak menafikan yang dia memang mampu untuk memiliki satu Cameron Highlands ni..tapi aku hanya bergurau saja sebentar tadi. Tak sangka pula dia serius.
“tak payah lah abang..kehadiran abang dalam hidup Fasha pun dah cukup untuk Fasha..tapi..abang betul-betul ke sayang dan cinta pada Fasha? Ataupun abang hanya berpura-pura saja?” tanyaku tidak puas hati.
“Fasha..Fasha kan isteri abang..abang sayang isteri abang lebih dari segala-galanya. Fasha percayakan abang ya..abang terlalu mencintai Fasha dan abang akan jaga Fasha sampai abang mati. Itu janji abang.” Sepenuh hati dia menjelaskan perasaannya kepadaku.
“tapi kalau betul abang cintakan Fasha kenapa abang tinggalkan Fasha dulu? Kenapa abang tak tidur dengan Fasha pada malam perkahwinan kita hari tu?”
“Abang buat silap masa tu..abang lebih memilih kaca daripada permata. Tapi, abang sedar tiada perempuan yang boleh buat abang bahagia melainkan Fasha. Walaupun abang dengan perempuan lain, tapi abang masih tak boleh lupakan Fasha. Cinta Fasha pada abang sangat kuat masa tu. Abang mengaku abang silap. Abang minta maaf. Malam tu abang tak tidur dengan Fasha sebab abang takut Fasha tak boleh terima abang dan berkongsi katil dengan abang.. Fasha maafkan abang kan?” panjang lebar dia menerangkan kepadaku perkara yang sebenar.
“Fasha dah lama maafkan abang. Walaupun hati Fasha sakit sangat dipermainkan oleh abang tapi Fasha tak mampu nak benci abang sebab cinta Fasha pada abang sangat kuat. Fasha hanya mampu berdoa je semoga abang kembali semula pada Fasha. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa Fasha. Terima kasih abang sebab masih menyayangi Fasha macam dulu..”
Kami pun berpelukan. Aku tidak rasa malu ketika itu walaupun kami berpelukan di hadapan orang ramai. Biarlah, kami halal untuk berbuat demikian. Rasa cintaku padanya telah menghilangkan perasaan malu untuk terus memeluknya. Sudah lama aku dahagakan kemesraan ini. Berada dalam pelukannya membuat aku rasa dilindungi dan disayangi.
Petang itu, kami pulang ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri. Pada sebelah malam, Aaron mengajakku makan malam di hotel tempat kami menginap. Malam itu, aku rasakan seperti aku lah wanitayang paling bahagia dalam dunia ni. Aku bertuah kerana memiiki Aaron. Malam ini juga, kami tidur bersama di atas satu katil yang sama. Katil ku penuh dengan bunga ros merah. Ini adalah satu kejutan untukku. Rupa-rupanya, semasa kami bersiar-siar petang tadi, dia telah mengarahkan pekerja hotel untuk meletakkan bunga ros merah dan wangian lilin di atas katilku. Wah.. romantik juga suami aku ini..bahagianya…
Hari ini kami bersarapan di hotel tempat kami menginap. Selepas itu, kami terus ke ladang strawberi untuk menikmati buah strawberi yang dipetik dari pokok. Aku makan buah strawberi yang dipetik dengan coklat yang turut dijual di sini. Cicah strawberi dengan coklat memang enak untuk dinikmati. Ini juga menjadi salah satu kegemaranku semasa di Australia dulu. Aaron yang tahu kegemaranku ini membeli banyak buah strawberi dan coklat untukku bawa pulang ke Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan juga sebagai cenderahati untuk ahli keluarga kami. Semasa aku menikmati strawberi cicah coklat ini, mulutku comot..Aaron yang ternampak terus mengelap mulutku yang comot tapi selepas dia lap dia comotkan lagi coklat itu ke hidung dan pipi ku. Apalagi..aku marah lalu mengejarnya. Habis kami berkejaran kat satu ladang strawberi ni. Orang ramai yang ada di sini memandang kami sambil gelak ketawakan kami. Malu aku dibuatnya tapi seronok. Macam kanak-kanak lah pula.
Selepas menikmati buah strawberi, kami bersiar-siar di pekan Cameron Highlands untuk mencari cenderahati yang akan diberikan kepada ahli keluarga kami. Kami selesai mencari pada pukul enam petang. Selepas itu, kami terus ke pasar malam untuk membeli makanan untuk mengisi perut malam ini. Sampai sahaja di bilik hotel, aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Semasa aku keluar dari bilik air, Aaron tidak kelihatan. Puas aku mencari di serata bilik..Rupa-rupanya dia sedang sibuk menyediakan candle light dinner untuk kami berdua malam ini. Teruja aku melihatnya dan rasa tidak sabar untuk menikmati makan malam sebentar lagi. Selepas semuanya siap, giliran Aaron pula membersihkan diri. Kemudian kami bersama-sama menikmati makan malam bersaksikan pemandangan yang cukup indah berlatarkan pokok-pokok dan ladang strawberi. Kami tidur lambat malam ini kerana menonton filem inggeris bersama.
“pagi esok, jangan bangun lambat ya..kalau lambat, abang tinggal je Fasha kat sini..balik KL naik bas eh..”
“eleh..abang tu yang selalu bangun lambat..abang lambat..Fasha balik KL sorang-sorang guna kereta abang. Biar abang yang balik naik bas.” Usikku.
“okey..kita tengok siapa yang bangun lambat..lambat tinggal..”
“sampai hati ke abang nak tinggalkan Fasha kat sini? Kalau Fasha hilang abang juga yang merana.” dugaku.
“takpelah..abang boleh cari pengganti Fasha..”
“amboi..baru kahwin dah ada niat nak cari pengganti eh..jangan buat perangai lama k..”
“takdelah..abang gurau jelah..sensitif sangat lah sayang abang ni..gigit kang baru tahu.”
“perempuan..mestilah sensitif..gigitlah kalau berani..”
Lalu, Aaron terus memelukku dan mencium pipiku..
Aku bangun pada pukul tujuh pagi. setelah selesai mandi, aku terus keluar menghirup udara pagi di Cameron Highlands. Setengah jam kemudian, barulah aku mengejutkan suamiku dari tidur.
“abang..bangun abang.. dah nak dekat pukul lapan ni.. abang kata nak bertolak pukul sembilan kan.. bangulah..nanti lewat pula..”
“okey okey..abang bangun..morning sayang..nak kiss..”
“mengada lah..tak mandi lagi nak kiss..masam lah..Fasha dah wangi lah.. nanti kalau abang kiss busuk balik..hehe..sekarang tengok siapa yang bangun lambat..cakap besar..tapi akhirnya dia juga yang lambat..Fasha dah siap jalan-jalan lagi tau kat luar.”
“sayang jalan dengan siapa?”
“dengan jiran sebelah tu ha..”
“jiran sebelah? Sayang kenal ke?”
“abang ni..Fasha gurau pun percaya..mana lah Fasha kenal..jumpa pun tak pernah..merepek je lah abang ni..dah lah..wake up then pergi mandi k..kata nak sampai awal ke KL..” arahku.
“okey..”
Satu jam kemudian, kami bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, kami singgah sebentar di kedai makan untuk bersarapan. Setelah sarapan, kami terus pulang menuju ke Kuala Lumpur. Setelah enam jam perjalanan, akhirnya kami sampai di rumah Aaron yang terletak di Bangsar. Empat jam perjalanan aku telah terlena di dalam kereta. Sampai sahaja di rumah, Aaron mengejutku. Bangun-bangun sahaja aku bertanya kepadanya tentang bunga ros yang aku minta semalam.
“Abang, abang beli tak bunga ros yang Fasha suruh beli tu?”
“Alamak! Abang lupa lah sayang..so sorry.. Abang betul-betul lupa..sorry sangat-sangat. Nanti abang beli kat Florist yang ada kat KL ni je k..”
“Tak nak! Bunga ros kat KL dengan bunga ros kat Cameron Highlands lain.. abang ni tak boleh harap lah..tu pun tak boleh buat. Kata sanggup buat apa je untuk Fasha tapi benda kecil ni pun abang tak boleh buat. Bencilah!” bentakku memarahinya sambil memuncungkan mulutku..
“sorry lah..abang tak sengaja..nanti kita pergi sana lagi k..jangan lah marah..” pujuknya.
Namun aku membiarkan sahaja dirinya dibelenggu rasa bersalah. Biar! Memang padan dengan muka dia.
“Sorry again.. Tolong abang ambil barang kat dalam bonet sayang..abang dah buka dah bonet tu..” arahnya.
Lalu aku terus membuka bonet kereta seperti yang diarahkan oleh suamiku..apabila pintu bonet dibuka, terbeliak mataku melihat banyak kuntuman bunga ros pelbagai warna dalam bonet keretanya. Perasaanku bercampur baur ketika itu. Gembira, teruja dan rasa bersalah pun ada kerana telah memarahi suamiku sedangkan dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Rasa berdosa pula telah mengata yang bukan-bukan terhadap suamiku sebentar tadi. Lalu aku terus memeluknya dan meminta maaf atas kata-kataku tadi.
“abang..Fasha minta maaf..Fasha tak sepatutnya marah-marah abang macam tu tadi. Fasha tak tahu pun abang dah belikan semua ni untuk Fasha.. Abang tak beritahu Fasha pun..bila masa abang beli semua ni?”
“it’s okey..abang pun salah sebab tak beritahu sayang..tapi kalau abang beritahu dah tak surprise lah kan..abang deal dengan tauke bunga tu semalam. Suka tak?”
“of course I like..thanks so much my dear!”
“apa? Tak dengar..cakap lagi sekali..”
“thanks my dear!” ulangku sekali lagi dengan nada yang lebih manja.
“tak dengar lah sayang..repeat again..”
“mengada lah abang ni..gedik!”
“gedik-gedik pun ada orang sayang..” ucapnya sambil tersenyum.
“so, dah tak marah abang lagi lah ni?”
“tak..marah dah bertukar jadi sayang..” Godaku.
“macam ni kan bagus..sejuk sikit hati abang dengar.. lepas ni jangan marah-marah lagi tau. Buruklah sayang abang ni kalau marah. Macam nenek kebayan tahu tak?”
“jahat! Nak marah lagi lah lepas ni..biar Fasha jadi nenek kebayan. Fasha boleh cekik abang. Hehe..” balasku.
“cekik lah..kalau abang mati..Fasha juga yang merana jadi janda..” Aaron memulangkan paku buah keras kepadaku. Tapi, aku tidak membalas. Hanya mendiamkan diri sahaja lalu terus masuk ke dalam rumah kerana kepenatan. Bagasiku diangkat oleh suamiku. Setelah membersihkan diri, aku mengambil bunga-bunga ros tadi dan menghiaskannya ke dalam pasu yang akan aku letakkan di ruang tamu, meja makan dan juga dalam bilikku. Katilku juga penuh dengan bunga ros seperti malam kelmarin aku di Cameron Highlands. Malam itu, kami letih sekali dan tidur lebih awal dari selalu.
Hari ini aku akan ke rumah keluarga Aaron. Kami akan berjumpa mereka untuk menceritakan pengalaman kami di sana dan menunjukkan gambar-gambar yang telah diambil semasa kami di sana. Ketika kami sampai di rumah papa dan mama, seluruh ahli keluarga suamiku telah berkumpul untuk menyambut kepulangan kami. Tidak ketinggalan juga Sufian, kak Aishah, abang Shahir dan kak Rozita, isteri abang Shahir. Abang Shahir merupakan anak tunggal uncle Azhar. Mereka bertanyakan bagaimana suasana di sana, apa yang kami lakukan di sana dan tempat manakah yang kami lewati selama tiga hari itu..Aku dan Aaron pun menceritakan pengalaman kami di sana. Sambil bercerita, kami memberi cenderahati kepada semua yang hadir. Cenderahati untuk Ariana aku simpan dahulu kerana dia berada di Australia ketika ini. Cenderahati untuk Dr. Zahid juga aku belikan sempena persahabatan kami. Tidak ketinggalan juga, untuk Lisa dan Amir. Hari ini kami makan tengahari di rumah mama. Mama masak lauk kegemaran kami hari itu. Kami semua makan bersama sambil berkongsi cerita. Pada sebelah petang, kami meminta diri untuk pulang kerana ingin ke Sunway Piramid untuk berjumpa dengan Amir. Aku ingin memberinya cenderahati yang telah aku beli di Cameron Highlands tempoh hari. Setengah jam perjalanan, kami tiba di Sunway Piramid. Selepas sepuluh minit mencari Amir, akhirnya kami bertemu di Restoran Pizza Hut. Amir membawa seorang wanita bersamanya. Barangkali buah hatinya kot.. aku meneka sendiri.
“hai Amir.. long time no see..you apa khabar?” aku memulakan perbualan.
“hai..khabar baik..pengantin baru ni apa khabar?”
“I’m fine..thank you..hmm..tak nak kenalkan girlfriend you pada kitorang ke?” aku cuba memancingnya.
“oh..she’s not my girlfriend lah..she’s my cousin, Syira..Syira, kenalkan ini Fasha, kawan I andthis is her husband, Aaron.”
“hai..nice to meet you..”
“hai..nice to meet you too..”
“hmm..kita order dulu lah..then baru borak-borak..” arah Aaron.
“hmm..okey lah..” Jawab Amir.
Kami pun memesan pizza bersaiz large 1 dan regular 1. Selain itu, air coke, garlic bread, mushroom soup and chicken wings.
Sambil makan, kami berborak dan berkongsi cerita kerana sudah lama tidak berjumpa. Waktu itu juga aku menyerahkan cenderahati kepada Amir. Syira juga turut menerima cenderahati daripada kami walaupun tanpa dirancang. Mujurlah aku membawa cenderahati lebih hari ini kalau tak malu saja.. Tidak sampai hati pula, Amir dapat tapi Syira hanya melihat sahaja. Alang-alang aku berikannya sekali. Setelah puas berjalan di Sunway Piramid, kami terus pulang ke rumah. Malam itu, kami hanya duduk di rumah menonton televisyen dan melayari facebook untuk memuat naik gambar-gambar di hari pernikahan, persandingan dan bulan madu kami. Setelah kami memuat naik, ramai juga yang memberi komen di gambar-gambar tersebut. Tepat pukul sebelas malam kami masuk ke bilik untuk tidur. semasa aku menonton televisyen dengannya tadi, aku ada menyuarakan hasratku untuk pulang ke Johor Bahru untuk memberi cenderahati kepada ahli keluargaku dan juga ahli keluarga Lisa. Dia mengizinkan aku pergi tapi aku hanya balik seorang diri kerana dia perlu memulakan kerja esok hari memandangkan telah lama dia bercuti. Aku pula masih belum berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur kerana permohonanku untuk bertukar di Kuala Lumpur masih belum ada jawapan daripada pihak hospital. Malam itu juga aku mengemas pakaianku untuk pulang ke Johor Bahru selama tiga hari. Selepas selesai mengemas, aku terus masuk tidur kerana esok aku perlu bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk suamiku sebelum aku bertolak ke Johor Bahru.
Pagi ini aku bangun pukul enam pagi. Setelah selesai mandi, aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi kerana pukul lapan nanti aku akan segera bertolak ke Johor Bahru. Selepas selesai menyediakan sarapan, aku mengemas rumah sebentar supaya tidak kelihatan bersepah. Suamiku ini pula jenis orang yang pembersih. Pantang baginya jika melihat keadaan rumah tidak berkemas. Pasti aku akan dileternya. Setelah semuanya selesai, aku mengejutkan Aaron untuk memberitahunya yang aku akan bertolak. Semasa aku menguak pintu bilik, aku melihat suamiku sedang nyenyak tidur. Aku tidak sampai hati untuk mengejutnya lalu aku tulis sebuah nota di atas kertas yang tertulis “Abang, Fasha pergi dulu ya. Fasha tak sampai hati nak kejutkan abang. Fasha dah sediakan sarapan untuk abang. Nanti abang makan ya sebelum pergi ke pejabat.” Aku letakkan nota itu di atas meja lampu tidurku. Aku terus mencapai beg tangan dan bagasiku lalu aku keluar dan ku mengunci pintu rumahku. Setelah aku tiba di Seremban, Aaron menelefonku. Aku memasang earphone kerana waktu ini aku sedang memandu. Aku menjawab panggilannya dengan memberi salam.
“Hello, Assalammualaikum. Abang, Fasha baru je sampai Seremban.”
“Kenapa sebelum pergi tak kejutkan abang?”
“Fasha tak sampai hati lah nak kejut abang tadi. Sorry eh..abang jangan risau k..Fasha tak apa-apa. Fasha akan drive hati-hati. Abang dah sarapan belum?”
“dah..now, abang on the way ke pejabat. Thanks for the breakfast just now.”
“it’s okey.. dah memang tanggungjawab Fasha sediakan sarapan untuk abang.”
“hmm..okey lah..abang dah nak sampai ni..sayang take care tau. Ada apa-apa call abang.”
“okey.. take care too..Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Aaron mengakhiri perbualan.
Sampai sahaja di Melaka, aku singgah makan di Restoran Jejantas, Ayer Keroh. Aku memilih KFC untuk menjamu selera. Selepas makan, aku meneruskan perjalananku. Terasa penat pula memandu seorang diri. Namun, aku teruskan juga. Bosan pun ada kerana tiada temanuntukku berbicara. Hanya suara radio sahaja yang kedengaran. ERA.fm menjadi siaran radio kegemaranku. Lagu-lagu yang diputarkan di ERA.fm memang menepati citarasaku dan saat ini aku sedang melayan lagu kesukaanku iaitu ‘Hatiku Milikmu’ nyanyian Nera. Terimbau pula kenangan semasa aku melangsungkan perkahwinan dengan suamiku, Muhd Aaron Ashraff. Tiba-tiba hatiku rindu untuk mendengar suaranya. Alahai..baru tidak kurang tiga jam berpisah aku sudah mula merindukan dia.. belum lagi tigahari.. Fasha..Fasha.. Tapi, aku teruskan juga niatku untuk menelefonnya. Tidak sabar rasanya hendak mendengar suaranya yang sentiasa terngiang-ngiang di telingaku.
Setelah lama menunggu, akhirnya dia menjawab panggilanku. Mendengar caller ringtonenyayang bertajuk “Bila Aku Jatuh Cinta’ nyanyian Awi Rafael tidak membosankan aku untuk menunggu malah aku terhibur kerana lirik lagunya seakan-akan ditujukan kepadaku..
“Hello! Ada apa sayang? Sayang okey tak?” tanyanya berbunyi kerisauan.
“Fasha okey.. Fasha call abang ni sebab Fasha dah mula rindukan abang..” aku bercakap sambil mencebikkan mulutku. “Macam lah Aaron nampak muka aku waktu ini.” Kataku dalam hati.
“lah.. belum sampai satu hari dah rindukan abang? Macam mana nak berjauhan lama-lama ni? Manja betullah sayang abang ni..”
“tak nak berjauhan dengan abang lama-lama..nanti boleh mati tahu tak..”
“hai..sampai boleh mati..parah ni.. dah lah..sayang jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak..dah lah sayang..abang ada kerja nak buat sebenarnya ni..nanti dah samapai JB call abang tau. Sayang bawa laptop kan? Nanti kita skype k..” Jelasnya untuk mengakhiri perbualan.
“bawa..okey lah..abang pergilah sambung buat kerja..Fasha pun nak call abah ni.. Assalammualaikum abang.”
“Waalaikumussalam..”
Lega rasanya dapat melepaskan rindu dengan mendengar suaranya. Walaupun sekejap tapi aku gembira. Nak telefon abah lah pula.. rindu juga dengan abah yang kusayangi. Namun, dengan mama lagi aku rindu. Alangkah seronoknya kalau aku boleh bercakap dengannya waktu ini. Tentu banyak cerita yang ingin aku kongsikan dengan mama. Namun, itu semua hanyalah angan-angan belaka. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan untuk mama ketika ini.
Lebih kurang enam jam perjalanan, aku selamat sampai ke rumahku yang terletak di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Sesampai saja aku di rumah, aku disambut mesra oleh abah yang sedang mendokong anak saudaraku, Mia. Rupanya pengetahuan abah tentang aku akan pulang ke Johor Bahru disampaikan kepada abang Farish dan juga kak Elena. Mereka menyambutku dengan pelukan mesra termasuk anak saudaraku. Dia memelukku erat dan meminta aku mendokongnya seperti sudah bertahun saja tak jumpa. Rindu agaknya. Abang Farish tolong mengangkat bagasiku dan membawanya masuk ke dalam rumah. Aku terus duduk di ruang tamu untuk menghilangkan rasa penat memandu seorang diri. Kak Elly datang menegurku.
“Fasha dah makan belum? Kalau belum makan kak Elly boleh sediakan makanan untuk Fasha. Tentu Fasha lapar kan memandu jauh tadi.” Tanya kak Elly. Namun, aku masih berasa kenyang kerana di KFC tadi aku memesan set Snack Plate dan Cheezy Wedges kerana itu memang menu kegemaranku apabila makan di KFC.
“Takpe lah kak Elly.. masih kenyang lagi sebab kat Melaka tadi Fasha dah berhenti makan kat KFC Restoran Jejantas.”
“Oh..kalau macam tu kak Elly buatkan air je k..Fasha suka air jambu batu kan.. Sekejap eh..kak Elly buatkan.”
“Terima kasih kak Elly.”
Mia masih lagi di pangkuanku meminta untuk dibelai dan melayan kerenahnya. Anak kecil ini terlalu rindu dengan maksunya kerana sudah agak lama tidak berjumpa. Abang Farish yang melihat kerenah Mia melarang Mia berbuat begitu kerana kasihankan aku yang sedang keletihan.
“Mia..jangan kacau maksu sayang.. maksu penat lah..mari kat papa sini..” Abang Farish mengarahkan anaknya turun dari pangkuanku.
“takpelah Abang..Fasha tak kisah.. maksu pun rindu sangat kat anak saudara maksu yang comel sangat ni tau..” kataku sambil mencium pipi Mia yang tembam itu.
Abah memulakan perbualan dengan bertanyakan bagaimana percutian bulan maduku..
“Sha..macam mana bulan madu di Cameron Highlands? Seronok tak?”
“Seronok sangat bah..banyak tempat-tempat yang menarik kat sana. Fasha pergi Ladang teh, ladang bunga ros, ladang strawberi..macam-macam lagi lah..” Aku bercerita sakan dengan abah, abang dan juga kakak iparku. Mereka kelihatan terhibur mendengar ceritaku. Sambil bercerita, aku menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa di sana. Kemudian kak Elly menyampuk.
“Takde souvenier ke untuk kami?”
“mestilah ada..mana boleh takde..tunggu sekejap eh..Fasha ambil dalam bagasi. Abang Farish letak kat mana bagasi Fasha?” tanya ku kepada abang Farish.
“abang letak kat hujung sebelah almari kaca tu.. jumpa tak?”
“oh..jumpa..jumpa..sekejap eh..”
Aku datang membawa hadiah-hadiah yang aku beli untuk mereka. Abah, abang Farish, kak Elly dan Mia ku hadiahkan sehelai T-shirt yang bercorak tulisan Cameron Highlands dan setiap seorang mendapat sekotak buah stawberi beserta coklatnya sekali. Tapi, kak Elly dan Mia ada keistimewaan sedikit kerana kak Elly turut ku beri bunga ros berwarna merah, putih, kuning dan merah jambu manakala Mia aku memberinya sepasang hat bewarna pink yang merupakan warna kegemarannya. Sama sepertiku. Mereka kelihatan sangat gembira dengan pemberianku ini. Aku juga turut berpuas hati kerana mereka menghargai pemberianku yang tidak seberapa ini.
“terima kasih Fasha.. Abah bangga dengan anak abah yang seorang ni.. walaupun sudah mendapat suami yang kaya namun Fasha masih tak lupakan kami.”
“sampai bila-bila Fasha takkan lupakan keluarga Fasha sebab keluaga Fasha lah Fasha mampu hidup bahagia tau. Abah janganlah cakap macam tu..Fasha pun berbangga dapat seorang ayah yang macam abah tau. Lagipun..hadiah ni semua bukan guna duit Aaron. Fasha beli dengan duit Fasha sendiri.”
“lah..Aaron tak bagi Fasha duit ke?” tanya abang Farish.
“tak lah..bukan macam tu..Aaron memang ada bagi Fasha duit untuk beli semua ni tapi Fasha tolak sebab Fasha nak hadiahkan keluarga Fasha guna duit hasil titik peluh Fasha sendiri.” Terangku.
“oh..” Serentak mereka bersuara.
Tiga jam kami berbual, jam sudah menunjukkan hampir pukul enam petang. Aku meminta diri untuk naik ke atas. Setelah selesai membersihkan diri dan solat, aku turun ke bawah untuk menolong kak Elly menyediakan juadah makan malam. Pukul lapan malam, kami semua makan malam bersama. Selepas makan malam selesai, abang Farish dan kak Elly meminta diri untuk pulang kerana keesokkan harinya mereka akan bekerja. Tinggallah aku berdua dengan abah. Abah sedang leka menonton berita manakala aku sedang sibuk melayari facebook dan skype. Aku membuat video call dengan suamiku melalui skype. Lama juga kami berbual sehinggakan aku tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Aku meminta izin untuk tidur kerana esok pagi aku perlu menyediakan sarapan untuk abah sebelum abah pergi ke Universiti Teknologi Mara tempatnya mengajar. Sebenarnya universiti itu tidak lah jauh dari rumah kami. Lima minit sudah boleh sampai. Tapi, abah sering keluar awal untuk lebih bersiap sedia memulakan sesi pembelajaran. Jika kelasnya bermula pada pukul lapan pagi, pukul tujuh pagi abah sudah sampai ke universiti. Lebih awal daripada pelajar-pelajarnya.

Selepas mandi dan solat subuh, aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk abah. Menu sarapan hari ini ialah nasi goreng, nugget ayam, drummet dan juga air teh. Abah turun ke bawah pada pukul tujuh pagi. lambat pula hari ini. Mungkin sebab aku ada di sini kot..
“Morning abah.. mari sarapan jom..Fasha dah buatkan nasi goreng untuk abah.” Ajakku.
“Morning sayang.. okey.. abah pun dah lambat ni.. terlewat bangun pula hari ini. Sempat Fasha masak.. bangun pukul berapa tadi?” tanya abah.
“Fasha bangun pukul lima setengah.. Sebenarnya, bahan-bahan nasi goreng ni Fasha dah sediakan daripada semalam supaya hari ni tak lah kelam-kabut sangat. Kalau cepat-cepat nanti tak sedap. Cincai. Hehe..” jelasku pada abah yang nampak kehairanan.
“pandai anak abah ni masak..sedap..sama macam mama masak..belajar dari mama eh?”
“mestilah.. “ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..”masa mama ada dulu, Fasha selalu tengok mamak masak. Sambil-sambil tu Fasha belajar lah.. tapi tak lah sehebat mama.. masakan mama lagi sedap kan..tu yang buat abah tak nak makan kat luar kan..” usikku.
“ye lah..masakan mama Fasha ni takde tandingan. Harap anak abah ni pun macam mama juga. Buat suami sampai tak nak makan kat luar tau. Asyik nak makan masakan air tangan isteri je..tapi jangan buat nasi kangkang pula. Abah tak ajar anak abah macam tu..”
“ye lah bah.. Fasha pun tak nak buat macam tu tau.”
Abah hanya tersenyum melihat gelagatku.
Pukul 7.30 pagi abah pergi ke kampus. Selepas menghantar abah ke pintu pagar, aku terus masuk ke dalam untuk mengemas rumah abah yang kelihatan sudah lama tidak dibersihkan. Dari menyapu, kemudian aku mengemop lantai, mengelap almari-almari yang penuh dengan habuk, membasuh baju, meyidai baju dan akhir sekali aku memasak untuk makan tengahari nanti sebab kata abah dia akan pulang makan tengahari di rumah. Aku membuka peti sejuk untuk melihat lauk apa yang boleh dimasak. Kemudian, aku membuat keputusan untuk memasak tomyam, paprik ayam dan sayur kailan goreng ikan masin. Salah satu lauk kegemaran suamiku ialah tomyam campur. Sebelum aku mula memasak, telefon bimbitku berdering. Aku segera mencapai telefon bimbitku yang aku letak di atas kabinet dapur. aku terus menjawab panggilan itu kerana panggilan itu daripada suamiku, Aaron.
“Hello, Assalammualaikum.. abang! I miss you!” aku memulakan perbualan dengan nada yang manja.
“waalaikumussalam..sayang tengah buat apa tu? Dah sarapan belum?”
“baru nak masak untuk makan tengahari nanti.. abah balik makan kat rumah nanti. Dah sarapan dah tadi. Cuba abang teka Fasha nak masak apa sekejap lagi?”
“teka eh.. hmm.. favourite abang, tomyam campur. Betul tak?” tekaanya tepat sekali.
“betul! Pandai sayang Fasha ni teka..tak terliur ke?”
“mestilah terliur..lauk favouriteabang tu.. bestnya kalau abang ada kat sana. Pos kat sini sikit boleh tak?”
“boleh..nanti Fasha pos laju kan untuk abang eh..hehe..” aku bergurau dengannya sambil ketawa.
“abang tengah buat apa tu? Dah sampai office?”
“dah sampai dah..baru sampai..abang masuk lambat hari ni sebab abang pergi bank bayar duit kereta abang dan kereta Fasha.”
“abang bayarkan untuk kereta Fasha sekali? Kenapa abang bayar? Fasha boleh bayar sendiri lah abang..”
“Takpelah..dah tanggungjawab abang..kalau Fasha tak suka.. Fasha boleh gantikan dengan bayar bil Astro dan duit maintanence k.. setuju?”
“okey..tapi berapa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan duit kereta Fasha abang.”
“hai..orang nak senangkan dia. Dia tak suka pula..apalah..pelik lah isteri abang ni..kalau perempuan lain dah happy dah bila dapat tahu gaji dia tak akan diusik tapi Fasha ni lain lah..gaji selebihnya tu kan Fasha boleh buat shopping puas-puas nanti. Perempuan kan suka shopping kan..nanti abang temankan Fasha shopping k..tapi Fasha kena belanja abang makan..baru adil..boleh?”
“okey..tapi tunggu Fasha balik KL k..kita pergi shopping kat Pavillion tau. Fasha nak shopping sakan kat sana.”
“amboi..tadi beria sangat membantah cakap abang..tapi sekarang dia pula yang beria-ia..sayang..sayang..macam-macam kerenahlah..okey lah abang kena letak telefon ni..papa akan masuk bilik abang sekejap lagi. Ada hal nak dibincangkan tentang projek RM20 juta tu..”
“wow! Banyak tu..okey okey..Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Setelah mematikan talian, aku terus memulakan kerja memasak. Bermula daripada tomyam dan paprik kemudian barulah aku goreng sayur. Aku selesai masak pada pukul dua belas tengahari. Setelah segalanya tersedia di atas meja. Aku mendengar bunyi loceng berbunyi menandakan abah telah pulang. Aku terus membuka pintu. Kelihatan abah keletihan. Aku terus mengajak abah makan tengahari. Hanya kami berdua ketika itu. Selepas selesai makan, kami berehat sebentar menonton berita di televisyen kemudian kami menunaikan solat zohor berjemaah. Pada pukul dua petang, abah pergi semula ke kampus untuk memulakan kelas petang pada pukul tiga nanti.Selepas menghantar abah ke pintu pagar aku terus mengambil laptop ku untuk melayari facebook danberbual dengan Lisa di skype. Agak lama juga kami berbual di skype. Selepas aku berbual dengan Lisa, aku terus bersiap untuk rumah Lisa untuk memberinya cenderahati yang ku beli di Cameron Highlands tempoh hari. Aku mengenakan baju blouse rona coklat dengan seluar palazzo rona yang sama. Aku hanya mengenakan solekan ringkas kerana aku tidak ingin terlihat over di mata ayah dan mamanya nanti. Setengah jam kemudian aku turun ke bawah dan terus memasuki kereta untuk segera ke sana. Tapi sebaik sahaja aku memulakan perjalanan, aku teringat akan cenderahati yang aku ingin berikan kepada Lisa. Cenderahati itu tertinggal di dalam bilikku. Aku segera mematah balik untuk mengambil barang tersebut. Mujurlah perjalananku masih belum jauh.Lima minit kemudian, aku tiba juga di rumah. Aku terus naik ke atas dengan tergesa-gesa untuk mengambil barang yang tertinggal. Setelah mencapai barang tersebut aku memulakan perjalanan semula. Dua puluh minit perjalanan, akhirnya aku tiba di rumah Lisa yang terletak di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Sampai sahaja di sana, aku disambut mesra oleh Lisa yang telah menunggu aku di hadapan rumahnya. Lisa menjemput aku masuk ke dalam dan bertemu dengan keluarganya. Aku memberi salam dan terus meluru ke arah ayah dan mamanya untuk bersalam. Setelah itu, Lisa meminta izin ke dapur untuk menyediakan minuman untuk aku. Lisa menghidangkan empat cawan air teh ‘o’ dan sepinggan cupcake perisa coklat sebagai juadah minum petang. Kami pun menikmati makanan yang dihidangkan sambil bercerita tentang bulan madu aku di Cameron Highlands. Sambil bercerita, aku sekali lagi menunjukkan gambar-gambar yang telah di ambil semasa aku di sana. Masuk ni, dah lima kali rasanya aku menunjukkan gambar-gambar ini kepada orang ramai. Dah macam photographer lah pula.. Setelah tiga jam di rumah Lisa, aku meminta izin untuk pulang kerana aku yakin abah tentu sudah balik waktu ini. Pukul 6.20 minit, aku sampai di rumah. Betul sangkaanku abah memang sudah pulang. Tapi abah tiada di ruang tamu. Mungkin di biliknya agaknya. Aku pun terus naik ke atas untuk membersihkan diri. Malam ini abah mengajakku makan malam di luar kerana esok pagi aku sudah hendak pulang ke Kuala Lumpur. Abah mengajakku ke Restoran Singgah Selalu yang terletak di Kotaraya. Malam ini aku ingin belanja abah tapi abah menolak. Katanya, kali ini biar dia yang belanja dengan alasan sebab dah lama tak belanja aku makan. Ada-ada je lah abah aku ini. Geli hati aku dibuatnya. Pukul 8.30 malam, kami bertolak. Selepas turun dari kereta, kami berjalan sambil aku memimpin tangan abah. Jika orang yang tidak mengenali kami tentu akan menyangka yang abah ni teman lelakiaku kerana abah kelihatan awet muda. Kami memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai. Hidangan yang disediakan di restoran ini semuanya berkonsepkan buffet. Aku memilih nasi beriani daging kambing untuk mengisi perutku malam ini manakala abah pula mengambil nasi putih dan lauk ayam masak merah. Selepas menjamu selera, kami berjalan-jalan sebentar di Pasar Karat yang terletak di Bandar Johor Bahru. Malam-malam ahad begini memang ramai pengunjungnya kerana Pasar Karat ini banyak menjual barang-barang yang murah daripada pakaian sehinggalah ke makanan. Memang banyak kedai yang terdapat di sini. Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli belah sambil mencuci mata di sini. Aku membeli baju untukku dan juga untuk suamiku. Kemudian, aku membeli perhiasan rumah, aksesori dan sedikit hadiah untuk keluarga mertuaku, abah dan juga Mia, anak saudara kesayanganku. Semasa aku sedang leka memilih barang perhiasan, aku mendapat panggilan dari papa. “ada apa papa telefon aku malam-malam ni?” soalku dalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum papa..ada apa papa telefon Fasha ni?” aku memulakan perbualan.
“Fasha..Aaron accident petang tadi dalam perjalanan balik ke rumah. Sekarang ni dia dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri.” Jelas abah tercungap-cungap.
“apa papa? Habis tu dia macam mana sekarang? Teruk tak pa? Aaron accident kat mana pa? ” tanyaku kaget. Habis barang-barang yang ku pegang terjatuh di lantai. Abah yang mengutipnya semula.
“he’s still coma Fasha.. ada pendarahan dalam kepalanya. Dia accident kat Wangsa Maju. Ada sebuah kereta terbabas terus merempuh kereta Aaron. Aaron terlanggar pokok. Itu sebablah bahagian kepalanya teruk.”
“astaghfirullahalazim..macam mana lah keadaan dia sekarang ni.. Fasha akan balik KL malam ni juga.”
“Tapi kan dah malam..takkan Fasha nak drive sorang-sorang malam-malam macam ni? Nanti Aaron dah okey fasha pula yang masuk hospital. Janganlah Sha..”
“Tapi Fasha boleh balik dengan abah..papa jangan risau k..Fasha okey..”
“baiklah kalau macam tu..tapi ingat, drive elok-elok tau.. jangan kelam kabut.” pesan papa.
“baiklah papa..terima kasih papa.”
“sama-sama.. Assalammualaikum..”
Aku mematikan talian dengan perasaan yang masih bercelaru ketika ini. Aku tidak menyangka orang yang aku sayang akan terlibat dengan kemalangan. Aku terus memberitahu papa tentang Aaron dan meminta papa untuk menemaniku balik ke KL malam ini.
“abah..Aaron kemalangan petang tadi masa dia dalam perjalanan balik ke rumah. Dia kemalangan kat Wangsa Maju. Bahagian kepalanya teruk. Abah teman Fasha balik KL malam ni boleh tak?” rayuku meminta agar abah menemaniku malam ini.
“Takpe lah biar abah yang drive malam ni. Fasha berehat je k..tenangkan fikiran. Abah tak benarkan Fasha memandu dalam emosi yang terganggu macam ni. Bahaya!” abah menawarkan untuk membantuku malam ini.
“terima kasih abah. Kita balik sekarang.” Pintaku agar cepat kami bertolak ke Kuala Lumpur.
Empat puluh minit kemudian, kami sampai di rumah. Mujurlah jalan tidak sesak malam ini.
Setelah selesai memasukkan pakaian ke dalam bagasi, kami masuk ke dalam kereta. Setelah menghidupkan enjin, abah terus meluncur laju menuju ke highway. Tidak sampai hatinya melihat aku yang sedang dalam kesedihan. Ketika ini aku hanya mampu berdoa semoga suamiku selamat. Amin..
Setelah setengah jam perjalanan, abah membuat panggilan. Bunyinya seperti abah bercakap dengan atasannya. Barangkali dia meminta cuti agaknya. Selepas itu, abah membuat satu panggilan lagi. kali ini kedengaran seperti dengan palajarnya. Dia mengatakan bahawa kelas pagi dan petang esok akan dibatalkan kerana kes kecemasan. Rasa bersalah pula, gara-gara aku abah terpaksa membatalkan kelas untuk pelajar-pelajarnya. Namun, abah yang bersetuju untuk menemaniku. Risau juga dia jika aku memandu sendirian waktu malam-malam begini. Jauh pula tu..
Aku pula mendail nombor abang Farish untuk memberitahunya tentang Aaron. Selepas itu, aku mendail pula nombor Lisa. Lisa sangat terkejut mendengar berita ini. Dia seperti ingin melawat Aaron sahaja tapi dia tidak boleh meminta cuti memandangkan dia baru meminta cuti baru-baru ini. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, kami terus ke hospital tempat Aaron dirawat. Aku terus mendapatkan mama lalu memeluknya dengan erat. Mama cuba menenangkan aku supaya tabah menerima ujian ini. Sebaik sahaja doktor yang merawat Aaron keluar, aku terus mendapatkannya. Dr. Zahid! Kawan baikku semasa di universiti dulu yang merawat suamiku.
“Fasha! So, Aaron ni suami you lah?” tanya Dr. Zahid padaku kerana masa hari perkahwinanku dia tidak dapat hadir kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Malah, nama suamiku juga dia tidak tahu.
“yes! He’s my husband. Macam mana keadaan suami i Zahid?” tanya ku meminta kepastian.
“Now, he stable. Just kepalanya saja mengalami pendarahan. Tapi, you jangan risau, dia okey..”
“I boleh melawat dia tak sekarang?”
“boleh..you dah boleh melawat sekarang. Tapi jangan buat dia rasa terganggu. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Jelas Dr. Zahid.
“okey..terima kasih Zahid.” Ucapku.
Selepas Dr. Zahid berlalu, aku memberi isyarat tangan kepada mama yang menandakan aku ingin masuk ke bilik Aaron. Selepas aku masuk, aku terus memeluk erat suamiku. Sedih hatiku melihat wayar-wayar penuh pada tubuhnya. Aku mengenggam kuat tangannya tanda tidak ingin berpisah dengannya. Sudah lah dua hari aku tidak bertemunya lalu aku harus bertemunya dalam keadaan begini. Perasaanku kala ini hanya Allah saja yang tahu. Setelah puas aku melihatnya, aku keluar untuk bercakap dengan mama.
“mama, boleh tak malam ni Fasha nak jaga Aaron kat sini?”
“boleh..dah memang tempat isteri di sisi suami kan? Lagipun dah menjadi tanggungjawab Fasha untuk menjaga suami yang sedang sakit. Mama izinkan. Tapi sure Fasha boleh stay sorang-sorang malam ni? Tak nak sesiapa temankan Fasha?” tanya mama.
“Takpe mama. Fasha okey. Mama tak perlu risau k.. pandailah Fasha jaga diri nanti.”
“baiklah..kalau macam tu, mama, papa dan abah kamu balik dulu ya. Jangan risau, abah Fasha akan bermalam di rumah kami malam ni..esok pagi kami datang lagi ya..jaga diri baik-baik.”
Selepas kelibat mereka hilang dari pandangan, aku kembalisemula ke bilik untuk menemani suamiku. Malam ini aku akan memberikan perhatian sepenuhnya pada suamiku. Mujurlah dalam bilik ini disediakan sofa untuk pelawat berehat. Malam ini aku tidur di sofa. Tapi, aku tidak dapat terlena kerana terlalu risaukan keadaan suamiku. Manalah tahu bila aku terlena nanti suamiku mulai sedar. Mataku masih ligattidak mahu terpejam. Akhirnya aku terlena pada pukul tiga pagi.

Keesokkan harinya, aku sedar pada pukul enam pagi. Aku lihat suamiku masih belum sedar juga. Aku bangun perlahan-lahan untuk menuju ke tandas. Kepalaku terasa sangat pening. Mungkin tidak cukup tidur agaknya. Maklumlah aku hanya tidur tiga jam sahaja. Namun, aku teruskan juga niatku untuk ke bilik air. Aku mandi dan menunaikan solat subuh. Mujurlah telekungku ada simpan di dalam beg. Selepas menunaikan solat subuh, aku duduk di sisi suamiku sambil mengusap-usap rambutnya. Sayang benar aku dengan lelaki ini.Pada pukul lapan pagi, Dr. Zahid sudah muncul untuk memeriksa keadaan Aaron. Aku diarahkan keluar bagi memberi mereka ruang untuk memeriksa suamiku. Aku akur kerana aku tahu itu sudah menjadi salah satu procedure yang perlu dipatuhi oleh seorang pelawat apabila doktor sedang memeriksa pesakit. Aku mengambil peluang untuk ke kafeteria bagi mengisi perutku yang sudah berkeroncong minta untuk diisi. Aku mengambil sekeping roti dan minum secawan air milo sahaja bagi mengembalikan tenagaku. Itupun roti tidak aku habiskan. Hanya menjamahnya sedikit sahaja. Aku tidak berselera pagi itu. Semasa dalam perjalanan ke bilik, telefon bimbitk berbunyi. Lisa menelefonku untuk bertanya khabar Aaron. Aku hanya mengatakan yang Aaron masih belum sedar. Selepas itu, abah pula menelefonku. Dia memberitahu bahawa mereka akan sampai pada pukul sepuluh pagi nanti. Selepas mematikan talian, aku terus masuk ke bilik semula. Tangan Aaron masih berada dalam genggamanku. Abah, mama dan papa datang seperti yang telah di janjikan. Keluarga uncle Azhar juga turut datang bersama Sufian dan kak Aishah. Masing-masing sibuk bertanyakan khabar Aaron. Selepas satu jam mereka di sini, aku meminta izin untuk pulang sebentar ke rumahku. Mama izinkan dan mama akan menggantikanku untuk menjaga Aaron. Tengahari itu giliran mama pula menjaga anak kesayangannya. Aku sampai di rumah setengah jam kemudian, aku segera ke bilikku untuk mengambil sedikit barang dan tidak lupa juga cenderahati yang akan kuberikan kepada Dr. Zahid.
Pukul satu petang, aku sudah kembali ke hospital. Aku lihat mama masih tidak berganjak dari kerusi di sebelah katil Aaron. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya terlantar di hospital. Aku tidak terus masuk ke bilik tapi aku terus mencapai telefon bimbitku di dalam beg tangan dan segera mendail nombor telefon Dr. Zahid untuk mengajaknya makan tengahari denganku walaupun aku tiada selera untuk makan.
“Assalammualaikum..Zahid ke tu?” aku bertanya inginkan kepastian kerana sudah agak lama aku tidak menelefon nombor itu. Manalah tahu kalau-kalau dia sudah tukar nombor telefon. Namun sangkaanku meleset. Memang Zahid yang menjawab panggilan itu.
“Waalaikumussalam..ada apa Fasha?”
“ingat lagi younombor telefon I ek? youfree tak sekarang? I ingat nak ajak you lunch lah..i ada something nak bagi. Boleh tak? Sekejap je sebab I pun tak boleh lama. I nak jaga suami i.”
“oh..bolehlah..i pun kebetulan nak keluar lunch ni..memang sekarang ni waktu lunch i..jom lah..i tunggu di kafeteria k..”
“okey..” balasku.
Sepuluh minit kemudian, aku sampai di kafeteria. Semasa aku sampai, Dr. Zahid sudah pun menungguku di meja yang agak jauh dari pintu utamanya. Aku terus pergi ke arahnya.
“hai..dah lama tunggu ke?”
“tak lah..baru lima minit je..hmm..nak makan apa? I ambilkan.”
“no, thank you! Actually, I takde selera nak makan.. I order minum jelah..i nak soya bean..” Pintaku.
“tapi kalau you tak makan nanti you pula yang sakit. Kalau you sakit, siapa nak jaga husband you?” tegurnya.
‘it’s okey.. I bungkus je nanti. you makan lah..i temankan..”
“okey..up to you.” Dr. Zahid kelihatan seakan marah dengan kedegilanku.
“so, barang apa yang you nak bagi pada I ni?”
“hmm..cenderahati daripada Cameron Highlands. Hari tu, I honeymoon kat sana. Sempat juga lah belikan untuk you.. ambillah. I harap you suka.” Aku menghulurkan barang itu kepadanya.
Dia mengucapkan terima kasih dan berkata “ingat juga you kat I ek..ingatkan dah kahwin dah lupa I dah. Thanks again. I very very appreciate it.”
“most welcome. No lah.i tak pernah lupakan you even I dah kahwin tau. You tu je yang lupakan i..lagipun, you kan bakal adik ipar i..so, mana boleh I lupakan you. Marah Ariana nanti tau.” Usikku sambil ketawa.
“merepek jelah you ni..i tak pernah lupa you lah..cakap pasal Ariana..dia tahu tak abang dia terlantar kat hospital sekarang ni?” tanya Dr.. Zahid.
“dia tahu tapi dia tak dapat balik sebab tengah exam. Dia hanya boleh lihat gambar abangnya melalui facebook je..kesian kan?”
“nak buat macam mana.. dah examkalau tak still boleh ambil cuti.”
Setelah dapat meluangkan masa dengannya, aku mengambil kesempatan untuk bertanya kepadanya perihal suamiku. Dia hanya mampu berkata, “Just wait and see.. jangan risau, I yakin akanada keajaiban untuknya.” Walaupun kata-katanya amat ringkas namun dapat menenangkan hatiku yang sedang kesedihan ini. Setelah Dr. Zahid pergi, aku ke kaunter untuk memesan nasi bungkus. Sampai sahaja di bilik, aku melihat mama masih di situ. Mama bertanya “Fasha dah makan?”
Aku menjawab, “belum mama. Takde selera lah..tapi Fasha dah beli nasi bungkus tadi. Nanti kalau Fasha lapar, Fasha makanlah. Mama dah makan?” tanyaku pula.
“belum..sekejap lagi mama makan lah..mama pun takde selera sekarang ni..”
“tapi mama kena makan..kalau tak, perut mama masuk angina nanti, lagi susah. Mama pergilah makan dulu ya. Fasha boleh jaga Aaron.” Paksaku.
Akhirnya mama akur dan mengajak ahli keluarga yang lain pergi ke kafeteria untuk makan tengahari. Kini, giliran aku pula menjaga suamiku. Semasa aku sedang berbual-bual dengannya dan mengingatkan dia kenangan sewaktu bulan madu kami dulu, tiba-tiba jarinya bergerak. Tanpa berlengah aku terus memanggil doktor yang merawat suamiku untuk memeriksa keadaannya. Tidak lama kemudian, muncul Dr. Zahid dan beberapa orang lagi jururawat. Aku diarahkan keluar sebentar untuk memberi mereka ruang bagi menjalankan tugas mereka. Aku pun membuka pintu bilik dan menunggu di depan pintu dengan hati yang resah. Suamiku sedah sedar ke? Dia tak apa-apa ke? Pelbagai persoalan yang bersarang di kepalaku. Beberapa minit kemudian, Dr. Zahid keluar dan memberitahuku berita gembira bahawa suamiku telah sedar dan kata Dr. Zahid lagi suamiku sudah boleh diberi makan dan minum tapi hanya yang diberi oleh pihak hospital sahaja. Dia memberitahu sebentar lagi akan ada orang yang akan menghantar makanan untuk suamiku. Aku berasa sangat gembira dengan berita ini. Syukur Alhamdulillah.. Aku terus masuk ke bilik semula untuk berjumpa dengan suamiku. Aku mengenggam tanganya sambil berkata “Alhamdulillah abang dah sedar..abang, Fasha rindukan abang..abang rindukan Fashatak?” tanyaku.
“mestilah abang rindu..abang minta maaf sebab buat sayang susah hati..terima kasih sebab jaga abang selama abang koma dan abang minta maaf sekali lagi sebab dah menyusahkan sayang..”
“shhh!”Aku meletakkan jari telunjukku di mulutnya. “Kenapa abang cakap macam tu? Dah menjadi tanggungjawab Fasha untuk jaga abang. Lagipun ini semua bukan kehendak kita kan.. dah takdir abang begini.. Fasha redha je.. hari-hari Fasha doakan abang supaya cepat sembuh.. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa Fasha..abang jangan banyak bergerak k badan abang masih lemah.. kalau abang masih letih, abang tidurlah dulu Fasha temankan.”
“takpe lah..abang nak berbual dengan Fasha.. dah lama tak dengar suara sayang abang ni..”
Kami pun berbual sehingga dia terlena. Tidak lama selepas Aaron tidur, ahli keluargaku masuk ke bilik. Aku memberitahu mereka bahawa Aaron telah sedar. Mereka mengucapkan syukur dan berasa sangat gembira. Papa terus menelefon anak bongsunya, Ariana untuk memberitahu tentang berita gembira ini. Selepas mereka berbual sekejap denganku, mereka meminta izin untuk pulang dahulu ke rumah memandangkan Aaron sudah menunjukkan reaksi positif. Papa pula perlu ke pejabat untuk menguruskan urusan yang tertangguh. Abah ku pula balik ke rumahku untuk berehat. Petang nanti baru abah ke sini semula. Semasa aku sedang leka membelek majalah ‘Wanita’ yang terdapat di dalam bilik ini, tiba-tiba pintu bilik dikuak. “Siapa pula yang datang melawat suamiku ni?”soalku dalam hati. Selepas pintu dikuak, muncul seorang wanita muda dan boleh tahan orangnya. Dia datang membawa sejambak bunga lili putih untuk diberikan kepada suamiku. Dia terus meluru ke arah suamiku dan meletakkan bunga di atas meja tanpa melihat aku yang sedang duduk di sofa. Kemudian, aku terus bertanya kepadanya “maaf, cik ni siapa ya? Apa hubungan cik dengan suami saya?”
“I Shila..teman wanita Aaron. Sorry, you ni wife dia ke? Nice to meet you. For your information, I ni girlfriend dia..boleh tolong keluar sekejap tak? I nak berbual dengan Aaron..” pintanya dengan suaara yang tergedik-gedik. Namun aku tidak menghiraukan permintaannya. Kenapa pula aku patut keluar dari sini. Aku isterinya. Aku lebih berhak berada di sini daripadanya. Aku buat tidak tahu sahaja dan masih tidak berganjak dari situ. Kemudian dia naik berang dan terus memarahiku. “you ni pekakkeapa? I cakap I suruh you keluar kan? You degil sangat ni kenapa?” bentaknya.
“cik, dia suami saya. Cik tak berhak nak halau saya sesuka hati. Saya isterinya, saya lebih berhak ada kat sini daripada cik ni yang entah dari mana datangnya. Lagipun, suami saya sedang tidur. Cik tak boleh ganggu dia sebab dia perlukan rehat yang secukupnya. Faham?!” balasku dengan nada yang agak keras sehingga membuatkan suamiku tersedar dari tidurnya.
Dia membuka matanya perlahan-lahan dan terlihat Shila yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Shila? You buat apa kat sini?”
“Aaron..i datang melawat you lah.. tapi isteri you ni tak bagi I tengok you. Dia marah i..” suranya sengaja dimanja-manja kan untuk membuat aku cemburu. Tapiaku langsung tiada perasaan cemburu. Untuk apa cemburu dengan perempuan yang macam ni?? Buang masa aku saja.
“Shila..i rasa better you balik..i tak perlukan you di sini. You datang makin buat I sakit je..better you balik sebelum I sendiri yang akan halau you.”
“Sayang..i susah-susah datang kat sini you suruh I balik..sampai hati you.”
“I tak suruh pun you datang..you baliklah..i tak nak isteri I fikir yang bukan-bukan..please.. and I tak suka bunga lili putih tu. So, you keluar nanti you bawa sekali bunga tu eh.. I tak suka!”
Shila terus bangun dan menunjukkan reaksi tidak puas hati. Dia membaling bunga ke mukaku dan sengaja melanggar bahuku tanda protes. Aku menolehnya sambil menjelingnya tajam. Dalam hatiku berkata “perempuan apalah macam ni..tak tahu malu ke? Sudah lah datang tidak diundang mengaku bercinta dengan suami orang pula tu..memalukan kaum perempuan sahaja.”
“Sayang..mari sini duduk sebelah abang..”
Aku tidak terus pergi ke arah suamiku kerana aku ingin mengelap mataku yang basah yang entah bila ia mengalir. Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir selepas teringat semula kata-kata Shila yang masih terngiang-ngiang di telingaku. Betulkah Shila itu teman wanita suamiku? Kalau betul kenapa Aaron melayannya begitu? Atau kah Shila yang hanya syok sendiri dan ingin menyakitkan hatiku? Ah! Aku tidak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Aku perlu mempercayai suamiku sendiri. Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perkahwinan. Tapi aku juga ingin suamiku jujur denganku tentang Shila. Kejujuran juga tak kurang pentingnya dalam melayari rumahtangga yang bahagia. Selepas aku pasti air mataku sudah tiada aku duduk di sebelah suamiku..dia menggengam tanganku dan berkata, “sayang..sayang jangan percaya dengan Shila tu k..dia memang pernah jadi teman wanita abang tapi tu dulu sebelum abang kahwin dengan sayang..sayang jangan fikir yang bukan-bukan eh..sayang percayakan abang..hanya sayang je yang bertakhta dalam hati abang.”
Aku mengangguk-angguk kan kepalaku sambil berkata, “abang jangan risau, Fasha percayakan abang. Abang janganlah fikir sangat, abang kena banyak berehat. Nanti ada orang datang hantar makanan, abang kena makan tau. Perut abang tu dah lama tak diisi.” Pesanku.
“okey sayang..abang makan..tapi sayang kena suapkan tau. Barulah abang selera. Dua pinggan pun abang boleh habiskan.” Guraunya.
“orang tu hantar satu pinggan je lah..” balasku sambil tersenyum.
“sayang..boleh tolong abang tak?”
“tolong apa abang?”
“tolong buang bunga tu kat tong sampah luar boleh tak? Sakit mata lah abang tengok bunga tu..please sayang..”
“abang…bunga tu tak salah lah.. pengirimnya yang salah.” Pujukku.
“sayang..buang je lah..sayang nak tengok abang sakit lagi ke?” rayunya.
“okey..Fasha buang sekarang.”
Aku pun keluar untuk membuang bunga tersebut tapi rasa sayang pula. Aku memang suka bunga tak kira lah bunga jenis apa pun. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku ambil bunga ni dan meletakkannya di dalam pasu rumahku. Tapi mengenangkan suamiku tidak suka bunga lili putih, aku melupakan terus niatku. Tapi betulkah dia tidak suka? Ataupun hanya alasannya sahaja. Aku tidak jadi untuk membuangnya ke dalam tong sampah lalu aku letakkannya di atas kaunter jururawat bertugas. Elok juga tempatnya di situ. Selepas meletakkannya, aku segera masuk ke bilik semula.
Aaron bertanya, “sayang dah buang dah bunga tu?”
“dah..”
Tidak lama selepas itu, orang yang menghantar makanan sampai. Setelah semuanya diberi, aku menyuapkan suamiku makan. Selepas itu, dia terlena. Aku juga turut terlena kerana mengantuk. Pukul enam aku tersedar kerana Sufian dan kak Aishah mengejutkanku. Mereka datang untuk melawat suamiku. Lama juga mereka di sini menunggu sehingga suamiku bangun dari tidur. pukul 7.30 malam baru mereka pulang. Mereka memberitahu bahawa abah dan ibu bapa mertuaku tidak dapat datang. Dua hari selepas itu, suamiku sudah dibenarkan pulang. Aku membawanya pulang ke rumah kami dengan menaiki keretaku. Abah pula sudah lama pulang ke Johor Bahru dengan menaiki bas kerana ada kelas yang perlu dihadiri. Petang itu, kami pulang ke rumah. Tiga hari aku menjaga suamiku di rumah. Selepas itu, dia sudah mula bekerja. Aku hanya duduk di rumah dan kadangkala aku ke rumah mama untuk menemaninya berbual. Seminggu selepas itu, aku mendapat panggilan telefon daripada pihak Hopital Pakar Ampang Puteri bahawa permohonanku untuk ditukarkan ke hospital itu diluluskan. Aku segera menelefon suamiku untuk memberitahunya berita gembira ini dan meminta izinnya untuk pergi ke hospital tersebut kerana ada sedikit urusan yang perlu aku selesaikan sebelum memulakan tugasku di sana.
“Assalammualaikum abang.. Fasha ada berita gembira nak beritahu abang ni..”
“berita apa? Sayang pregnant ke?”
‘bukanlah.. abang ni kesitu pula..permohonan Fasha dah diluluskan..alhamdulillah..”
“permohonan kerja di Ampang Specialist Hospital ke?”
“yup! Sukanya..Fasha nak minta izin untuk pergi hospital pukul sebelas nanti ya..”
“Alhamdulillah..tak lah sayang abang ni terperap kat rumah je..gemukkan badan je buat apa..yelah..abang izinkan. Tapi kalau ada nak pergi tempat lain lagi beritahu tau.” usiknya.
“okey..thanks abang..bye..Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
selepas mematikan talian, aku segera naik ke atas untuk bersiap kerana jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi..aku tidak boleh lewat kerana ini adalah temudugaku. Untuk tidak menjejaskan prestasi, aku perlu awal sampai ke sana. Pukul sepuluh pagi aku sudah siap untuk bertolak. Aku mengenakan kemeja lengan panjang rona biru muda dan seluar slack rona hitam. Aku sampai di sana pada pukul 10.30 pagi. aku segera ke bahagian pakar sakit puan dan menunggu di kerusi sementara aku dipanggil untuk temuduga. Semasa sedang menunggu, Dr. Zahid menegurku. Dia lalu di situ dan ternampak kan aku.
“Fasha..you buat apa kat sini? Siapa lagi sakit?” tanya nya.
“no! bukan ada orang sakit. Tapi I datang untuk temuduga.”
“eh! Bukan you bertugas hospital di JB ke?”
“Zahid..i kan dah stay KL ikut suami i..takkan lah I nak ulang alik dari KL ke JB pula..apalah you ni..lupa eh?”
“oh ya tak ya..sorry I lupa you dah kahwin..sebab you kahwin dengan tak kahwin sama je..still Nampak macam anak dara..” usiknya.
“ada-ada je lah you ni.. merepek je kerja you kan..”
Dia tidak menjawab hanya ketawa. Kemudian dia bertanyakan keadaan suamiku.
“suami you macam mana? Dah sihat?”
“alhamdulillah..dia dah sihat dah..dah mula kerja dah pun..”
“oh..sounds good..hmm..okey lah Fasha I ada kerja ni..i gerak dulu k..btw, good luck! Kalau berjaya nanti jangan lupa belanja i..hehe..”
“thanks..nohal ah.. apa-apa nanti I call you..okey..”
Dia berlalu pergi dengan muka yang tersenyum..
Tidak lama kemudian, nama aku dipanggil untuk ditemuduga. Selepas empat puluh minit aku di temuduga, akhirnya aku berjaya. Aku akan mula berkhidmat sebagai doktor pakar sakit puan di hospital ini mulai esok. Seronoknya..
Selepas keluar dari bilik aku terus menelefon abah untuk memberitahunya berita gembira ini. Ayah mendoakan aku supaya menjadi seorang doktor pakar yang berjaya. Balik nanti aku berniat untuk membeli-belah di Pusat membeli belah Pavillion untuk membeli beberapa pasang baju untuk dipakai semasa waktu bekerja nanti. semasa dalam perjalanan ke sana, aku menelefon suamiku memberitahunya tentang niatu ini. Dia mengizinkan dan menyuruh aku supaya menjaga diri baik-baik. Sebelum tiba di Pavillion, aku singgah makan dahulu di Restoran The Loaf yang terletak berhampiran pusat membeli belah itu. Selepas memesan makanan, pelayan datang membawa makanan yang aku pesan tadi ke mejaku. Sedang enak menikmati makanan, tiba-tiba muncul seorang wanita yang amat dikenali iaitu Shila, wanita yang mengaku suamiku adalah teman lelakinya. “Dasar muka tembok!” Kataku dalam hati. Dia terus menghampiriku denagn gayanya yang gedik itu.
“hai..we see again..btw, if you dah lupa I ingatkan you sekali lagi, nama I Shila..teman wanita suami you, Aaron..”
Aku naik marah dan rasa seperti hendak lempang saja pipi mulus perempuan bernama Shila ni..muka saja lawa tapi perangai macam perempuan murahan!
“I still remember you..so, tak payah lah susah-susah nak kenalkan lagi diri awak tu pada saya ya.. ada apa awak ganggu saya lagi ni? Tak puas lagi ke awak menyakitkan hati saya?”
“kalau boleh hari-hari aku nak sakitkan hati kau.. benci nya aku tengok muka kau ni..kau tu dah lah perampas kekasih orang! Tak sedar diri!” dia sudah mula membahasakan aku kau..aku apa lagi sama juga lah..takde maknanya aku akan berbaik-baik dengan orang yang macam ni.
“kalau benci tak payah lah tengok..kau pergi dari sini boleh tak? Meluat lah aku tengok muka kau. Aku nak makan pun dah takde selera tahu tak?”
“aku boleh pergi dari sini dan tak akan ganggu kau lagi. Tapi dengan syarat, kau harus serahkan Aaron pada aku. Kau kena bercerai dengan dia. Kau tak berhak dengan dia. Aku yang lebih berhak untuk bersama dia!” dia mengugutku. Tapi aku tidak takut akan ugutan aku.
“jangan harap Shila..aku takkan semudah tu nak serahkan dia pada kau.. keluarga dia semua sayang aku jadi kau janganlah bermimpi di siang hari ya..” balasku geram.
“takpe..aku takkan menyerah Fasha..kau tunggu jelah. Aku akan buat apa saja untuk memiliki Aaron!” tegasnya dan terus pergi dari situ.
Dia tahu nama aku..pelik! dari mana dia boleh tahu ni? Siapakah yang memberitahu dia? Issh! Perempuan ni buat aku moody saja. Mood aku untuk membeli belah juga sudah tiada. Namun, cepat-cepat aku memujuk hatiku supaya pergi juga kerana itu lebih penting dari memikirkan perkara yang remeh-temeh ini. Soal kerjaku lebih penting. Tapi, bila diingatkan semula tentang ugutannya sebentar tadi aku jadi takut pula jika sesuatu yang tak diingini berlaku. Perempuan obsesi macam ni bukannya boleh dibawa main-main. Aku membiarkan saja perasaanku ini berlalu. Apa yang penting sekarang kerjayaku yang bermula esok. Selepas itu aku akan fikir semula tentang ini. Selepas selesai makan, aku terus pergi ke Pavillion untuk membeli baju seperti yang aku inginkan tadi. Walaupun aku tiada mood namun aku cuba juga memujuk hatiku supaya tenang dan enjoy memilih baju-baju yang aku inginkan. Membeli-belah seperti ini mampu membuat aku lupa sejenak tentang permasalahanku dengan Shila. Aku selesai membeli-belah pada pukul tiga petang. Selepas itu, aku terus pulang ke rumah. Aku mengemas rumah dan menghias rumah dengan barang-barang perhiasan yang aku beli semasa di Pasar Karat tempoh hari. Belum sempat lagi aku menghiasnya kerana masaku lebih banyak dihabiskan di hospital. Sampai sahaja di rumah, aku teringat semula akan kata-kata Shila tengahari tadi. Saat terkenangkan suamiku, tiba-tiba air mataku mengalir. Apakah benar suamiku ada hubungan dengan Fasha. Aku membuat keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada suamiku malam nanti. aku tidak ingin merahsiakan hal ini daripadanya. Bukanlah aku hendak mengadu tapi aku ingin kejujuran dan kebenaran darinya. Jika aku biarkan lama-lama rumahtanggaku boleh musnah gara-gara perempuan tu. Selepas selesai mengemas aku pergi ke dapur untuk memasak. Setelah selesai memasak aku naik ke atas untuk membersihkan diri. Belum sempat aku masuk ke bilik air, telefon bimbitku bordering. Panggilan daripada suamiku. Aku segera menjawab, “Assalammualaikum..ada apa abang?”
“Waalaikumussalam..sayang..malam ni abang tak makan kat rumah tau. Abang kena jumpa klien. Sorry sayang..bye..abang dah nak kena pergi ni. Take care!”
Dia terus mematikan talian tanpa aku sempat berkata apa-apa. Kenapa tiba-tiba dia berubah? Betulkah dia pergi jumpa klien? Atau dia pergi jumpa Shila, buah hatinya. Astaghfirullahalazim..aku tidak boleh bersangka buruk pada suamiku. Aku terus mendail nombor Sufian untuk bertanyakan sama ada dia tahu atau tidak tentang Aaron.
“Assalammualaikum..Sufian, Aaron ada dengan kau tak?”
“Waalaikumussalam..takde la Sha.. kenapa? Dia tak balik lagi ke?” tanya Sufian kehairanan.
“takde..tadi dia telefon aku..dia cakap dia tak dapat makan malam kat rumah sebab dia ada appointment dengan klien. Betul ke? Atau dia keluar dengan Shila?”
“mana kau tahu dia keluar dengan Shila..maybe betul kot dia memang keluar dengan klien dia. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan..tapi kenapa tiba-tiba je kau sebut nama Shila? Diorang still contact ke?”
“macam ni..hari tu masa kat hospital Shila ada datang melawat Aaron and Shila tu mengaku yang dia teman wanita Aaron tapi Aaron layan dia acuh tak acuh je and Aaron halau dia daripada bilik tu. Tapi tadi masa aku tengah lunch kat area Pavillion tiba-tiba dia muncul. Dia ugut-ugut aku. Dia cakap kalau aku tak nak lepaskan Aaron untuk dia, dia akan buat sesuatu kat aku. Aku takutlah Sufian..betul ke kau tak tahu langsung tentang hubungan diorang? Please Sufian..kalau kau tahu apa-apa tentang diorang tolong beritahu aku. Kau tentu tak nak tengok rumahtangga kami hancur kan..” aku menceritakan kepadanya perkara yang sebenar tanpa berselindung apa-apa. Aku sambung lagi.. “aku ingat malam ni aku nak ceritakan semuanya pada Aaron tapi dia balik lambat pula. Aku tak nak ganggu emosi dia dalam keadaan dia keletihan.
“firstly, aku nak minta maaf sebab aku bohong kau tadi..actually, malam ni memang dia keluar dengan Shila..tapi aku tak tahu atas urusan apa. Itu dia tak beritahu aku. Tempat diorang berjumpa pun aku tak tahu. Tapi Sha..dia ada sebab kenapa dia bohong kau. Maybe dia tak nak kau tersinggung. Aku tak beritahu kau pun sebab aku tak sampai hati nak sakitkan hati kau.” Sufian berterus-terang.
“tapi pian..aku lebih sakit hati kalau dia tak berterus-terang dengan aku..kenapa mesti tipu?? Jujur kan lebih baik.. pian.. Aaron curang ke pian? Aku tak sanggup kehilangan dia untuk kali yang kedua pian..kalau dulu aku hanya sebagai teman wanita, aku masih boleh terima pian..tapi sekarang aku ni dah jadi isteri dia..aku tak rela diceraikan atau pun berkongsi kasih dengan perempuan lain.
“Astaghfirullahalazim.. mengucap Sha..takkan dia sanggup sampai nak ceraikan kau. Aku yakin dia tak akan buat macam tu..kau bersabar jelah eh..berdoa supaya perkara-perkara buruk tak berlaku. Aku percaya rumahtangga kau akan selamat.”
“terima kasih Sufian sebab sudi dengar masalah aku. Thanks again! Sorry sebab menyusahkan kau dengar cerita-cerita aku ni..”
“no hal lah Sha..kau bukan orang lain pun..sepupu aku juga. Aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada kau. Aku sayangkan kau. Jangan salah faham. Maksud aku sayang sebagai sepupu dan juga sahabat.”
“thanks Sufian. Aku sayang kau juga. Okey lah..aku nak berehat tenangkan fikiran. Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam..take care!”
“take care too!”
Talian dimatikan. Aku berbaring di sofa. Tiada mood untuk menonton televisyen dan melayari facebook. Aku ingin bersendirian. Kemudian, aku terlena. Aku tersedar bila menyedari yang suamiku mengejutkanku untuk masuk tidur di bilik.
“Sayang..kenapa tidur kat bawah ni? Naik atas jom.. biar abang dokong sayang eh..”
“Fasha tunggu abang lah..pukul berapa sekarang ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata dan melihat ke arah jam dinding rumahku.
“Pukul dua belas malam sayang..dah jomlah naik atas. Abang ngantuk lah..”
Aku tidak berkata apa-apa.. lalu dia mencapai tangannya untuk mendokongku naik ke atas, tapi aku menolak. Hatiku masih marah padanya kerana telah membohongi diriku. Biar dia rasa bagaimana sakitnya hati aku.
“Sayang..kenapa ni? Marah kat abang eh sebab balik lambat?”
Aku tidak menjawab dan terus berlalu naik ke atas meninggalkan dirinya dalam keadaan yang bersalah. Sampai sahaj di atas, aku terus baring di atas katil tidak menghiraukan dirinya dan berpura-pura sudah tidur walhal mataku masih lagi belum mengantuk kerana sudah terlena sebentar tadi. Aku melihat dia sedang menuju ke bilik air. Selepas itu, dia naik ke atas katil dan terus terlena. Aku yang belum terlena segera memalingkan tubuhku ke arahnya sambil memerhatikan wajahnya yang tampan. Aku ingin mengusap pipi dan rambutnya tapi aku dihalang oleh hati dan perasaan yang ketika itu sedang marah. Akhirnya, aku hanya memandangnya dari jauh dan tidak lama kemudian aku juga turut terlena.

Pagi ini aku bersiap-siap untuk memulakan tugasku sebagai doktor pakar di hospital Pakar Ampang Puteri. Sebuah hospital yang baru bagi aku. Aku bangun pada pukul enam pagi. setelah selesai mandi, aku turun ke bawah untuk membuat sarapan. Aku memakai baju kemeja rona merah jambu dan seluar slack rona putih. Aku sengaja memilih warna kesukaanku supaya moodku ceria untuk memulakan hari pertamaku bekerja. Selepas sarapan aku terus pergi ke hospital tanpa memberitahu suamiku. Sebaik saja aku masuk di dalam kereta aku terus menghantar SMS kepadanya. “Selamat pagi abang, Fasha pergi kerja dulu. Sarapan abang Fasha dah sediakan atas meja dapur. sorry, Fasha pergi dulu. Doakan Fasha semoga selamat sampai dan dapat jalankan tugas dengan baik hari ini.” Semasa aku sedang memarkir kereta, aku melihat Dr. Zahid sedang berjalan di hadapan keretaku. Dia tidak perasankan aku. Lalu, aku terus memanggilnya.
“Zahid! Tunggu i..kita masuk sama-sama..” pelawaku.
“Fasha! I tak perasan you yang parking kereta ni..okey..i tunggu..”
“fuh! Susah gila nak cari parking kat sini. Banyak betul kereta-kereta kat sini.. kereta staff ke kereta pelawat yang banyak-banyak ni?” tanyaku kepadanya.
“kalau pagi-pagi macam ni banyak kereta doktor-doktor lah..tengahari nanti baru banyak kereta pelawat.” Terangnya.
“So, how today? Dah ready nak berkhidmat untuk pesakit-pesakit kat hospital ni?”
“yup! I’m ready. Tak sabar rasanya I nak menabur bakti kat hospital ni. Hehe..”
“wah.. bercita-cita tinggi nampak.. baguslah kalau you bersemangat.. I sokong setiap apa yang you lakukan.”
“thank you Zahid..opps! sorry..Dr. Zahid..hmm..you dahbreakfast belum?”
“belum..i tinggal seorang je kat rumah..takde siapa yang nak buatkan I breakfast. Selalunya I breakfast kat kafeteria jelah..lainlah macam you kan..pagi-pagi lagi dah ada orang temankanyou makan..” usiknya.
“tu lah..i suruh cepat-cepat kahwin dengan Ariana..you tak nak..kan dah kena sarapan sorang-sorang..beb, bila you nak jadi adik ipar I ah? Tak sabar I nak berkumpul dengan you kalau ada majlis keluarga nanti. Boleh gurau-gurau dengan you macam masa kat Australia dulu..”
“bukan I yang tak nak..tapi adik ipar you tu kan still study lagi..takkan lah I nak masuk meminang pula kot..i tak nak lah ganggu study dia..lagipun she’s not ready yet lah..tak macam you tu kahwin awal..aik! nak gurau-gurau dengan i? husband you tak jealous ke nanti?”
“ya tak ya juga kan..i lupa lah sister-in-law I tu still study..hehe..mana ada I kahwin muda..24 tahun kot..standard lah tu..takde maknanya dia nak jealous.. you kan boyfriend adik dia..apalah you ni..ke you takut buah hati you tu yang jealous..?”
“hmm..ada-ada jelah you ni Sha..sepatah I cakap sepuluh patah you jawab kan..tak berubah berubah dari dulu. You ni sepatutnya layak jadi lawyer daripada jadi doktor tahu tak? beb, yang you tanya I dah breakfast ke belum ni kenapa? You nak belanja I makan ke?”
“lawyer? Tak nak lah i..tak minat..hmm..boleh..no hal lah..lagipun you ingat tak I pernah janji dengan you dulu kalu I berjaya dapat kerja kat hospital ni I akan belanja you?”
“yup! I still ingat. So, apa tunggu lagi..jom lah.. perut I dah lapar ni..”
“alright!”
Kami pun berjalan seiringan menuju ke kafeteria. Aku mengambil mee goreng dan air teh ‘o’ untuk isi perut pagi ini kerana di rumah tadi aku tidak bersarapan seperti yang Dr. Zahid sangkakan. Berbual dengan Dr. Zahid membuat aku terlupa yang aku sedang menghadapi masalah. Lupa akan masalah rumahtanggaku yang retak menanti belah ini. Biarlah aku jadikan perjumpaan semula aku dengan Dr. Zahid ini sebagai terapi untuk aku menjalani kehidupanku dengan bahagia. Mungkin Allah turunkan hujan dahulu sebelum Allah hadiahkan aku dengan pelangi kerana pelangi tak akan hadir tanpa hujan. Aku memulakan tugasku pada pukul 9.00 pagi. Untuk hari pertama ini, aku belum ditugaskan untuk merawat pesakit tapi aku hanya diberi sedikit latihan dan aku di bawa melawat di sekitar hospital ini. Banyak bilik-bilik yang aku lawati. Seterusnya aku diperkenalkan kepada doctor-doktor pakar yang lain, doktor-doktor pelatih dan para jururawat. Aku berkenalan dengan Dr. Hisham, Dr. Diana, Dr. Zaharah dan Dr. yang suka menyakatku sejak dari mula lagi aku dilatih iaitu Dr. Farid. Dr. Farid ni seorang yang kelakar orangnya. Ada je modalnya untuk mengenakan aku. Walaupun baru saja dikenali tapi dia agak mudah didekati oleh kerana sifatnya yang ramah itu. Semasa aku berbual dengan Dr. Diana, Dr. Farid mencelah..
“Dr. Fasha, saya rasa Dr. ni macam familiar lah..saya macam pernah nampak Dr. dekat kafeteria hari tu..tu Dr. ke?”
“maybe kot..sebab last two weeks saya memang ada datang sini sebab suami saya masuk wad ortopedik. Suami saya kemalangan jalan raya. Empat hari juga saya kat sini. Memang hari-hari lah makan kat kafeteria tu..awak Nampak saya ke?”
“memang sah lah tu Dr. so..Dr. Fasha ni dah kahwin lah..aduh! melepas lah saya..”
“amboi..ada hati nak pikat Dr. Fasha ke..? sorry lah bro..kau dah terlambat lah..kau cari orang lain jelah ya..ramai lagi doktor-doktor yang cantik kat atas tu..” celah Dr. Diana sambil tergelak.
“aku gurau jelah..takkan lah aku nak tackle Dr. Fasha ni..isteri orang beb..”
Dr. Farid dan Dr. Diana ini berumur dalam lingkungan 20-an juga sama sepertiku manakala Dr. Hisham sudah agak berumur dan mungkin seusia dengan abahku. Dia juga merupakan ketua doktor pakar di bahagian wad sakit puan ini. Tiba-tiba aku teringatkan abah..apalah abah sedang buat masa ni? Mungkin sedang mengajar kot.. sergahan Dr. Farid mengejutkan aku dari lamunan.
“hey..termenung apa tu? Ingat kat cik abang ke?”
“Eh! Tak lah..saya teringat kat abah saya lah..rindu pula kat abah saya..”
“hai..ingat kat abah je ke..emak tak ingat?”
“mama saya dah meninggal dunia Dr. Farid..tapi saya rindu juga kat mama.”
“sorry..saya tak tahu..tapi boleh saya tahu kenapa mama Dr. Fasha meninggal?” tanya nya ingin tahu.
“it’s okey..mama saya menghidap penyakit kanser payudara tahap empat. Meninggal masa pembedahan. Nak dekat setahun dah..mama saya meninggal kat Hospital Sultan Ismail, JB.”Lancar sahaja mulutku bercerita tentang mamaku dengannya.
“oh..hmm.. dah pukul 1.00 tengahari ni..Dr. tak lunch ke?”
“dah boleh keluar lunch ke?”
“saya tak tahu lah pula..cuba lah tanya Dr. Hisham..ketua kita tu..” arahnya.
“baiklah..saya pergi dulu ya..”
Belum sempat aku masuk ke bilik Dr. Hisham, telefon bimbitku berdering. Aaron menelefonku. Malasnya aku nak jawab.. tapi aku jawab juga panggilannya. Kalau tak jawab nanti dia ingat aku ni dah lupakan dia pula..
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..Sayang dah keluar lunch belum? Dah pukul 1.00 tengahari ni..”
“belum lagi..Fasha baru nak tanya dengan ketua doktor pukul berapa Fasha boleh keluar lunch..kenapa?”
“Abang temankan Fasha lunch. Abang ke sana eh? Nanti Fasha SMS abang beritahu pukul berapa Fasha lunch k..”
“okey..” aku mematikan talian. Malas hendak berbual lama-lama dengannya. Perasaan marahku masih belum reda. Aku teruskan niatku untuk masuk ke bilik Dr. Hisham. Aku mengetuk pintunya sebelum melangkah masuk ke dalam.
“Assalammualaikum Dr. maaf saya mengganggu..”
“Waalaikumussalam..ada apa-apa yang saya boleh tolong Dr. Fasha?”
“saya nak tanya..pukul berapa saya boleh keluar lunch ya?”
“oh..pasal tu..untuk minggu ni, Dr. boleh keluar lunch pada pukul 1.00 tengahari. Tapi haruslah bergilir-gilir dengan doktor yang lain. Waktu rehat Dr. Fasha sama dengan Dr. Diana. So, Dr. bolehlah lunch dengan dia.”
Mujurlah waktu rehatku tidak sama dengan Dr. Farid. Kalau tak habislah aku.. kalau boleh aku tak nak terlalu rapat dengannya. Takut menimbulkan fitnah dan curiga orang lain. Maklumlah..aku ini isteri orang dia pula masih bujang. Tentu akan timbul fitnah jika aku selalu berduaan dengannya.
“baiklah Dr. Hisham. Kalau macam tu saya keluar lunch dulu. Terima kasih Dr.”
‘sama-sama..” balasnya.
Sebaik sahaja keluar dari bilik Dr. Hisham, aku terus menghantar SMS kepada suamiku. Mungkin ini satu peluang untuk aku berbincang dengannya soal rumahtanggaku. Aku terus mengatur langkah untuk ke kafeteria menunggu suamiku datang. Dua puluh minit kemudian, suamiku tiba di kafeteria. Setelah itu, dia membeli nasi ayam dan juga air limau ais untukku. Dia pula memilih nasi campur dan air teh ‘o’ ais. Semasa makan, aku cuba memulakan perbualan bagi membincangkan topik yang sudah lama aku ingin bincangkan dengannya. Aku tidak ingin lagi memendam masalah ini seorang. Masalah ini harus diketahui oleh suamiku.
“Abang..Fasha nak tanya sikit dengan abang.. tapi tolong abang jawab dengan jujur sebab Fasha dah tak sanggup dah nak pendam perasaan Fasha ni lama-lama. Semakin Fasha pendam semakin sakit hati Fasha bila teringatkan semua ni..”
“tanya apa sayang? Abang janji abang akan berlaku jujur.”
“abang pergi mana malam semalam? Abang bukan keluar dengan klien kan? Jawab abang..Fasha perlu tahu semua ni..”
“okey.. abang jujur..memang abang tak keluar dengan klien. Abang keluar jumpa Shila. Itupun sebab abang tahu dia ada jumpa dan ugut-ugut Fasha kan..abang jumpa dia sebab abang nak bagi amaran pada dia supaya dia tak ganggu Fasha lagi. itu je..abang takde hubungan apa-apa pun dengan dia. Percayalah..kalau Fasha tak percaya Fasha boleh tanya Sufian sebab dia tahu segala-galanya dan kalau Fasha masih tak percaya juga sebab fasha mungkin ingat abang berkomplot dengan Sufian, Fasha boleh tanya mama dan papa sebab mereka pun tahu pasal ni..” terangnya satu persatu.
“tapi macam mana abang dapat tahu yang Shila ada jumpa Fasha?”
“Sufian beritahu abang. Masa tu dia nampak Shila datang ganggu Fasha masa Fasha tengah makan kat restoran kat area Pavillion tu..lepas tu dia terus call abang sebab dia takut Shila akan apa-apa kan Fasha. Dia cakap muka Shila dan Fasha masa tu masing-masing tengah marah. Sayang..Shila tu jenis perempuan yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak..jadi abang buat keputusan untuk jumpa dengan dia malam tu. Kalau abang lambat tak tahu lah apa dia buat kat Fasha nanti. mujurlah Fasha tak apa-apa. Tapi bila abang balik tengok Fasha bersikap dingin dengan abang, abang dah dapat agak dah Fasha tentu marahkan abang kan. Menyangka yang abang ni ada scandal dengan Shila kan.. sayang cemburu eh..?”
“isteri mana yang tak cemburu abang bila tahu suami dia keluar dengan perempuan lain. Apatahlagi perempuan tu bekas teman wanita suaminya. Orang gila je yang tak cemburu abang. Tapi Fasha lega Fasha dah dapat tahu kebenarannya. Fasha harap semua yang abang ceritakan kat Fasha ni betul dan bukan rekaan semata-mata.”
“ya Allah..Fasha still tak percayakan abang ke? Okey..kalau tak percaya juga.. malam ni abang bawa Fasha jumpa mama dan papa..Fasha dengar sendiri daripada mulut diorang k..”
“tak payahlah..Fasha percayalah..saja je nak uji abang..nak tengok abang ni betul-betul jujur atau tak..”
“mengada eh..cium kang baru tahu..”
‘tak malu eh cium depan orang ramai..gedik!” usikku sambil ketawa.
Aku berasa bahagia apabila hujan telah reda dan pelangi sudah pun menjelma. Syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengembalikan suamiku dan menjernihkan semula rumahtanggaku dengan lelaki yang amat aku cintai. Terima kasih ya Allah..
Setahun kemudian, adik iparku, Ariana pulang ke Malaysia. Aku dan keluarga mertuaku pergi menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tidak ketinggalan juga keluarga Uncle Azhar dan Auntie Sufiya. Sufian dan kak Aishah juga turut bersama. Ariana tiba di Malaysia pada pukul 12.00 tengahari. Kami sampai setengah jam lebih awal kerana bimbang Ariana menunggu lama. Sampai sahaja di sana, aku terkejut kerana melihat kelibat Dr. Zahid sedang menunggu di balai ketibaan. Aku terus memberitahu kepada suamiku tentang kedatangan Dr. Zahid.
“Abang..tu Dr. Zahid kan? Dia nak jemput Ria juga ke?”
“maybe..tentulah Ria beritahu Zahid pasal kepulangan dia ni..takpe lah..abang suka kalau Ria kawan dengan dia..dah lah handsome, baik pula tu..abang suka lah.. lagipun dia kawan Fasha kan..kalau Ria kawan dengan dia so Zahid tu takde chance lah nak tackle sayang abang ni..”
“mengarutlah abang ni.. dia kawan baik Fasha lah.. ‘BFF’..hehe..”
“best friend forever takpe..jangan boyfriend forever sudah..”
“sama je kot.. boyfriend tu kan teman lelaki..memang dia teman lelaki Fasha pun..kalau special boyfriend tu yelah..hehe..”
“mengada..”
Sepuluh minit menunggu, Ariana muncul dengan menbawa satu bagasi dan satu beg tangan besar. Kami terus mendapatkannya. Setelah kami bersalam, tiba-tiba muncul Dr. Zahid meyertai kami..aku yang terperasannya dahulu menegurnya.
“Zahid! You buat apa kat sini? Jemput Ria juga ke?” usikku walhal aku sudah tahu motifnya ke sini.
Ariana hanya tersenyum-senyum simpul.
“Hai..ya kot..”
“ceh! Cover line pula..i tahu lah..so, tak payah lah nak kalis-kalis sangat eh..” aku menggunakan bahasa yang biasa aku gunakan dengannya semasa di Australia dulu.
“yelah..takkan I jemput makcik tu pula kan..” jawabnya sambil menuding jari ke arah makcik yang berhadapan dengan kami.
“siapa ni Fasha?” tanya mama dengan muka yang agak pelik.
“oh..ni Zahid mama..Zahid ni doktor pakar juga kat hospital tempat Fasha bekerja and Dr. Zahid ni kawan Fasha masa belajar kat Jakarta and Australia dulu. ‘BFF’ ma..
“BFF? Apa tu?”
“bestfriend forever lah..”
“oh..macam-macam lah budak-budak sekarang ni..”
“Zahid ni teman lelaki Ria ke?” tanya papa pula.
Ria mencelah, “mana ada papa..kawan jelah.. ‘BFF’ Ria juga..
“BFF yang ni lain ma.. bukan bestfriend forever..tapi boyfriend forever.” Usik Aaron pula.
“salah lah abang..bukan boyfriend forever..special boyfriend forever (SBFF). Kalau boyfriend sama je macam bestfriend.” Tambahku pula mengusik Ria dan Zahid.
“kalau boyfriend forever bila nak kahwin? Takkan selama-lamanya bercinta?”
“wah mama..dah tak sabar nak terima menantu baru ke?” usikku pada mama.
“kalau ya pun apa salahnya?”
Kami semua apalagi gelak sakan lah. Merah padam muka Ria dan Zahid apabila diusik oleh kami sekeluarga. Sedang kami bergelak ketawa, tiba-tiba muncul Pak Dollah meminta untuk mengangkat bagasi Ariana. Pak Dollah merupakan pemandu setia papa yang sudah sepuluh tahun berkhidmat untuk papa. Selepas itu, papa mengajak kami semua makan tengahari di Bandar Kuala Lumpur. Papa belanja. Ariana pula tidak menaiki kereta papanya tapi dia menaiki kereta bersama dengan Dr. Zahid setelah papa mengizinkannya. Selepas itu, kami terus ke rumah papa dan mama. Begitu juga dengan Dr. Zahid. Kami berbual panjang di ruang tamu. Ariana pula sibuk berkongsi cerita dengan kami sambil menunjukkan segulung ijazah yang berjaya dia miliki setelah tiga tahun berpenat lelah berusaha untuk mencapai kejayaan. Papa dan mama sangat berbangga dengan Ariana. Ariana juga menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa di Australia. Kebanyakan gambar-gambar yang ditunjukkannya telah kami sama-sama lewati suatu masa dulu. Sedang seronok bercerita, tiba-tiba papa menyuarakan hasratnya untuk bermenantukan Dr. Zahid kerana papa merasakan yang Dr. Zahid adalah jodoh yang sesuai untuk anak bongsunya. Papa menyuruh Zahid memberitahu keluarganya supaya masuk meminang Ariana. Kami juga bersetuju kerana kami tahu Zahid mampu menjaga Ariana dengan baik. Aku pulang ke rumah pada pukul enam petang.
Empat bulan kemudian, pertunangan Ariana dan Zahid berlangsung. Pertunangan mereka dilangsungkan di rumah papa dan mama. Majlis bermula selepas solot zohor. Ramai tetamu yang hadir termasuk Lisa dan keluarganya. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan sekerja Zahid yang juga merupakan kenalanku. Aku sampai di rumah papa pada pukul 11.00 pagi untuk menolong apa yang patut. Abah, abang Farish dan kak Elly pula sudah tiba di kuala Lumpur daripada semalam. Mereka menginap di rumahku. Aku masuk ke bilik Ariana untuk menemaninya dan menenangkan hatinya yang sedang berdebar itu. Ariana memakai kebaya labuh rona putih dan tampil solekan yang menampakkan lagi keseriannya. Sungguh berseri-seri wajahnya ketika ini. Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Keluarga pihak lelaki masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin kepada Ariana. Perasaan gembira tergambar di wajah Ariana dan bakal ibu mertuanya. Mereka memang sepadan seperti anak dengan emak. Ibu Zahid pula kelihatan sangat sayang pada Ariana. Bertuah Ariana. Aku juga sepertinya. Disayangi oleh ibu mertuaku. Majlis tamat pada pukul 4.00 petang. Tapi aku tidak terus balik ke rumah. Kami pulang ada pukul 6.00 petang. Selepas majlis pertunangan Ariana dan Zahid telah selamat dijalankan. Aku mendapat berita gembira bahawa Lisa dan Sufian akan melangsungkan perkahwinan dua bulan daripada sekarang. Banyak betul jemputan yang aku terima tahun ini. Perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada bulan pertengahan Mac waktu cuti sekolah. Amir dan Syira menjadi pengapit mereka. Bulan Mei pula aku mendapat lagi berita gembira yang memang aku nanti-natikan selama ini. Aku disahkan mengandung selama dua bulan. Selepas pulang daripada majlis perkahwinan Lisa, aku sering muntah-muntah. Suamiku menyangka aku menghadapi keracunan makanan lalu dia membawaku ke klinik yang terletak tidak jauh daripada rumah kami. Selepas doktor memeriksa keadaanku, doktor mengesahkan bahawa aku telah mengandung. Kami sangat gembira mendengar berita itu. Keluarga kami juga tumpang bahagia. Tujuh bulan kemudian, aku selamat melahirkan di hospital tempay aku bekerja. Doktor yang menyambut kelahiranku ialah rakanku sendiri iaitu Dr. Diana. Anak aku selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 3 Februari 2012. Kami dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Nur Izara Aishah. Nama yang memang menjadi pilihanku daripada sejak mula aku bergelar permaisuri kepada Muhd Aaron Ashraff.